Friday, July 12, 2013

Tips-tips penyusuan ketika Ramadhan

Seperti yang semua tahu, bulan Ramadhan merupakan bulan kesembilan dalam kalender Islam. Berpuasa di bulan ini adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Berpuasa ketika bulan Ramadhan adalah wajib bagi semua warga Muslim.

Dalam pada itu, wanita yang mengandung atau menyusukan bayi boleh dikecualikan daripada kewajipan berpuasa jika mereka merasakan ia akan menjejaskan kesihatan diri atau kesihatan bayi. Namun, si ibu perlu menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada hari yang lain atau membayar fidyah kerana tidak berpuasa.

Tip-tip penyusuan bayi pada bulan Ramadhan


Perbezaan yang paling ketara pada bulan Ramadan adalah waktu makan. Bagi ibu-ibu yang biasa makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mereka pula harus makan ketika sahur dan selepas berbuka puasa. 

Justeru bagi ibu-ibu menyusu yang berhasrat untuk meneruskan ibadah puasa sambil menyusukan, berikut saya kongsikan beberapa tips berguna yang boleh anda ikut sebagai panduan bersama:

Banyakkan pengambilan cecair ketika bersahur dan berbuka puasa

Semasa berpuasa, cecair dalam badan akan berkurangan sebanyak 2-3%. Badan kita akan menyesuaikan diri dengan mengurangkan pengeluaran peluh and air kencing. 

Namun begitu, pengambilan air yang secukupnya iaitu 2 liter sehari masih perlu dan boleh dibuat sewaktu selepas iftar sehingga bersahur. 

Maka minumlah air (elakkan minuman berkarbonat, kopi mahupun teh) yang mencukupi, terutamanya pada waktu pagi ketika bersahur. 

Amalan ini akan membantu anda untuk mengelakkan dehidrasi. Selain itu, anda juga digalakkan untuk meminum secawan air sebelum dan selepas mengepam di waktu malam hari. 

Tingkatkan kekerapan mengepam/menyusukan

Walaupun berpuasa, anda tidak perlu risau tentang penghasilan susu kerana ianya tidak akan terjejas selagi anak masih menyusu. 

Di samping itu, anda juga adalah dinasihatkan untuk meningkatkan kekerapan sesi penyusuan mahupun pemerahan pada waktu malam. 

Ini penting bagi memastikan bekalan susu yang ditinggalkan untuk anak anda ketika anda bekerja di siang hari sentiasa mencukupi. 

Selain itu, sesi mengosongkan payudara yang kerap di tempat kerja juga perlu dilaksanakan seperti biasa untuk mengekalkan penghasilan susu. 

Harus diingatkan, berpuasa tidak menghalang anda untuk meneruskan pengepaman susu sebaliknya dalam bulan Ramadhanlah sesi pemerahan perlu digiatkan lagi.

Secara psikologi, kepercayaan bahawa susu ibu masih dihasilkan semasa berpuasa seharusnya kekal kerana ini akan turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Justeru, yakinlah dengan diri sendiri bahawa anak anda mendapat bekalan susu yang secukupnya seperti yang diperlukan untuk tumbesarannya.

Makanlah diet yang seimbang

Sebagai seorang ibu menyusu, kita perlu sedar bahawa setiap apa yang kita makan, sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada anak kita melalui susu ibu. Jika tidak, mengapa rasa susu ibu berubah-ubah setiap hari? 

Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid pemakanan tidak kira sama ada ketika iftar mahupun bersahur adalah sangat PENTING. 

Ini bagi memastikan badan kita sentiasa dibekalkan dengan nutrien dan zat yang diperlukan bukan sahaja untuk penghasilan susu malah juga untuk membekalkan tenaga yang diperlukan untuk kelangsungan aktiviti seharian kita. 

Makanlah makanan yang berkhasiat dan mampu memberikan tenaga seperti kurma, buahan dan sayuran segar serta makanan yang dapat membekalkan sumber protein dan karbohidrat yang secukupnya seperti kekacang, bijiran seperti oat mahupun nasi. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu untuk mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, maka tambahan supplement ke atas diet harian anda adalah PERLU bagi memastikan mana-mana zat dan nutrient yang terkurang yang tidak dapat dibekalkan oleh pemakanan semata-mata dapat  dipenuhi.

Antara vitamin cadangan yang sangat sesuai untuk diambil oleh ibu-ibu menyusu ketika Ramadhan ialah:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematrix
6. ESP
7. Performance Orange

Pada dasarnya pengambilan supplement seperti Vitalea, B Complex dan ESP mampu membekalkan tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif, cergas dan ceria sepanjang hari walaupun anda sedang berpuasa. 

Ini penting bukan sahaja bagi memudahkan kita beribadah malah mood yang ceria akan memastikan penghasilan susu tidak terjejas. ESP juga terkenal sebagai milkbooster yang baik yang sangat membantu di bulan Ramadhan kerana ramai ibu-ibu menyusu mengalami masalah susu berkurangan ketika berpuasa.

Di samping itu, pengambilan Vitamin C pula adalah bagi meningkatkan daya tahan badan manakala alfalfa membantu merangsang penghasilan susu dan juga detox. Ostematrix selain membantu dalam penghasilan susu yang lebih lancar, juga bagus untuk memberi tidur yang lena kerana rehat yang cukup di malam hari membolehkan kita untuk menjalankan ibadah-ibadah sunat dengan lebih baik pada keesokan harinya. 

