Friday, January 19, 2018

MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

untuk ibu-ibu hamil, sangat disarankan untuk menambahkan pengambilan minyak ikan dalam diet pemakanan harian. Pasti ada yang tertanya, mengapa minyak ikan ini perlu diambil ketika kandungan memasuki 3 bulan, atau lebih kurang 21 minggu. 

minyak ikan yang kaya dangan DHA, EPA dan OMEGA-3 memberikan kebaikkan bagi ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. jom ketahui lebih lanjut tentang kelebihan minyak ikan ini kepada ibu hamil. 


IBU HAMIL 


kepentingan omega-3 di dalam diet harian ibu hamil dapat menurunkan risiko kelahiran pramatang. selain itu juga, pengambilan Omega-3 yang ada di dalam minyak ikan juga membantu dalam mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). 


BAYI DALAM KANDUNGAN 


1. menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan menigkatkan aliran darah dalam plasenta. 
2. memudahkan perkembangan mata dan struktur otak dengan sewajarkan ketika di dalam rahim. 
3.mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi. 
4. mengurangkan risiko bayi untuk mendapat alahan 
5. menggalakkan perkembangan OPTIMUM otak, janin, mata sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga. 
6. menggalakkan perkembangan saraf otak. 


kajian juga telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan, melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan ini. 

jadi jika anda adalah ibu hamil amat digalakkan untuk menambahkan pengambilan minyak ikan seawal usia kandungan lagi. ia bukan sahaja terbukti dapat membantu dan menyokong kesihatan untuk ibu hamil, malah dapat membantu dalam menigkatkan perkembangan optimum otak bayi. 

Oleh itu, perlu bijak dalam membuat pembelian minyak ikan yang kaya dengan sumber-sumber yang dinyatakan. Untuk kak yan, akak akan syorkan OMEGA GUARD SHAKLEE. 




Omega Guard Shaklee menjalani penyulingan molekul yang mana ia melalui proses yang meletakkan ikan di dalam kaeadaan vakum - membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindungi dari rosak. ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat. Di mana toksin dapat disingkirkan melalui proses ini. proses penyulingan molekul ini juga dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan. 

untuk pertanyaan lanjut
hubungi : yantie
whatsapp : 0195590084














#ibuhamil
#babycerdik



Wednesday, March 22, 2017

Penting ke suplement dalam diet seharian?

Bila sebut supplement sahaja pelbagai reaksi yang kak yan dapat. Ada yang kata penting ada pula yang sesetengah itu perlu dan ada juga yang katakan tidak perlu langsung.

Ada juga yang berkata..

"kau tengok nenek aku, masih sihat tanpa supplement apa2. mata cerah lagi."

kak yan tak nafikan orang dulu-dulu sangat pandai menjaga kesihatan. kesihatan diri dan keluarga. kesihatan mereka juga disebabkan faktor gaya sihat dan cara pemakanan yang mereka amalkan.

namun jika dibandingkan dengan kita yang serba serbi nak mudah dan cepat, rasa-rasa terjaga tak gaya pemakanan dangaya hidup sihat di rumah? adakah kesemua jenis makanan yang kita makan kesemuanya dari cucuk tanam sendiri? rasanya hanya 10% sahaja bukan. Lagi 90% beli dari pasar dan kalau tak sempat sangat amik makanan diproses atau fast food. 

Tahukah anda faktor pemakan kini boleh menyumbang kepada tercetusnya pelbagai penyakit. Radikal bebas yang banyak kini antara faktor pencetus kepada penyakit serius. jadi memang tidak hairan jika di usia remaja telah mendapat penyakit kronik. buktinya pergi sahaja ke klinik atau hospital swasta pesakit terlalu ramai sehingga terpaksa menunggu giliran.

Jadi bagaimana suplement ini membantu?

disebabkan makanan harian anda tidak dapat membekalkan sepenuhnya nutrien perlu untuk tubuh badan, maka supplement ini penting. supplement inilah yang berperanan untuk menampung lopong-lopong nutrien yang tidak cukup dalam badan.

Cuba bayangkan jika setiap hari nutrien perlu tidak dibekalkan sepenuhnya kepada badan, apa akan berlaku jika berlarutan sehingga bertahun lamanya. sel-sel yang tidak  mendapat nutrien secukupnya ini akan rosak dan ia akan menyebabkan pelbagai penyakit. dan salah satu penyakit yang sangat digeruni adalah kanser.

Jadi sebelum sel-sel badan rosak, kita seharusnya semak semula makanan yang diambil adakah ia mencukupi untuk keperluan badan? jika anda jawab tidak dan perlukan supplement saya boleh cadangkan supplement yang berkesan selamat dan semulajadi.

untuk pembelian supplement dan sebarang pertanyaan tentang supplement shaklee whatsapp kak yan

019.559.0084
SID 885939



Friday, March 3, 2017

keistimewaan SET KEHAMILAN SHAKLEE

Apabila telah disahkan hamil, bakal ibu wajib dan mesti menjaga irmid makanan dengan betul dan seimbang, agar anak di dalam kandungan membesar dengan sihat dan mendapat segala nutrien penting yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. 

Tapi tahukah ibu-ibu diluar sana, apakah makanan yang perlu dan tidak perlu diambil? nutrisi yang bagaimana harus diambil semasa kehamilan? 

Untuk sepanjang tempoh kehamilan, sangat di cadangkan untuk anda mengambil set KEHAMILAN Sahklee. set Kehamilan Sahaklee ini bukan sahaja membekalkan nutrient penting untuk ibu malah membekalkan nutrisi penting untuk tumbesaran anak diadalam kandungan juga. 

Apa itu SET KEHAMILAN SHAKLEE? Jom kak yan terangan dan perincikan satu persatu. 

Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER PERTAMA


1. Vitalea - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tidak perlu lagi mengambil obimin okay. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah HB rendah juga sangat-sangat digalakkan untuk mengambil vitalea ni.

