Tuesday, June 16, 2015

Tips turunkan suhu demam anak.

Assalamualaikum. 

Demam adalah perkara yang sangat biasa bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 bulan hingga 3 tahun. Hal ini berikutan antibodi meraka yang masih lemah dan mudah dijangkiti. Faktor ini juga yang menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak di tahan di ward. 

Oleh itu, termometer adalah alat yang perlu ada di setiap rumah yang mempunyai anak-anak kecil terutamanya. Pentng ya ibu-ibu untuk memastikan suh badan anak normal dan tidak melebihi paras bahaya yang membolehkan sawan atau tarik berlaku. Apabila suhu bahan anak mencecah melebihi 37.5 C. Kebiasaanya kepanasan badan anak dapat di rasa pada bahagian dahi dan badan anak manakala pada bahagian kaki dan tangan kadangkala sejuk dan kebiruan. 



Apa yang perlu anda lakukan? 

  • Pastikan jangan diselubung anak anda sebagai mana yang sering anda lakukan untuk diri anda sendiri ketika demam (saa ler tu bila demam selubung satu badan huhu). Jika suhu badan anak masih juga panas, tanggalkan pakaian anak untuk seketika. ( suhu persekitaran rumah juga memainkan peranan, pastikan suhu rendah senang kata guna penghawa dingin klu ada).

  • untuk menurunkan suhu dengan cepat, basahkan keseluruhan badan anak dengan span lembap untuk beberapa minit (yang telah direndam menggunakan air biasa bukan air ais). Ulang langah ini untuk setiap jam jika perlu). kemudian ambil bacaan suhu badan anak. (kebiasaannya akan trn sedikit).

  • berikan ubat panadol kanak-kanak mengikut sukatan yang ditetapkan oleh doktor setiap 4 jam sekali beserta 1 atau 2 kali kaedah sponge untuk menurunkan suhu badan anak. 

  • Pastikan juga anak anda diberikan air (plain water, juice, susu, vitagen, glukose, performance drink shaklee atau apa sahaja minuman kecuali minuman yang mengandungi garam (kecuali dengan arahan dr doktor).

  • Sekiranya suhu badan anak masih juga tidak turun dalam masa 1-2 jam setelah melakukan langkah-langkah di atas, SEGERA BAWA ANAK ANDA BERJUMPA DOKTOR. kerana boleh berlakunya sawan tarik