Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

Apakah Itu Penyakit G6PD?

Assalamualaikum Pembaca yang dihormati.



Anak anda salah seorang penghidap G6PD?? Bagi ibu muda perkataan G6PD adalah amat asing sekali. Lagi-lagi bila perkataan ini jarang sangat disebut-sebutkan oleh orang-orang tua kita bukan. Tambahan pula apabila tiada seorang pun ahli keluarga yang munjukkan simptom-simptom ini. Bila pertama sekali dikhabarkan dengan penyakit ini korang perlulah banyak-banyak bertenang ya!

(Pengalaman bersalin saya yang lepas apabila anak ditahan di wad dan disahkan penghidap G6PD sememangnya saya menangis terlebih. Sokongan suami,keluarga penguat semangat saya ketika itu- tapi bila teringat balik rasa nak gelak pun ada sebab mula-mula fikir G6PD  ini penyakit kekurangan kanser darah)


APAKAH ITU KEKURANGAN ENZIM G6PD????

Ringkasannya G6PD ini merupakan satu penyakit keturunan dimana gen-gen yang diperoleh daripada ibu atau bapa yang juga pembawa G6PD. Di dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada ia pecah dan enzim ini dikenali sebagai enzim Glucose-6-phospate dehydrogenase (G6PD).

Bagi penghidap penyakit kekurangan enzim G6PD ini, apabila mereka terdedah kepada bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu (juga makanan yang perlu dipantang) sel darah merah mereka tidak mampu menahan stress daripada alahan tau jankitan dan menyebabkan sel darah merah pecah. Jika simptom alahan teruk seperti muka pucat, air kencing bewarna pekat, mudah letih dan kerap pengsan tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut!!

Bagi kes-kes yang teruk untuk penyakit G6PD penukaran darah perlu dilakukan seberapa segera. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan juga untuk mengetahui jenis darah anak-anak yang mengidap G6PD.


Bagaimana untuk menjaga anak-anak yang mmpunyai kekurangan G6PD?


Bagi ibu-ibu yang bekerja, anda sangat-sangat dinasihatkan untu menyediakan tag kecil dan diberikan kepada pihak Taska atau penjaga supaya mereka sangat prihatin akan alahan anak-anak anda. Terangkan kepada mereka jenis-jenis ubat-ubatan atau bahan kimia dan juga makanan yang perlu dijauhkan dari anak-anak G6PD. Tag kecil ini boleh digantung di beg-beg anak-anak atau serahkan sendiri kepada penjaga untuk mereka membaca dengan teliti alahan anak-anak anda.

sumber: group G6PD Malaysia

bagi ibu-ibu yang tidak bekerja, macam saya, pastikan kesemua bahan kimia yang ada dirumah perlu disimpan dengan elok dan tidak terdedah kepada anak. Bahan-bahan alahan seperti ubat gegat, nila sebolehnya tidak perlu disimpan dirumah (erti kata lain tak perlulah beli heheh).

sepanjang menjaga nak kedua yang juga penghidap G6PD, ia bukanlah suatu yang sukar. Alhamdulillah anak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan cergas Untuk meningkatkan antibodi anak ini saya bekalkan denga vitamin C chewable dan Nutriferon. Oleh itu saya tidak bergantung kepada ubat selsema atau antibiotik. (ubat selsema juga perlu dipantau ya beritahu doktor anak penghidap G6PD dan untuk nak di bawah setahun juga sangat tidak digalakkan untuk mengabil ubat selsema ni)

Tuesday, December 15, 2015

Ketahui Punca Haid Lambat atau Tidak Teratur




Haid lambat? Bagi individu yang sudah berumah tangga pasti banyak andaian dan tekaan tentang kehamilan bermain di minda. Namun apabila ujian kehamilan dilakukan, tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan berlaku. Jom kenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan haid.


TEKANAN PERASAAN
Tekanan perasaan seperti stress, kesedihan, kemurungan juga menyebabkan haid lewat. Oleh itu, anda yang mempunyai pekerjaan atau suri rumah juga cuba tangani tekanan perasaan yang dialami. 


DIET YANG KETAT
Selain tekanan perasaan, diet yang ketat juga mempengaruhi ketidakstabilan haid anda. Pengurangan mengambil makanan yang seimbang menyebabkan sesetengah khasiat penting untuk tubuh badan tidak diperoleh dan menjejaskan keseimbangan hormon. 