2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural. Selain dari itu juga, vitamin B ni berperanan untukmengurangkan morning sickness yang sering dialami ibu-ibu hamil.

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4.Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.

5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh.  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER 2 dan 3 


Ibu-ibu perlu mengambil vitamin-vitamin seperti di atas dan cuma perlu menambah satu lagi vitamin iaitu :

Omega Guard - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.


anda berminat unatuk dapatkan set kehamilan ini? Jom segera hubungi kak yan ya. 



Monday, February 13, 2017

Tips Elakkan anak-anak sembelit



Bila dah jadi mak-mak ini kesihatan anak memang seniasa menjadi prihatin utama dari diri sendiri. Betulkan mak-mak..
Yanti jadi prihatin dengan sembelit anak ni bila izzatie kerap sembelit sewaktu kecil. Sedih tau tengok muka anak meneran sambil menangis. Huhu

Sembelit, bukan sahaja terjadi dikalangan dewasa tapi ia juga sering terjadi kepada anak-anak. sembelit ini juga tidak boleh dipandang ringan tau mak-mak. Simptom sembelit ini menunjukkan anak kita ni kekurangan zat yang diperlukan untuk perlawasan lepas ni kena cek diet makanan anak-anak. Penghadaman yang sihat membolehkan anak ini sihat dan kuat imunisasinya.

Di sini yanti nak kongsikan beberapa tips untuk elakkan anak sembelit. Harap ia dapat membantu mak-mak diluar sana atasi masalah sembelit anak-anak.

#1. Susu formula
Salah satu faktor yang menyebabkan sembelit di kalangan anak-anak dise abkan oleh faktor jenis susu formula. Jika anak tidak serasi dengan susu formula ia boleh mengakibatkan sembelit. Mak-mak boleh cek susu formula yang digunakan dan cuba kurangkan scoop utk bancuhan susu.

#2. Banyakkan makan tinggi serat
Jika anak-anak kurang makan sayur cuba pujuk anak-anak ni makan buah-buahan yang tinggi serat macam pisang, betik dan pelbagaikan buah-buahan yang diberikan. Makanan tinggi serat ini membantu sistem pergerakan usus yang baik.

#3. Diet makanan yang betul
Adalah penting untuk mak-mak pastikan diet anak adalah seimbang dan anak mendapat semua nutrien penting setiap hari.

#4. Pemgambilan air masak yang cukup
Bagi kanak-kanak yang berusia dua hingga tiga tahun perku mengambil air sekurang-kurangnya 1 hingga 2 gelas air sehari. Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari.

#5. Lakukan aktiviti sukan ringan
Galakkan anak-anak untuk melakukan aktiviti seperti berbasikal atau berjalan kaki satu jam setiap hari.

Sila ambil perhatian, jika sistem imum anak lemah anak-anak mudan mengalami cirit-birit dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga boleh menyumbang kepada kehilangan selera makan anak-anak justeru menyebabkan penyerapan nutrien anak terganggu.

Shaklee juga sangat prihatin kepada kesihatan kanak-kanak. Mak-mak boleh berikan MEALSHAKE sebagai makanan tambahan anak-anak untuk membantu membekalkan nutrien dan zat-zat penting yang diperlukan anak-anak. Anak sihat, anak ceria.

Mak-mak yang nak dapatkan MEALSHAKE boleh pm atau whatsapp yantie ya.

==================
PengedarShaklee
Whatsapp 0195590084
==================

Wednesday, January 18, 2017

Produk anti aging terbaik yang terbukti berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Siapa tak suka bila dikatakan muka awet muda atau muka tidak dimamah dek usia, betul tak? Kalau ada yang menegur kak yan dan beritahu kak yan begitu, muka terus berubah senyum sampai hingga ke telinga..hehe.

Bagi yang tercari-cari produk anti aging yang berkesan dan selamat, kak yan sangat cadangkan anda mencuba VIVIX SHAKLEE. Kenapa VIVIX? 

VIVIX shaklee ni sangat istimewa dan ramuan yang digunakan juga terdiri daripada tumbuh tumbuhan yang kaya dengan antioksidan. Bukan itu sahaja, kajian membuktikan pengamal VIVIX juga mendapati tahap kesihatan dan wajah mereka seusia 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar.

Nak tau tak apa kandungan yang terdapat dalam VIVIX ni sehingga ia dekenali sebagai produk antipenuaan terbaik?

VIVIX ini mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi dengan kandungan Resveratrol dan Polifenol yang lain. Memang banyak sangat khasiat vivix ni pada kesihatan. 

Antaranya Polygonium Cuspidatum (Knotweed Jepun) yang ada dalam VIVIX ini kaya dengan resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darahserta berfungsi meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan. 

Jadi memang tak heran jika pengamal Vivix ini dikatakan muda 20 tahun daripada usia. Ia bukan sahaja untuk anti penuaan di muka sahaja tapi meliputi keseluruhan anggota badan sehingga ke peringkat selular tau.






Berbaloi dengan pembelian VIVIX ini dengan manfaat yang diperolehi. Nah kak yan belanja gambar pengguna yang berpuas hati dengan VIVIX ni 



Nak kelihatan awet muda 20 tahun lebih muda dari usia? 
jom amalkan VIVIX 


❤ Yantie 885939❤
☎ Whatsapp / SMS : 019-559 0084
FB : Noorizdayantie Samar

Sunday, December 4, 2016

Income tambahan dari rumah

Assalamualaikum... 


Kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di negara kita ini wajib rasanya kita mempunyai income tambahan selain daripada mengharapkan gaji bulanan sahaja. Lagi-lagi jika isteri tidak bekerja. Mesti sedikit sebanyak ingin juga membantu suami dalam menjaya pendapatan dari rumah.

Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan. 

