Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

Normalkah Keputihan yang anda alami?

Assalamualaikum.

Kenali jenis-jenis keputihan.



Setiap wanita akan mengalami keputihan. Namun terdapat beberapa kaedah yang perlu diketahui untuk mengenal pasti sama ada NORMAL atau pun TIDAK keputihan yang anda alami. 

Keputihan (leukorea atau flour albus) adalah gejala normal pada wanita. Cairan ini terhasil di bahagian reproduksi wanita dan ia berperanan untuk membantu fungsi organ tubuh yang lain. Dalam keadaan normal, vagina akan mengeluarkan cairan berupa lendir dan tidak berbau. Keputihan normal ini disebut sebagai fisiologis. Lendiran ini mengandungi banyak epitel dengan sedikit leukosit dan akan meninggalkan kesan warna kuning pada seluar dalam setelah teroksida oleh udara. Oleh itu, jangan terlalu risau jika anda mengalami keputihan jenis ini kerana ianya bukanlah satu penyakit. 

Berikut merupakan keadaan yang menyebabkan keputihan. 

1. Pada masa subur 
Kuantiti lendiran vagina dipengaruhi oleh kadar hormon dalam tubuh. Pada masa subur (sebelum dan setelah masa haid) tubuh wanita lebih giat memproduksi hormon estrogen. Oleh itu lendiran vagina yang dihasilkan lebih banyak dari hari-hari biasa. 

2. Ketika hamil
Sepanjang tempoh kehamilan, kadar hormon estrogen mengalami peningkatan sehingga lendiran vagina keluar lebih banyak dari hari biasa. Dalam keadaan hamil, lendirn vagina berguna untuk meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu melhirkan anak.

3. Saat teransang
Lendiran vagina juga akan terhasil dengan lebih banyak apabila wanita terangsang secara seksual. Cairan yang terhasil ini berfungsi sebagai pelincir semasa melakukan hubungan intim. 

4. Berat badan berlebihan
Timbunan lemak pada tubuh akan membuat kawasan lipatan terutama pada bahagian paha dan kelengkang menjadi tertutup dan lembab. Keadaan ini memudahkan kulat berkembang dan membiak dan menyebabkan terjadinya keputihan.

5. Meminum antibiotik dalam dos yang tinggi
DAlam vagin terdapat bakteria yang bertugas menjaga kestabilan pH agar tetap dalam keadaan normal. Antibiotik yang diambil secra berlebihan akan membunuh bakteria dan merosakkan kestabilan pH vagina. Dalam keadaan pH yang tidak stabil, kula dan bakteria akan membiak dan boleh menyebabkan keputihan.

Cara yang paling mudah untuk mengetahui kenormlan keputihan anda atau tidak, lakukan sendiri untuk mengenalpasti kehadiran keputihan anda. Berikut merupakan beberapa keadaan yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor. 

Jenis-jenis keputihan yang memerlukan pemerhatian serius

1. Lendiran berwarna putih kekuningan , pekat bergumpal, berbau tidak sedap dan disertai gatal pada bahagian vagina.

Penyebab: Kulat Candida sp. (perlu mendapat rawatan doktor)
Berkemungkinan adalah sejenis penyakit jika dibiarkan, jangkitan kulat boleh melemahkan pertahanan tubuh terhadap bakteria-bakteria berbahaya lain. 


2. Lendiran berwarna kekuningan seprti nanah dan berbau hamis.

Penyebab: Bakteria Gonococcus (perlu mendapat rawatan doktor)
Anda berkemungkinan menghidap penyakit kelamin siflis. 


3. Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih, berbau busuk. Vagina akan terasa sakit apabila ditekan. Kadang-kandang terasa perit ketika membuang air kecil. Pada vagina terasa gatal, di bibir vagina muncul bintil atau luka 

Penyebab: Bakteria jenis Trichomonas vaginalis atau Enterobiasis
Kemungkinan penyakit. Segera dapatkan rawatan doktor.



4. lendiran pekat kehijauan, kadang-kandang bercampur darah. Berbau hamis namun tidak berasa gatal pada vagina. Terdapat luka.

Penyebab: Human papilloma Virus dan Herpes Simpleks
Kemungkinan penyakit. Merupakan tanda pra-kanser rahim. segera dapatkan rawatan doktor. perlu rawatan khusus. 


Untuk produk Shaklee yang bersesuai untuk membantu mengurangkan keputihan melampau, saya cadangkan pengambilan di bawah ini: 

Alfalfa Complex: Bertindak sebagai antifungal
Garlic: bertindak sebagai antibiotik semuajadi

Jika anda salah seorang penghidap keputihan seperti di atas, saranan saya dapatkan nasihat daripada doktor dahulu dan juga boleh mengamalkan pengambilan supplement seperti yang dicadangkan. Bagi yang ingin membuat pembelian terus dengan saya, hubungi saya ya! 




Monday, December 10, 2012

Khasiat bawang putih dalam bentuk tablet

Ramai yang telah mengetahui bahawa bawang putih mempunyai khasiat yang tinggi kepada kesihatan. Namun tidak semua orang boleh menelan bawang putih ini secara begitu sahaja kan..kan  (termasuklah saya). Tahukah anda apakah khasiat-khasiat bawang putih ini kepada sistem badan? Antara khasiat-khasiat bawang putih ini adalah:

1. Anti bakteria dan anti virus - Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan anti bakteria. 

2. Mengurangkan risiko kanser- Bawang putih yang kaya dengan antioksidan Selenium mengurangkan radikal bebas di dalam salur darah. 

3.  Mengurangkan risiko strok - bahan yang terkandung di dalam bawang putih ini merangsang penghasilan nitric oksida pada dinding salur darah. Melancarkan peredaran darah dan mengawal tekanan darah untuk mengelakkan tekanan darah tinggi. 

4.  Anti inflamasi - Bawang putih mempunyai bahan antiflamasi yang mengurangkan penyakit asma, inflamasi arhritis pada sendi. 

5.  Membantu sistem pencernaan - Bawang putih akan merembeskan gastic asid untuk membantu dalam sistem penghadaman.

6. Menigkatkan sistem imunisasi - meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

7. Mengurangkan kolestrol - Di-sulphida yang terkandung di dalam bawang putih membantu dalam menurunkan kolestrol dalam saluran darah.

8. Kandungan iodin yang tinggi - bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi dan baik untuk penghidap hipertirod. 

Apakah kandungan Garlic Shaklee??

1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

info: kak laila 

Lagi kelebihan bawang putih ini
merupakan antibiodtik 100% daripada bahan semulajadi. So kepada sesiapa yang khuatir dengan kesan sampingan pengambilan ubat antibiotik disebabkan penyakit seperti selsema, batuk, dll, Anda di sarankan untuk mengambil supplement garlic ini kerana ia merupakan 100% semulajadi, tanpa bahan tiruan, perasa, dan bahan sintetik yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan kosultasi secara PERCUMA! EMAIL: yantie3011@gmail.com / SMS/CALL:0195590084