TERLALU AKTIF
Jika anda seorang atlet, atau seorang yang terlalu aktif juga akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. hal ini kerana anda mungkin terlalu lasak bersukan dan menggunkan kekuatan atau tenaga hingga ke peringkat maksimum.


MENGHAMPIRI MENOPAUS
Menopaus atau putus haid ini boleh berlaku pada wanita yang sudah memasuki usia 50-an. Jadi bagi golongan wanita ini disarankan untuk menyediakan kekutan mental serta sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan gangguan emosi apabila ketidakstabilan hormon berlaku. 

Bagi anda yang mengalami masalah ketidakstabilan hormon dan ingin menggunakan produk shaklee, saya sarakan anda untuk mengkonsumi GLA complex. 

Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Wednesday, April 23, 2014

Faktor-faktor kegemukan.

Assalamualaikum...



Apabila anda berdiri dihadapan cermin mesti satu pertanyaan yang anda sendiri tanyakan pada diri anda bukan... GEMUKKAH AKU? Esok dan seterusnya. Bagi mereka yang menyedari perubahan bentuk badan sudah sedikit membesar pasti pelbagai cara dan inisiatif diambil untuk mengembalikan bentuk badan asal atau yang di idamkan. Tahukah anda apakah faktor-faktor yang menjana kepada kegemukan?

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan
Makan berlebihan daripada tenaga yang digunakan. Contoh korang kerja opis tapi dok pulun makan macam kerja di bendang.

2. Gaya hidup yang kurang aktif
Tidak melakuakan aktiviti yang membolehkan kalori dibakar. Contohnya kerja dok terperap dalam opis atau rumah dan duduk didepan komputer. Hari minggu terluang dihabiskan menonton wayang daripada bersenam di taman.

3. Genetik dan faktor keluarga
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

5. Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga merupakan salah satu faktor kegemukan berlaku. Contoh ubat antidepresi dan sebagainya.

6. Faktor emosi
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

7. Merokok
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Namun setelah anda berhenti merokok, kadar pembakaran kalori di dalam badan anda berlaku dengan lebih rendah.

8. Usia
Semakin usia anda bertambah, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

9. Wanita hamil
Wanita hamil memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

10. Kurang tidur
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan.

1. Aktiviti senaman - aktiviti yang senang tapi masih ramai yang cuba mengelak daripada bersenam. Alasan yang sering dikatakan tiada masa.

2. Kurangkan masa bersantai atau bermalas-malasan - kurangkan aktiviti menonton TV dan menghadap PS2 atau bersantai di depan komputer.

3. Sayur dan buah-buahan
Dengan memakan sayur dan buah-buahan anda dapat mengawal selera makan anda untuk makan secara berlebihan.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5. Kurangkan minuman bergas
Harus ye kawan-kawan tinggalkan sahaja minumam bergas ini, kerana ianya tidaklah elok untuk kesihatan malah mengundang kepada masalah penyakit lain pulak nanti. 

Sumber: drezairy


Tuesday, April 22, 2014

Makanan bagi bayi berusia 6 bulan

Makanan pertama bayi


Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; oleh itu makanan lain diperlukan juga.

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda kerana kes-kes alahan terhadap makanan, alergi dan penyakit seliak berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum usianya enam bulan, bincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak seharusnya diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu).

Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair". Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu yang biasa bayi anda minum. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur. Panduan am dalam pekara ini ialah perkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda.

carta makanan uuntuk bayi

Cubalah: puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek;
puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;
bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu biasa bayi;
bubur nasi kosong yang dimasak di rumah.



Peringkat seterusnya
Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti:
puri lentil atau legum seperti kacang pis;
puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi;
puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, sawi atau kailan.

Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan.

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu:
sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus;
satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt);
dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan.
Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alahan terhadap makanan; elakkan memberi bayi anda kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun.

Risiko mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan kerana ia mungkin mengandungi serpihan gluten.

Elakkan susu untuk membesar bagi bayi yang lebih matang sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan.
Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda.

Wednesday, December 19, 2012

Jom bersenam!


Bila dikatakan sahaja bersenam, pasti ramai yang memberikan alasan "saya tak sempat nak bersenam" atau "saya tiada masa untuk bersenam"- hahah sayalah tu. Sibukkan kita ini sehingga tiada masa untuk bersenam. Tapi tahukah anda kenapa senaman ini sangat penting??