Ramai juga antara rakyat Malaysia kini terpaksa diberhentikan kerja atas faktor kegawatan ekonomi yang melanda. Makanya perlu ada income tambahan dari rumah. 

Kenapa saya memilih SHAKLEE sebagai income tambahan dari Rumah?

MODAL KECIL

Untuk memulakan sesuatu pernigaan memang tidak di nafikan perlu mempunyai modal yang besar untuk membeli stok dan stok in pula perlu dihabiskan dalam waktu tertentu agar modal ini dapat dipusingkan semula.
Namun melalui pernigaan shaklee ia hanya memerlukan modal yang kecil sahaja dan iaitu sebanyak RM68.90 sahaja tanpa perlu membeli stok sebagai simpanan. 


CARA PEMBELIAN PRODUK YANG MUDAH

Pembelian order/pesanan barangan yang sangat mudah dan senang. Bagi sesetengah produk pembelian agak merumitkan dan memakan kos dari segi pengeposan. Namun, untuk barangan Shaklee, anda boleh membuat pesanan melalui 3 kaedah yang mudah dan senang! Kini tiada alasan lagi tiada kenderaan untuk ke branch atau  sukar untuk membeli pesanan pelanggan. Tambahan pula, kos pengeposan FLAT RATE sebanyak RM10 ringgit sahaja bagi setiap pembelain. 

PRODUK YANG TERKENAL

Untuk produk shaklee ini, anda tidak perlu khuwatir tentang penjenamaan atau pengiklanan. Terbukti produk Shaklee sudah terkenal dan telah berada lama di Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan adalah perkenalkan kepada kawan-kawan anda, Anda adalah Pengedar Sah Shaklee. 


KOMISYEN YANG LUMAYAN

Setiap pembelian produk Shaklee, anda akan memiliki dua komisyen iaitu komisyen jualan dan bonus yang diberi sendiri oleh pihak Shaklee terus ke akaun anda. Bonus jualan ini akan diperolehi sekiranya anda membuat pembelian melebihi 150UV. Bagaimana nak membuat pembelian sehingga 150UV? Anda hanya perlu menjual sebanyak 2 botol VIVIX. 

BONUS SHAKLEE

Terdapat 3 BONUS yang boleh anda miliki setelah memceburkan diri dalam perniagaan Sahklee iaitu CASH BONUS, CAR BONUS, CONVENTION ketiga-tiga ini layak anda miliki!

PRODUK YANG BERKUALITI

Produk Shaklee ini sentiasa berkesan, Mesra alam dan selamat. Produk Shaklee ini telah melalui ujian klinikal dan dipaternkan oleh ahli saintis. Produk ini juga telah mencapai hingga 100 tahun dan terbukti berkesan. 


PEMBELAJARAN MELALUI ONLINE

Bagi yan baru menceburkan diri dalam Shaklee, anda tidak perlu risau tenatang ilmu tebnatng produk. untuk kummpulan kami, anda boleh mengikuti kelas yang diadakan secara atas talian atau melalui group Whatsapp. Mudahnya!!


Maka jangan ragu-ragu untuk menyertai kami sebagai Shaklee Independent Distributor untuk mendapatkan semua keistimewaan yang di tawarkan oleh Shaklee.

Hubungi kak yan ya untuk mendapatkan keterangan lanjut!

Kak yant SIDPRO 
+60195590084






Friday, December 2, 2016

Produk untuk kulit berminyak

Tensionnya bila telah 2 hingga 3 kali menukar produk muka namum kulit berminyak tetap ada dan menjejaskan penampilan diri. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila jerawat juga turut tumbuh disekitar wajah. 

Jika anda mempunyai masalah ini, kak yant cadangkan anda patut memcuba Collogen Shaklee Powder ini, Bukan sahaja dapat atasi masalah wajah berminyak malah dapat mengecilkan liang pori-pori, mengurangkan kedutan, melambatkan penuaan. dan banyak lagi tau! betul ker hanya dengan Shaklee Collogen Powder? 

Jadi jangan tunggu lama-lama tau, banyak sangat kelebihan Shaklee Collogen Powder. Ingin tahu lebih lanjut tentang Shaklee Collogen Powder ini? klik link ini SHAKLEE COLLOGEN POWDER

Nah kak yant sertakan sekali testimoni pengguna Shaklee Collogen Powder yang telah pun merasai kesan kebaikkan SCP ini selepas penggunaan yang konsisten. 

Bagi yang mempunyai masalah minyak, jom cepat dapatkan Shaklee Collogen Powder ini dengan segera!. Hubungi kak yant ya !

Your Trusted SID PRO 
Kak Yant 
+60195590084



Thursday, December 1, 2016

Produk Kurus Terbaik

Assalamualaikum pembaca semua...

Pasti setiap ada di kalangan yang membaca di sini pernah atau tengah berazam untuk turunkan berat badan pada tahun ini atau bulan ini.

Tapi gaya diet yang mana menjadi pilihan anda? Berdiet secara sihat atau tidak? atau berdiet dengan tidak mengambil sebarang jenis karbo?

Berhati-hati ya, jangan turun dalam sebulan dua kemudian berat badan mula meningkat secara mendadak. Biasa diet cara ini akan menyebabkan berlakunya yo-yo-diet. Apakah itu yo-yo diet, yo-yo diet ni bermakna berat anda turun pada sesuatu tempoh dan kemudian meningkat secara mendadak. Yo-yo diet ini yang paling digeruni oleh setiap wanita tau.

Untuk yang bercadang menurunkan berat badan, kenalpasti dahulu diet jenis mana yangpaling sesuai untuk anda mengikut keperluan tenaga seharian. Belajar dan perlu ambil tahu tentang kalori yang diambil dan diperlukan setiap hari. Bagi yang bercadang untuk berdiet dengan supplement, keperluan pemakanan, senaman dan supplement adalah seperti berikut :

70% pemakanan - Perlu ambil kira kalori dan portio makanan yang perlu
15 % senaman - senaman ini sangat perlu untuk membantu pengecutan lemak yang ada di dalam badan
15%  Supplement - Supplement ini bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan anda.