Dan akhir sekali performance orange adalah bagi mengekalkan bendalir dalam badan serta mengelak daripada berlakunya masalah dehidrasi memandangkan seharian kita tidak dibenarkan untuk makan mahupun minum. 

Jika diamati, cadangan vitamin yang telah saya kongsikan di atas terdiri daripada vitamin-vitamin yang terkandung di dalam Set 3M kecuali tambahan Performance Orange. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa pengambilan Set 3M ternyata mampu memberi ketahanan yang tinggi kepada ibu-ibu menyusu untuk meneruskan ibadah berpuasa.

Justeru, jika anda kurang yakin dengan kemampuan diri anda untuk berpuasa di kala sedang menyusukan atau anda khuatir tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi badan anda khususnya di bulan Ramadhan kelak, Set 3M seperti cadangan di atas adalah gabungan supplement Shaklee terbaik bagi anda.

(credit to : http://www.beingmary.com/2013/06/tips-tips-penyusuan-ketika-ramadhan.html#more)

9 peranan suami dalam membantu isteri menjayakan penyusuan susu ibu


Gambar sekadar hiasan
Biasanya bila sebut saja tentang penyusuan susu ibu, jarang sekali kita kaitkan dengan si suamikan? Tapi pada hakikatnya, suami juga mempunyai peranan yang penting dalam membantu si isteri berjaya mengharungi perjalanan penyusuan sehingga 2 tahun. Berikut saya kongsikan 9 cara yang saya petik daripada seorang LC terkenal iaitu Puan Farah Farhan tentang bagaimana seorang suami dapat membantu si isteri untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. Jom kita baca apa 9 perkara tersebut ... 

  1. Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi - ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang mereka lupa apa aspek penting yang perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yang diberikan kepada hospital yang mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam pertama selepas kelahiran. Sebagai suami, menjadi peranan anda untuk menggalakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 
  2. Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan si isteri. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul semua suami apabila isterinya berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambil alih tugas isteri (sekejap je pun ... hanya untuk tempoh 44 hari). Mungkin pada masa ini anak-anak yang lain akan berasa jauh hati sebab terdapat ahli keluarga baru. Jadi perhatian ibu akan teralih sebentar kepada si adik kecil yang baru dilahirkan. Oleh itu, di sini pentingnya si suami untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak lain supaya mereka belajar menyayangi adik di samping mengalihkan perhatian dengan bermain atau bawa mereka keluar dan memberi ruang kepada si isteri untuk berkenalan dengan adik baru.
  3. Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Setakat ini, saya dah dua kali bersalin, dua-dua kali suami saya tak mampu untuk melaksanakan perkara ini. Namun begitu, kalau diikutkan, si suami seharusnya bangun dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Selain itu, sebagai balasan kepada isteri yang telah menyusukan anak, suami juga perlulah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain dan bukan sekadar tidur mati. 
  4. Urutan membanyakkan susu - kaedah urutan untuk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan (suami kenalah ikut sama ke kelas macam ni). Tambahan pula, siapa lagi yang hendak membantu si isteri kalau bukan suami. Gunakan peluang yang ada untuk bermanja dan bermesra sesama sendiri. 
  5. Bantu isteri menguruskan anak (burping), mendukung bayi, memandikan bayi, membuat kerja rumah dan sebagainya. Biasanya si ibu akan rasa merasa keletihan selepas sesi penyusuan. Jadi si suami bolehlah memainkan peranan dengan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga kekal rapat. 
  6. Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama - Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa banyak pertolongan & sokongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya sukar untuk menemui kejayaan. Suami juga berperanan untuk menyokong/membantu isteri menyusukan anak di depan orang ramai (in public). Dalam kes sebegini, practice makes perfect. Mula-mula mungkin rasa agak kekok dan janggal tapi lama-kelamaan apabila tahap kemahiran dah meningkat perkara tersebut akan menjadi mudah. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila-bila masa dia nak. Jadi adalah penting untuk belajar menyusu di tempat awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa. 
  7. Memberi bantuan kewangan khususnya buat isteri yang ingin meneruskan kerjaya kerana kini terdapat keperluan untuk penyediaan peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit biasanya suami confirm akan garu kepala. Sebab itulah perancangan dari awal kehamilan penting agar tidak membebankan poket suami. Kalau si isteri sanggup untuk keluarkan duit sendiri untuk membeli peralatan penyusuan, Alhamdulillah (jangan lupa pula untuk ucapkan terima kasih pada si isteri ya). Dalam pada itu, sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa kos untuk membeli susu formula jauhhh lebih tinggi daripada bayi yang menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga banyak yang boleh dijimatkan kerana anak yang menyusu badan mempunyai antibodi yang lebih baik dan jarang sakit. Oleh itu, duit tu boleh bawak isteri dan anak-anak pergi melancongkan berbanding ulang alik ke klinik?
  8. Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya - setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Jadi kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dengan khasiat semulajadi yang dicipta Allah dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial daripada media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya. 
  9. Galakkan orang lain (kawan-kawan, saudara mara) untuk menyusukan anak dengan susu ibu - bagi suami yang berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsilah ilmu itu dengan rakan-rakan agar kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.
Sebelum saya mengakhiri entri untuk hari ini, saya tinggalkan anda semua abah, ayah, papa, daddy, walid, bapa semua dengan sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kalian juga:
Allah berfirman (utk kaum suami):
“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-Thalaq, ayat 6.