Banyak dah kot rasanya iklan-iklan di kaca televisyen menyarankan kita bersenam, walaupun hanya menaiki tangga. Senang bukan!! Bagi yang tidak berkesempatan untuk bersenam, curi-curi masa untuk  berjalan sebanyak 100 langkah sehari. Pasti boleh kan..kan..!!

Anda tahu dengan bersenam anda mampu untuk:
1. Mengurangkan risiko sakit jantung.
2. Mengurangkan lemak-lemak badan.
3. Mengurangkan stress

Tapi tahu tak dengan bersenam juga kita boleh meningkatkan lagi kepadatan tulang kita. Oleh itu, kuranglah risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis (kerapuhan tulang).Lagi pula, wanita asia seperti kita yang comel-comel mempunyai kepadatan tulang yang sangatlah rendah jika dibandingkan dengan orang-orang barat.. badan yang kecik molek nilah yang senang untuk mendapat osteoporosis!!


Jadi, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kepadatan tulang ni?
1. Pastikan anda bersenam - bagi yang baru nak mula bersenam pastikan mulakan dengan yang ringan-ringann dahulu kemudian barulah beransur-ansur tingkatkan teknik bersukan anda. - Jangan tetiba sahaja lari 3 round padang huhu - tak pasal2 sakit satu badan.
2. Pastikan anda mengambil sejumlah kalsium yang mencukupi. Baik untuk kesihatan tulang dan gigi serta organ-organ yang lain. Jenis-jenis susu yang tinggi kalsium seperti Anlene, dan lain-lain produk tenusu.
3. pastikan juga anda mengambil vitamin D dan magnesium untuk menggalakkan penyerapan kalsium yang tinggi pada tulang anda!

kalau rasa-rasa tak  suka nak minum susu anda sangat digalakkan untuk mengambil supplement yang dapat membekalkan kalsium yang secukupnya untuk tulang. Sebab itu saya suka dengan Ostematrix! Bekalan kalsium yang complete dengan vitamin D dan magnesium. Opppss jangan lupa bersenam ya!! mulakan hari anda dengan senaman yang paling ringkas ok!

Tuesday, December 11, 2012

Kelebihan susu ibu

Petikan daripada Surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

 "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Ramai di kalangan ibu-ibu kini telah diberikan pendedahan berkaitan kebaikan dan kelebihan betapa pentingnya memberikan susu ibu kepada bayi berbanding susu formula. Pakar-pakar nutrisi juga menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi anda. Subhanallah!! betapa hebatnya anugerah Allah kepada kita. Jom kita lihat kelebihan susu ibu ini kepada bayi dan juga ibu.

Kelebihan kepada ibu.
  • setiap titisan susu ibu diberikan ganjaran pahala.
  • hisapan pertama susu ibu kepada bayi, ibu mendapat ganjaran seperti memberikan nyawa kepada manusia.
  • Rasulullah memberi amaran keras kepada ibu-ibu yang tidak menyusukan anak tanpa alasan yang kukuh. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
  • Menurunkan berat badan. Lebih daripada 600 kalori dibakar setiap hari bagi ibu yang menyusukan anak, umpama melakukan senaman selama 2 jam!
  • Menjarakkan kelahiran.
  • Mengurangkan risiko kanser payu dara.
  • Mengecutkan rahim. 
Kelebihan untuk anak
  • Antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit.
  • kurang mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya.
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
  • Menigkatkan perkembangan IQ anak anda.
  • kurang berisiko untuk mendapat alahan.
  • kandungan protien yang tinggi serta dapat diserap dengan mudah dan senang dihadam oleh bayi.
Kepada ibu-ibu pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan mencukupi untuk membekalkan keperluan bagi bayi anda. 
 
Ibaratkan diri anda seperti sebatang pokok, untuk mengahasilkan buah yang enak, ranum, sedap, manis dan berkualiti tinggi, pokok tersebut perlulah dibekalkan dengan nutrien-nutrien yang secukupnya. Jika tidak pokok tersebut masih juga menghasilkan buah namun buah yang dihasilkan biasa-biasa sahaja.Vitamin-vitamin tambahan untuk set penyusuan.
 
 
 
pastikan anda mengambil makanan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan untuk orang Asia. Jika ingin berdiet pastikan juga diet yang anda ambil mencukupi untuk membekalkan nutrisi-nutrisi penting buat anak anda. 
 
 
Last sekali..enjoy ur time with ur baby, and  happy breast feeding!!!
 
sumber: i-medik, PSIPUM