SET KURUS SHAKLEE

Terdapat dua plihan untuk anda yang bercadang untuk menggunakan suplement dalam proses diet anda.

1. Set Kurus Bajet
2. Set Kurus Lengkap

SET KURUS BAJET


Set kurus bajet ini terdiri daripada 3 jenisvitamin utama iaitu Herbalax, Lecithin, Alfalfa. Setiap jenis vitamin ini mempunyai peranan masing-masing dalam penurunan berat badan.

Lecithin 

Ada banyak manfaat kesihatan pada lecithin. Dalam program “Loss Inch”, lecithin membantu:

  • Memecahkan dan mencairkan lemak dan melangsingkan tubuh,
  • melembut dan melawaskan najis,  
  • serta mencantikkan otot dan kulit 
  • Meningkatkan memori walaupun sedang berdiet
  • Pengambilan 400mg lecithin setiap hari membantu anda mendapat inci yang diidamkan berserta senaman yang bersesuaian dengan tubuh.
Alfalfa Complex

  • Penting kerana berfungsi sebagai detox tubuh 
  • tubuh kurang toksin mempercepatkan penurunan berat badan dan juga badan akan terasa ringan 
  • Menyahkan toksin, lemak dan lendir degil yang melekat di dinding usus.
  • Apabila toksin kurang dan dinding usus bersih maka penyerapan vitamin/supplement lebih berkesan.
  • Kaya dengan serat yang membantu sistem pelawasan 
  •  Membantu dalam masalah pencernaan dan ketidakhadaman.
Herbalax

  • Sama seperti alfalfa 
  • berfungsi sebagai detox 
  • Tumpuan utama detox adalah sistem penghadaman 
  • Perut mengandungi jumlah toksin yang tinggi selain hati
  • Sistem penghadaman yang tinggi toksin menyebabkan proses penurunan berat badan kurang berjaya.

SET KURUS LENGKAP 

Ini pula merupakan SET KURUS LENGKAP. Set kurus lengkap ini mempunyai tambahan CINCH dalam pengambilan Supplement. 

Cinch 
Merupakan produk khas Shaklee bagi program “Loss Inch”.

  • Lengkap dengan segala keperluan tubuh untuk kembali langsing, kekal sihat dan berseri 
  • Serat dan protein menjadikan pengguna akan merasa kenyang 
  • Mengandungi 24gm protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut 
  • Serat larut yang memudahkan proses pelawasan 
  • Protein yang terkandung dalam chinch shake membantu tubuh kembali langsing dan otot kembali pejal dan kemas.
  • Otot yang sihat memetabolismakan tenaga dengan efisien 
  • Chinch Shake diperkaya dengan leucine dan dirumus khas untuk program “loss inch” agar dapat membantu anda mengelakkan diet yo-yo.
Untuk setiap pelanggan yang membeli akan saya guide cara pemakanan vitamin dan pengambilan makanan yang betul untuk membolehkan penurunan berat badan anda dengan kadar yang betul. 

HUBUNGI SAYA UNTUK PEMBELIAN VITAMIN

❤ Yantie 885939❤
☎ Whatsapp / SMS : 019-559 0084
FB : Noorizdayantie Samar

Cara Cari Wang Lebih dengan modal kecil

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua!


Memandangkan ekonomi yang tidak stabil, dengan kegawata mata wang Malaysia kini. Side income untuk sesebuah kekeluargaan itu perlu. Bagi saya sendiri yang tidak bekerja dan belanjawan sepenuhnya tertumpu pada monthly income gaji en suami memang agak payah untuk mai berbelanja secara berlebihan.

Alternatif saya dan suami kami paksa diri untuk mencari side income yang boleh di jana secara pasif. Bagaimana?

Untuk saya, ada beberapa side income yang saya jana dan ambil untuk menampung keperluan sendiri. (bukan bermakna en.suami tak bagi duit belanja untuk diri sendiri) saya lebih suka berdikari. wang peruntukan en. suami untuk isteri tersayang dia ni sepenuhnya dimasukkan ke ASB. Dan bila keadaan tersangat perlu sahaja saya akan keluarkan.

Untuk tempoh 11 bulan (jan hingga nov) saya akan menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen di sini. seminggu hanya 3 hari /6 jam sahaja pada waktu malam. Sebab waktu anak-anak boleh saya tinggalkan sekejap di bawah pengawasan en.suami. Income bulanan ni lah saya gunakan untuk keperluan diri dan buat modal untuk berniaga online secara kecik-kecilan. Banyak juga bisness yang saya jalankan antaranya perngaan stookin dan handsock, tundung dan inner dan SHAKLEE.

Banyak juga perniagaan dan jenis yang saya sertai, antara kesemua pernigaan ini,  paling best sekali berbisnes dalam perniagaan SHAKLEE. KENAPA?

BUSINESS SHAKLEE ini mempunyai banyak kelebihan dari segi :

MODAL KECIL 

Modal yang kecil sebagai permulaan serendah RM68.90 sahaja untuk tempoh seumur hidup (dan pada tahun ini sahaja perlu membeli voucher sebanyak RM30) dan Voucher ini pula boleh digunakan semula tau!.

TIDAK PERLU MAINTAIN UNTUK AMBILAN BULANAN

Untuk perniagaan yang lain saya perlu maintain untuk ambilan bulanan atau 3 bulan sekali ambilan. DAn setiap ambilan tu bernilai hampir RM500 ringgit. Tapi dalam SHAKLEE andai kita tidak membuat belian dalam sebulan, keahlian kita tidak mati atau expired. Best tak?

