Wednesday, April 2, 2014

Cara Sendawakan Bayi

Assalamualaikum.. 

Sendawa bayi adalah untuk membuang lebihan udara dalam bayi keluar. Sendawa adalah satu usaha yang semulajadi untuk mengosongkan perut daripada udara berlebihan. Udara ini amnya datangnya dari suapan mulut semasa penyusuan. Udara yang masuk ke dalam perut bayi yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut. Dan ini boleh menyebabkan bayi terasa tidak selesa dan menyebabkan muntah atau muak. Setiap bayi selepas minum susu mestilah disendawakan untuk mengelakkan kembung perut.



- Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
- Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
- Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
- Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
- Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
- Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
- Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
- Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.


Bilakah bayi perlu disendawakan: 

1) Pada bila-bila masa selepas minum susu. Sebaik sahaja anda rasa anak bila sudah disusukan agak penuh, perlahan-lahan sendawa bayi. 

2)Jika anak anda mula kelihatan tidak selesa atau cerewet ketika penyusuan, berhenti seketika (kira-kira 10-20 minit). Kemudian, cuba untuk sendawa bayi. 

3)Jika anda menyusu menggunakan botol, sendawa bayi setiap 60-90ml Walaubagaimanapun, jika anak anda menyusu badan, sendawa bayi setiap kali bayi mengubah kedudukan atau beralih dari satu payudara ke payudara yang lain. 

4)Kadang-kadang anda boleh melihat jika bayi terjaga dalam tidur dan tidak selesa berkemungkinan anak anda kembung perut. Cuba sendawakan bayi supaya dia boleh menyambung tidur dengan selesa. 

5)Jika bayi minum tergesa-gesa. Tunggu sehingga dia perlahan menghisap, kemudian cuba sendawakan bayi. Selepas itu, anda mula kembali menyusukan bayi.

No comments:

Post a Comment