TIDAK PERLU SIMPAN STOK

Untuk kebanyakan perniagaan stok perlu dibeli untuk memudahkan pembeli. Tapi melalui pernigaan Shaklee ni anda tidak perlu langsung menyimpan stok. Jika ada pesanan dari pelanggan anda boleh buat beian secara online atau walk ini ke brnch. Mudah tak?

KUMPULAN BIMBINGAN

Dalam group Shaklee saya serta kumpulan bimbingan sangat supportive. Sentiasa membantu antara satu sama lain. kelas online dan offline juga sentiasa di adakan. Bak kata walaupun saya di johor dan kelas ada di Kuala lumpur, itu bukan penghalang. Online sahaja.

Jadi jika anda berminat untuk mencari wang lebih, side income yang best dan pelbagai pulak ganjaran yang di tawarkan, boleh hbungi saya untuk keterangan lanjut tau!




Wednesday, November 30, 2016

SHAKLEE TRIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Sebelum ni saya ada ceritakan tentang Shaklee Trip yang ditaja sepenuhnya berataraf 6 Bintang. Seronok kan? Jika anda juga ingin dapatkan Shaklee Trip ini juga boleh tau! Cerita lepas berkisar tentang Shaklee Trip dalam negara sahaja, belum lagi saya ceritakan tentang Shaklee Trip yang di taja sepenuhnya untuk ke luar negara. Taraf tetap sama 6 bintang gitu. 

Seronok tau jika anda benar-benar serius dalam perniagaan ini Selain membantu menigkatkan taraf kesihatan orang sekeliling dan orang lain (dengan IzinNYA), anda juga berpeluang untuk mendapatkan segala yang ditawarkan oleh Shaklee. Antaranya adalh Shaklee Trip ini. Banyak program yang di tawarkan untuk ahli-ahli yang layak untuk menghargai susah penat lelah SID. 


Antara Shaklee Trip yang sangat saya imikan adalah untuk dapatkan Umrah Trip. Trip ini memang saya nak sangat. dan kalau boleh saya nak bawa sekali mak ayah saya ke sana. InsyaAllah doakan saya mampu untuk menaja mak ayah saya ke sana melalui intensif yang diberikan Shaklee ini. 

Apa lagi Shaklee trip yang ada? Banyak sangat tau, kalau anda juga berminat dan teruja juga untuk dapatkan FREE TRIP bertaraf 6 bintang ni, Jom serti kumpulan kami untuk bersama-sama mencapai Shaklee Trip yang sangat awesome ni!


SET BERSALIN SHAKLEE YANG BEST!

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah menginjak setahun usia pada hari ini. Saya nak kongsikan pengalaman saya semasa berpantang anak ke dua. Memag menjadi kebiasaan untuk wanita hamil akan mencari set bersalin ketika usia kandungan memasuki lapan bulan. Serius semasa anak pertama saya hanya cuba jaya dan kalu boleh nak yang paling murah lah kan. sebab nak jimat kos dan sebagainya tapi bila time berpantang rasa rugi sangat tak ambil set yang best sebab masa berpantang nilah luka dan tubuh badan kita sangat lemah dan benar-benar memelukan SET BERSALIN yang lengkap dan membantu kita semasa proses pemulihan.

Semasa anak pertama, saya menghadapi masalah sembelit yang agak serius. menangis tahan sakit tau! masa nak pertama ni saya masih belum menggunakan Set Bersalin Shaklee (kenal shaklee pun belum lagi). Bayangkanlah malam-malam dengan anak yang bangun nak menyusu kendian pula dengan sembelit lagi. Ingat lagi jam 3 pagi saya duduk di dalam toilet menangis sorang-sorang sengsara dek sembelit. Huhu rasa tak nak ingat dah,memang akan buat rasa seriau  nak bersalin normal time tu.

Alhamdulillah,masa anak kedua dah mula kenal dengan produk shaklee saya amik SET BERSALIN Shaklee. Memang rasa lain sedikit, badan pun lebih bertenaga walaupun kesan bius masih terkesan. Cuma pada waktu itu sakit kepala yang teramat sangat. Bila nurse cek tekanan darah, pada paras normal. Nurse dan doktor juga berpesan untuk mengambil Vitamin C untuk pemulihan luka yang cepat.

Nak tau tak set bersalin apa yang saya guna?


Inilah SET BERSALIN yang saya ambil cuma saya tambahkan dengan ESP dan Ostematrik. Saya sangat mencadangkan kalau ada mommies kat luar sana nak ambil SET BERSALIN ini. Ia bukan sahaja membantu dalam penyembuhan luka yang cepat, juga membantu dalam membekalkan segala nutrien penting yang diperlukan tubuh badan selepas bersalin. Selain itu, dapat memberikan tenaga bepanjangan untuk imu selespasbersalin. 

Jika ada mommies yang inginkan set bersalin ini jom whatsapp yantie ya untuk sebarang pertanyaan. Mommies boleh hubungi yanti di sini, untuk fast respond Whatsapp yantie ya! =)





Monday, November 28, 2016

Set Untuk Hamil

Kehamilan merupakan sesuatu yang sangat dinantikan oleh setiap wanita yang telah berumahtangga, Namun, jika masih belum dikurniakan zuriat jangan berasa kecewa atau stress. Jangan berhenti untuk berusaha dan tawakal kepadaNYA. 

Ini cerita tentang Kakak saya..

Pic : Kredit En. Google

Kakak sulung saya dan suami telah berkahwin hampir lima tahun namun masih belum mempunyai zuriat dan mereka juga tidak mempunyai masalah kesuburan. Saya sendiri yang mencadangkan kepada kakak saya untuk mengambil GLA dan B-Complex manakala untuk suaminya saya cadangkan Zinc Complex. Memang saya monitor pengambilan kedua-dua vitamin ni sepanang tempoh pengambilan set untuk Hamil. Alhamdulillah setelah habis sebotol GLA, kakak saya di sahkan HAMIL. Sujud syukur kami bersama. Sebak dan gembira tau masa ni. Macam-macam juga ikhtiar yang dilakukan sebelum. Alahmdulillah penantian selama 5 tahun terbalas juga.

Dah tujuh tahun kisah itu berlalu. Kini kakak saya sedang menunggu hari kelahiran anak yang kedua pula. Jadi untuk wanita yang masih belum dikurniakan anak lagi, ikhtiarkan segala yang boleh. Amalkan juga solat tahajud dan solat hajat meminta padaNYA dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. 

Namun perlu di ingatkan juga ya, pastikan kitaran haid anda teratur dan anda tidak stress. Tahu tak stress juga salah satu penyebab tau perubahan hormon yang tidak stabil. Ini juga dapat meyumbang kepada ketidaksuburan seseorang wanita. Untuk bacaan lanjut tentang punca Haid Tidak Teratur di sini

Untuk bacaan set kesuburan boleh klik di sini. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya seperti berikut:



Vitamin Untuk Daya Tahan Tubuh Keuarga

Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah dah bermula, maka mood untuk bercuti juga tinggikan.lagi-lagi jika dah plan nak bawa anak-anak ke sesuatu destinasi yang di tuju. Semua maklum juga hujung tahun di Malaysia merupakan musim hujan. Wabak selsema dan demam memang senang sangat untuk dijangkiti lagi-lagi kanak-kanak. Jadi sebelum travel ke mana-mana jom sediakan beberapa vitamin wajib untuk diri anda dan anak-anak, tidaklah nanti semasa dalam perjalanan jika mereka dijangkiti penyakit kalut pula kita nak ke klinik-klinik atau farmasi. 

Jika anda travel keluar negara juga ia merupakan suatu keperluan yang wajib di bawa. Tidaklah nanti ketika berada diluar sana perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli ubat-ubatan di sana.

Untuk Vitamin wajib yang perlu di bawa bersama semasa travel ini cadangan saya :

1. Nutirefon - Nutriferon ini bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan. Ia merupakan serbuk yang diperbuat daripada biji labu. Jika selsema dan demam terus berikan anak atau ahli keluarga yang sakit dengan nutriferon ini.



2. Sustained Release Vita C Plus - Kebaikkan Vitamin C ini  memang tidak dapat disangkal lagi. Sememangnya saya mengamalkan Vitamin C shaklee sekian lama. Alhamdulillah jarang dujangkiti demam atau selsema. Ia juga berperanan untuk mengecutkan jerawat tau! Ibu-ibu wajib ambil ini untuk cantik sama!


3. Omega guard - Omega guard ini membantu dalam menguatkan paru-paru dan meningkatkan sistem imun badan. Ia juga membantu untuk mengeluarkan kahak yang terdapat di kerongkong anda.


Wajib tau bekalkan perjalanan anda dengan kesemua vitamn ini. Badan sihat baru seronok anak-anak dan kita juga gembira ketika bercuti. Masih sempat lagi untuk membuat belian untuk kesemua vitmin ini! Jom hubungi saya untuk maklumat lanjut!!


Sunday, November 27, 2016

Mana Nak Cari Shaklee?

Assalmualaikum dan salam sejahtera...


Masih ada yang tertanya tak, Mana nak cari Shaklee? Nak guna pakai vitamin dan produk shaklee tapi tak tahu mana nak cari? Lagi-lagi bila urgent sangat nak guna produk shaklee ni. Jika ada bukan Ahli Shaklee, anda tidak boleh membuat pembelian di kaunter-kaunter HQ atau branch Shaklee yang berdektan. 

Andai ada yang di luar sana ingin mendapat produk Shaklee ini, Boleh terus hubungi saya selaku SIDPRO anda. Jangan segan atau malu untuk hubungi saya terus. Konsultasi berterusan akan diberikan sepanjang tempoh anda mengambil produk shaklee dari saya. Untuk makum balas yang lebih pantas terus whatsapp saya untuk pertanyaan.



Ini serba sedikit ingin saya kongsikan tentang kebaikkan VIVIX: 

Kenapa VIVIX ni special sangat sampai ada yang sanggup repeat order walaupun harga VIVIX ini sedikit mahal daripada harga vitamin atau produk yang lain? VIVIX ini juga memang hot item di Sahklee dan kebiasaannya di cari oleh pesakit yang mengalami penyakit yang agak kritikal seperti darah tinggi, obesiti, kanser, kolestrol tinggi dan sebagainya. 

Vivix merupakan sebatian daripada sumber alam yang kaya dengan antioksidan dan membantu pembaharuan sel secara menyeluruh. Ia di cari oleh pesakit ini untuk membantu dalam menigkatkan tahap kesihatan yang maksimum. 

Melalui penggunaan VIVIX secara konsisten, didapati secara purata ramai yang dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka. Jom Ikhtiarkan Vivix untuk ibu atau ayah anda yang mengalami atau menghidapi penyakit-penyakit ini. Untuk belian Vivix secara online,anda boleh klik pada gambar di bawah. Hubungi saya selepasa pembelian untuk mendapatkan konsultasi.

 Vivix

di sini saya kongsikan serba sedikit testimoni pengguna yang mengamalkan VIVIX sebagai supplement mereka. 




Set Kesuburan Shaklee untuk suami isteri

Cahaya mata atau zuriat sangat ditunggu-tunggu kedatangannya. Namun jika anda masih belum dikurniakan zuriat, jangan cepat berputus asa, ikhtiarkan segala perubatan yang ada. InsyaAllah jika kedua-dua anda tiada masalah dari segi faktor kesuburan, pasti kedatangannya akan tiba juga. 

Untuk ikhtiarkan dengan Set Kesuburan Shaklee ada beberapa produk yang boleh saya cadangkan. Set ini juga membaantu untuk meningkatkan tahap kesuburan untuk isteri dan suami. Selain itu juga produk ini membantu untukmenigkatkan tahap keintiman hubungan suami isteri. 

Set kesuburan Shaklee basic ini terdiri daripada : 


Untuk isteri Set Kesuburan terdiri daripada : 


GLA Complex : GLA complex ini bertujuan untuk mengimbangi hormon dalam tubuh badan wanita. Cara pemgambilanjuga berlainan untuk kesuburan dan untuk memperbiki kitaran haid anda. Jika anda mengalami maslah haid yang tidak teratur disarankan untuk memperbaiki kitaran pusingan haid dahulu setelah itu boleh konsume untuk kesuburan. 

B-Complex : B-complex Shaklee mengandungi asid folic juga. untuk wanita yang bercadang untuk hamil sangat di syorkan untuk mengambil asid folic sebelum hamil lagi. Bcomplex ini juga menngandungi 8 vitamin B yang diperlkan untuk badan. Ia jugabertujuan untuk mengurangkan stress pada badan. Stress juga salah satu penyebab kepada ketidak stabilan hormon badan. 

Untuk Suami Set kesuburan terdiri daripada : 



Zinc Complex : Zinc bertujuan untuk meningkat tahap kesuburan sperma. 

Vita-E Complex : Meningkatkan tahap intiman antara suami isteri. Isteri juga boleh menngambil Vitamin E ini. 

Set kesuburan suami isteri ini membantu meningkatkan tahap kesuburan kedua-dua pasangan. selain itu juga faktor pemakanan juga perlu di jaga bagi menigkatkan lagi tahap kesuburan. 

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Boleh hubungi saya seperti di bawah ini. Inginkan penjimatan berganda? Jom sertai kami sebagai Ahli Shaklee dengan bayaran serendah RM68.90 sahaja. 



Saturday, November 26, 2016

Nak Beli Shaklee Secara Online?

Assalamualaikum.... 



Ada tak yang bertanya bagaimana nak membuat pembelian produk Shaklee? Susahnya nak buat belian produk Shaklee... Errr tak susah? Mudah sahaja. Anda tahu tak belian produk Shaklee ini boleh dibuat pembelian secara ONLINE. Tapi perlu juga melalui SID (Shaklee Independent Distributor). kenapa perlu melalui SID ni? meh sini saya kongsikan.

Sekiranya anda membuat pembelian produk Shaklee, secara automatik anda layak untuk diberi konsultasi secara percuma melalui SID tersebut. Jika tidak, dikhuatiri cara pengambilan yang salah atau tidak sesuai dengan tubuh anda. Jika anda mengalami healing crisis juga boleh terus merujuk kepada SID tersebut. Tapi jika SID tersebut tidak memberi konsultasi bagaimana? Cuba juga dapatkan daripada SID tersebut ya. 

Maka perlu di ingatkan, dapatkan SID yang bertauliah dan yang benar-benar ingin membantu meningkatkan tahap kesihatan anda. Rugi tau jika anda melabur ratusan ringgit untuk belian produk tapi tidak mendapat konsultasi secara berterusan daripada SID anda. Jika anda tidak mahurugi jom cari SIDPRO Shaklee yang sentiasa anda untuk memberikan khidmat nasihat yang betul cara pengambilan Vitamin. 

Bagi yang baru nak memulakan bisnes shaklee, mudah sangat kan! Tidak perlu menghadap atau berdepan dengan jem, buat belian secara online dan trace belian anda. mudah sangat nak beli barangan Sahklee ini tau!!



Nah untuk pembelian Vitamin C Sahklee secara online anda boleh klik terus di gambar di bawah ini.
Cara pemgmbilan Vitamin C adalah : 1 Biji sehari selepas breakfast.



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan,boleh hubungi saya di talian ini ya! Jom dapatkan penjimatan berganda dengan pendaftaran sebagai Ahli Shaklee serendah RM68.90 SAHAJA.

Bonus Shaklee Malaysia yang Super BEST!!

Bonus Shaklee LUMAYAN. Betul ke?



Pernah tak terlintas di dalam fikiran anda, banyak sangat ke bonus Shaklee ni sampai ramai yang berhenti kerja buat fulltime bisnes Shaklee? Sampai berapa angka saya layak untuk mendapatkan bonus Shaklee?

Setiap SID yang mendaftar layak untuk mendapat bonus Shaklee dengan syarat UV melebihi 250UV yang mana ia lebih kurang dalm RM450 ke atas dalam tempoh sebulan. Susah nak dapatkan 250UV? Sebenarnya ia tidak susah dan mustahil. Jika nada dapat menjual 2 botol VIVIX anda terus layak untuk mendapatkan Bonus Shaklee. Lagi pulak kalau anda sememangnya menggunakan sendiri SET PENYUSUAN, atau ada adik beradik anda juga turut mengambil supplement Shaklee ini, secara automatik jualan anda dalam sebulan mencecah sehingga 250UV dan terus dapat bonus Shaklee mudah tak?

Untuk leader yang aktif pula anda berpeluang untuk mendapatkan CAR SUBSIDY dan CONVENTION. Kedua-dua ini anda akan perolehi sekiranya anda mempunyai group di bawah naungan anda sendiri. Angka Bonus Shaklee tidak mempunyai limit dan ia bergantung kepada hasil titik peluh anda sendiri. Lebih banyak yang anda jual dan lebih banyak yang anda ajarkan kepada anak-anak Shaklee, maka lebih banyak lagi bonus yang anda boleh dapat. Di ingatkan ya Bonus Shaklee ini tidak ada LIMIT. Ia boleh mencecah dari puluhan ringgit sehingga ke puluhan atau ratusan  ribu.

Shaklee ini sejenis MLM tapi ia tidak bergantung kepada pencarian ahli baharu sahaja. Bnus anda juga layak diterima melalui jualan  atau belian produk Shaklee.  

Best atau sangat best BONUS Shaklee ini? Kalau best dan super best, jom daftar sebagai ahli sekarang!! Nak daftar Ahli, jom sertai kumpulan saya untuk sama-sama kumpul BONUS Shaklee yang super best ini.  



Friday, November 25, 2016

Bisnes Modal kecil yang Lumayan



Bisnes tanpa modal yang besar dan pulangan yang lumayan sememangnya menambat hati. Serius banyak juga jenis barangan yang saya niagakan dan kos permulaan untuk memulakan pernigaan ini memang agak besar dan paling utama risiko untuk meghabiskan kesemua stok yang ada di tangan sememangnya agak mencabar. betul tak? modal dah besar stok pula tersimpan. Jangan sampai satu tahap kita pula terpaksa buang harga untuk cover semula modal mati tu. 

Tapi Jika anda terlibat dalam bisnes shaklee ini, serius modal permulaan adalah serendah RM68.90 (tidak termasuk pos dan GST) sahaja untuk melayakkan anda menjadi ahli Shaklee dan sudah pasti anda layak untuk mendapatkan harga produk Shaklee dengan harga ahli. Jika anda layak, bukan sahaja boleh dapat CASH BONUS, boleh dapat pula CAR SUBSIDY, dan CONVENTION secara PERCUMA!

Dalam bisnes Shaklee juga kami tidk di ajar untuk menyimpan stok tau. Jadi tidak perlu risau untuk mengambil atau menghabiskan stok simpanan. Kesemua stok-stok barangan Shaklee sememangnya di simpan dengan sangat rapi di HQ berdekatan. Bilik penyimpanan juga terkawal. Jadi dalam pernigaan Shaklee memang tidak wujud modal mati kecuali kalau korang pergi borong satu lori bawak baik rumah hehe.

Unntuk tempahan dan order barangan Shaklee juga sangatlah senang. Ada tiga cara untuk anda membuat tempahan. 

1. Walk in ke HQ atau Branch berdekatan 
2. Melalui Shaklee2u.com.my
3. Melalui talian telefon.

Mudah, cepat dan dengan kadar flat rate pengeposan sebanyak RM10.60 bagi setiap bungkusan. banyak mana barangan dalam satu bungkusan harga tetap sama tau! Best bukan. Jangan tunggu lama-lama tau, jika anda memang berniat untuk berniaga tetapi tidak tahu cara setelah mendaftar ahli jangan risau kami akan membantu. Jom serti group saya!


Vitamin Untuk Ibu Hamil yang Lengkap


Ibu hamil? Tahniah kerana anda bakal menjadi ibu dan ayah selepas ini. Namun bagi ibu hamil ini seringkali akan cepat letih, tidak bermaya dan loya ketika hamil. Jika anda mengalami simptom ini bermaksud badan anda tidak mencukupi vitamin perlu. Oleh itu sangat penting bagi ibu-ibu menjaga kesihatan sebaiknya sepanjag tempoh kehamilan. Maka untuk mengisi ketidakcukupan vitamin perlu di dalam badan, ibu hamil perlu mengambil supllement untuk memastikan segala zat dan nutrien penting dapat disalurkan kepada bayi. 

Ibu hamil memang sangat perlukan vitamin untuk memastikan keadaan diri dan bayi dalam kandungan sihat dan mendapatkan nutrien yang penting sepanjang tempoh kehamilan. Melalui pemakanan sahaja sememangnya tidak mencukupi, Ibu hamil sangat memerlukan nutrien-nutrien penting untuk perkembangan bayi dan memastikan tubuh badan sentiasa sihat. 

Semasa hamil, ibu-ibu yang mengandung akan mengalami perubahan hormon dalam badan dan ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Selain itu juga, ibu mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan menyebabkan keperluan nutrien dalam badan juga bertambah. 

Vitamin Untuk ibu hamil ini membantu dalam membekalkan kesemua nutrien perlu sewaktu kehamilan. Jadi untuk ibu-ibu hamil ini sangat disarankan untuk mengambil Set IBU HAMIL SHAKLEE

Namun bagi yang mempunyai masalah angin dan loya yang agak teruk, Boleh ditambahkan Vitamin Papermint Ginger Plus uuntuk mengurangkan rasa loya dan angin di dalam badan.

untuk pembelian dan sebarang pertanyan Sila hubungi saya ya. Konsultasi akan diberikan setelah pembelian dibuat. Jom jangan segan dan malu untuk bertanya.


Thursday, November 24, 2016

Pengedar Shaklee Kulai, Johor

Assalamualaikum....



Anda berada di kulai? Dan mencari pengedar Shaklee di sekitar Kulai, boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin yang diperlukan beserta konsultasi. Jom saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya ya! 

Nama diberi Noorizdayantie Samardan pada ketika ini saya brusia 32 tahun, pemalu tetapi bila dah bersua muka dan bertegur sapa memang boleh di ajak bersembang lama (haha kaki sembang juga tau!). Telah berkahwin dan mempunyai sepasang anak. 

Saya merupakan fulltime housewife jadi memang tidak ada masalah untuk COD barang di sekitar kulai. Mempunyai Ijazah dalam bidang Sains Fizik. Pernah bekerja sebagai Pegawai sains dan pembantu penyelidik di USM satu ketika dahulu. Lebih suka tidak terikat kepada kerja kerana boleh menumpukan sepenuhnya kepada anak dan keluarga. 

Terjebak dalam perniagaan Shaklee ini kerna pertama sekali mempunyai masalah penyusuan. Susu merundum, stok susu juga tiada. Oeh itu set pertama saya bersama Shaklee adalahset penyusuan. Set ini memang sangat bagus dan memang saya cadangkan untk sesiapa yang mempunyai masalah penyusuan.

Jom hubungi saya atau whatsapp terus ke seperti nombor di bawah: