Saturday, October 25, 2014

Bakar Kalori dalam Masa 30 Minit!

Assalamualaikum... 

Untuk entry kali ini saya kongsikan serba sedikit aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kalori dalam masa 30 minit. Ingat ya aktiviti ini perlu dilakukan selama 30 minit. Jika anda mempunyai tenaga yang banyak boleh diteruskan kepada 1 jam, 2 jam... Lepas ini bagi yang ingin  menurunkan berat badan boleh cuba aktiviti ini ya!!

Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini dalam masa 30 minit :
  1. Berdiri tegak - 50 kalori
  2. Bersiar-siar berjalan kaki - 60 kalori
  3. Memandu kereta (manual) - 70 kalori
  4. Mandi - 70 Kalori
  5. Menunggang motosikal - 75 kalori
  6. Mengemas rumah - 90 kalori
  7. Berbasikal (7km/jam)- 105 kalori
  8. Berkebun - 120 kalori
  9. Bermain golf - 125 kalori
  10. Menyental lantai ruah - 175 kalori
  11. Bermain tenis - 175 kalori
  12. Berjalan kaki (5.6km/jam) - 175 kalori
  13. Bermain tennis - 225 kalori
  14. Menari pantas / aerobik - 330 kalori
  15. berbasikal (21km/jam) - 330 kalori
  16. Berlari (16km/jam) - 425 kalori

Daripada senarai di atas ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sahaja kan. sebagai contoh seorang suri rumah melakukan kerja rumah seperti menyapu, membasuh, mengemas, menyental lantai dan sebagainya berapa agak-agaknya kalori yang dibakar? Untungkan. Maka tidak hairanlah mengapa suri rumah yang duduk di rumah sentiasa kelihatan slim gitu. kelas kau jah!



Lepas ini jom kita lakukan aktiviti- aktiviti untuk pembakaran kalori, jangan asyik makan tanpa melakukan sebarang aktiviti tau.  Jom ke arah kehidupan yang lebih sihat!!


Tuesday, October 21, 2014

Inginkan Kulit Muka Licin, Gebu dan bebas jerawat?

Assalamualaikum...



Inginkan Kulit gebu, licin dan bebas jerawat? Ya, jawapan saya. Anda pula? Pasti menjadi dambaan setiap insan terutama wanita yang sentiasa menjaga penampilan. Walaupun dia seorang surirumah. Perlu tau, penjagaan muka untuk suami. Baru ikatan kasih sayang sentiasa utuh dan harmoni ewah.. Oklah kali ini saya nak perkenalkan Set Kulit Cantik Sahklee. Yelah nak kulit cantik mesti penjagaan dalaman juga perlu diutamakan. Betul tak?

Set kulit memang melambak-lambak di pasaran dan saya tidak mengatakan ia tidak bagus ya. Semuanya bagus-bagus mengikut kesesuaian individu. Tapi produk pilihan saya Shaklee. Mengapa Shaklee? sebab ia sentiasa selamat, berkesan dan selamat (diuji secara klinikal oleh para saintis Shaklee)

Set Kulit Cantik terdiri daripada:

ESP  (Energising Soy Protein)

Berfungsi untuk meremajakan kulit : meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Membaiki pigmentasi : Membaiki masalah rambut beruban dan rambut gugur, membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


Vitamin C sustain Release 500mg

Membentuk Kolagen : Merangsang pembentukan kolagen. 

Mencanikkan kulit: Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu untuk mencerahkan kulit serta melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmentasi adalah faktor utama pembentukan jerawat.


Vitamin B Complex

Melawan tekanan: Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekali gus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan isomnia.
Vitamin E Complex

Anti penuaan : 1 kapsul Vitamin E sehari membantumelambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Vitamin ini juga membantu memulihkan tekstur kulit dan ton muka.  

Jika anda mempunyai bajet lebih bolehlah add on Shaklee Collagen Powder yang memang super duper best. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi melalui whatsapp atau email saya seperti di bawah. Jangan segan-segan dan malu ya.




3 Tips Sihat melalui Makanan

Assalamualaikum...

Jom saya kongsikan tips dan amalan sihat bagi yang ingin berdiet secara sihat.

1. Memudahkan penghadaman 
  
Sumber: Google

Makan buah-buahan atau bahan ringan seperti yogurt, puding bagi memudahkan perut memproses makanan. Setelah 10 minit makan makanan berat seperti biasa. Kaedah ini tidak menyeksakan perut malahan perut akan lebih lancar menjalankan proses penghadaman. 

2. Jangan ambil buah selepas makan.

Sumber: Google

Amalan menjadikan buah sebagai penutup adalah tidak sesuai kerana amalan memakan buah selepas makan akan menyebabkan perut anda kembung! Hal ini kerana buah mengandungi air, amalan ini menyebaban perut anda buncit. Ambil buah selepas satu hingga dua jam selepaas makan. Begitu juga air, minum air selepas 10 minit selepas makan bagi mengelakkan perut buncit!


3. Jangan makan sambil membaca 
 
Sumber: Google

Amalan membaca amatlah elok, namun jika anda makan smbil membaca akan melembapkan proses pencernaan. Saya tahu waktu itu emas jadi semua ingin dilakukan dalam satu masa, tapi makan bukanlah salah satu daripanya ya!! Ini kerana apabila kita membaca, kita akan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan bukan terhadap makanan yang dimakan. Akibatnya, kita tidak merasa puas apabila makan sambil membaca dan kita akan makan melebihi had. Amalan ini melambatkan proses penghadaman kerana otak bekerja untuk dua kali. 

Ingat tips ini tau. bagi yang berdiet untuk turunkan berat badan juga boleh amalkan tips pemakanan sihat ini. Selamat mencuba!!


Sunday, October 19, 2014

Hindari Sakit Sendi atau Osteoarthritis dari Awal.

Assalamualaikum...



Osteoarthritis merupakan penyakit sendi yang paling lazim ditemui dan penyebab utama kecacatan sendi dan hilang upaya seseorang. 

Mungkin ada dikalangan pembaca masih tidak mengetahui apakah itu Osteoarthritis? Bagaimana dan punca-punca penyakit ini boleh berlaku. Jom kenali dahulu Osteoarthritis. Anda juga mungkin salah seorang yang berisiko menghidapi Osteoarthritis.

Apakah Osteoarthritis?
Proses Osteoarthritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan ini berfungsi sebagai kusyen di dalam sendi yang membenarkan pergerakan sendi yang lancar dan dalam masa yang sama tulang rawan ini cukup tegap untuk meresap kesan renjatan semasa bergerak dan bersenam. 

Apabila tulang rawan ini haus dan nipis, ruang antara tulang sendi menjadi sempit. Hal ini menyebabkan tulang bergesel. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak dan tulang baru akan tumbuh ditepi tulang sendi. 

Sendi-sendi yang terlibat
  1.  Sendi-sendi jari yang akan menyebabkan benjol di sendi.
  2. Tulang belakang
  3. sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti pinggang, lutut dan kaki.
Pesakit yang berisiko 
  1.  Warga tua yang berumur 45 tahun ke atas terutamanya wanita.
  2.  Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
  3.  Sendi-sendi yang rosak disebabkan oleh penyakit inflamansi atau kecederaan semasa bersukan. 
Tanda-tanda Osteoarthritis
  1.  Ketidakstabilan pada sendi.
  2.  Bengkak sendi
  3.  Pergerakkan dan penggunaan sendi terhad.
  4.  Bunyi berderap pada sendi.
Rawatan Osteoarthritis

Rawatan Osteoarthritis bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan inflamasi sendi agar fungsi sendi dapat dikekalkan atau dipertingkatkan.
  1.  Mengurangkan berat badan yang berlebihan. Dengan penurunan sebanyak 5kg, akan  mengurangkan tekanan ke atas sendi lutut sebanyak 15kg- 20kg.
  2.  Menjalani pemulihan anggota dan cara kerja.
  3.  Memakan ubat-ubatan 
  4.  Memakai alat-alat membantu pergerakan.
  5. Menjalani pembedahan ke atas sendi-sendi yang telah hilang fungsi. 
Fahamkan apakah itu Osteoarthritis dan sememangnya akan menyebabkan hilang upaya seseorang jika ia tidak dicegah dari awal. Oleh itu, Set sendi Shaklee amat baik dan elok diamalkan seawal 30an untuk memelihara kesihatan sendi anda. Bagi ibu bapa yang selalu mengadu sakit-sakit sendi jangan dilengahkan, jika tidak mungkin pembedahan adalah alternatif terakhir yang boleh anda lakukan untuk mengurangi kesakitan mereka.

Set Sendi Sahklee terdiri daripada Ostematrix, Joint Health Tablet dan Omega Guard. Fungsi-fungsi Vitamin adalah seperti berkut:

  1. Ostematrix - membekalkan kalsium untuk tubuh badan.
  2. Joint Health Tablet  - meningkatkan keselesaan sendi, memelihara tisu penghubung yang sihat dan meningkatkan cushioning.
  3. Omega Guard - mencegah arthritis, gout dan memelihara fungsi-fungsi sendi.
Jom hubungi saya untuk membuat pilihan mengikut bajet anda dan mendapatkan Set Sendi Shaklee ini. 




Friday, October 17, 2014

Testimoni Set Hamil dan Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum...

Bagi yang masih tercari-cari set hamil dan set berpantang, saya sangat syorkan ibu-ibu di luar sana mencuba set Hamil dan Set Berpantang Shaklee. 

Saya juga pengguna set Hamil dan Berpantang Shaklee sememangnya merasai kelainan semasa mengamalkan set-set ini. Walaupun sewaktu di awal usia kandungan, saya mengalami pendarahan, Alhamdulillah baby yang lahir comel dan sihat walaupun mempunyai G6PD. Sewaktu berpantang pula tiada lagi sembelit dan luka pebedahan cepat sembuh. Dan sekarang saya masih meneruskan set Penyusuan Shaklee untuk anak ke dua saya. Kulit saya juga dah tidak kering lagi. Suka sangat!

Jom saya kongsikan sedikit testimoni rakan-rakan yang menggunakan set Hamil dan Berpantang Shaklee ini.









Bagi yang masih tercari-cari set Hamil dan set Berpantang tu jom cepat-cepat hubungi saya untuk pilihan vitamin mengikut bajet anda. Dan yang paling best bulan ni Oktober 2014 berlangsungnya PROMOSI ESP tau. Memang berbaloi untuk grab ESP bulan ni. Berminat? Jom hubungi saya segera.






Sunday, October 12, 2014

Cara Hilangkan Whitehead dan blackhead Degil

Assalamualaikum....

Bila berbicara tentang whitehead dan blackhead mesti tangan pun dok garu-garu kat batang hidung sendiri. Benci bila terasa kasar seperti ada pasir-pasir halus yang tersumbat di dalam kulit. 

sumber pic dari google



Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.

Nak tahu tak macam mana saya hilangkan whitehead dan blackhead dengan kos yang sangat murah. Tak perlu ke salun atau spa. Yup hanya di rumah. Kita gunakan segala yang ada dirumah sahaja ok.

Apa yang anda perlukan adalah:
  1.  Putih telur (telur ayam), 
  2. Kapas muka atau tisu muka. Bagi kapas dan tisu muka ini jika perlu bahagikan kepada 2 bahagian supaya mudah nanti untuk lekatkan di bahagian hidung. Untuk tisu juga potongkan memanjang mengikut kesesuaian. 
  3. Air suam
  4. Ais batu
Cara-cara pemakaian 
  1. Wapkan muka atau lapkan muka dengan air suam, bertujuan untuk membuka liang pori-pori yang terdapat pada bahagian muka. kemudian lapkan dengan kain kering.
  2. Rendamkan tisu atau kapas muka ke dalam putih telur. 
  3. Letakkan kapas muka atau tisu tersebut di bahagian yang kasar-kasar tadi.
  4. Tunggu sehingga kapas betul-betul kering ( masa ni kalau korang nak duduk depan kipas pun boleh na buat kerja lain dulu pun boleh)
  5. Setelah betul-betul kering, tanggalkan tisu atau kapas muka tadi perlahan-lahan dari arah bawah.
  6. Ok sila tengok ada tak blackhead yang tertanggal. Pasti rasa gembira.
  7. Bersihakan muka dengan pencuci muka, bilas beberapa kali kemudian cuci muka dengan ais batu tau air sejuk (dr peti) bertujuan untuk menutupkan semula pori-pori.

Mesti cuba tau pasti tidak menyesal dengan hasil yang diperolehi.

Bagi yang mempunyai masalah pori-pori besar, boleh amalkan Collagen Shaklee Powder. untuk membantu mengecilkan pori-pori anda juga mengembalikan keremajaan kulit anda.

Sumber: DrHasseenah


Rahsia kekal cergas seperti Atlet



Assalamualaikum....

Ramai yang ingin mengetahui bagaimana para atlet kekal sentiasa cergas sepanjang hari walaupun jadual padat dengan aktiviti. Produk ini bukan untuk atlet sahaja tau. Surirumah, suami isteri yang bekerja, juga untuk orang yang aktif dalam bidang sukan. Bagus juga diminum ketika sahur supaya badan tidak terhidrasi ketika berpuasa di pagi hari.

Semasa atau selepas menjalani aktiviti sukan berat atau ringan air isotonik pasti menjadi pilihan untuk mengelakkan rasa hidrasi dan mengembalikan rasa segar kepada badan. Namun, ada juga sesetengah air isotonik yang dijual di pasaran mengandungi paras gula yang tinggi dan tidak elok jika diamalkan secara berterusan. Bahaya tau jika paras gula tinggi. Silap haribulan penyakit diabetes pun boleh menyerang.



Performance Drink telah melalui ujian klinikal dan membuktikan rumusan OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasibendalir dalam tubuh badan. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. 

Keistimewaan Performance Drink ini juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Selain itu juga Perfrmance Drink juga menjadi pilihan utama bagi para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka.

Ketahui Fungsi Performance Drink 

  1. Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencereakan tubuh.
  2. membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal - ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.
  3. mencegah penghidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyah hidratan, melembabkan kulit.
  4. mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Performance Drink ini sesuai untuk para atlet, orang yang berpuasa, selepas dan sebelum pembedahan, pesakit cirit-birit, keletihan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya.

Jika anda tergolong dalam golongan di atas, jom cuba performance drink ini dengan perisa oren yang sedap. Bagus untuk mengelakkan hidrasi badan. Saya juga pengamal Performance Drink. Kurang rasa letih semasa berpuasa dan kini menjadi kegemaran encik suami yang aktif bersukan. Pasti sebotol air Performance Drink menjadi bekal jika ke sport center. 

Cara bancuhan
Latihan fizikal - campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air. Juga boleh dicampurkan dengan jus kegemaran anda.

Untuk belian secara online klik di sini : Performance drink 



atau Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini!!



Saturday, October 4, 2014

Tips untuk ibu hebat : Supplement untuk Pengembara?

Assalamualaikum...

Supplement untuk pengembara? Perlukah? Bagi yang prihatin tentang kesihatan, pasti supplement kegemaran menjadi fokus utama untuk di bawa ke mana sahaja. Ada juga yang menyediakan satu beg khas untuk dimuaatkan ke dalam bagasi betul tak?

Sebenarnya supplement atau vitamin-vitamin ini penting untuk memastikan tubuh anda cukup dari segi zat dan nutrien yang diperlukan setiap masa. Perkataan pengembara juga dah menunjukkan kadang kala (tapi bukan semua kot) makan ala kadar sekadar untuk memenuhi perut yang kosong, tanpa mengambil kira dari segi zat dan nutrisi (tak semua rasanya). Nampak tak di mana peranan supplement anda berfungsi?

Bagi pasangan pengantin baru rasanya tidak menjadi masalah untuk membawa kesemua Supplement kegemaran, namun bagi yang mempunyai anak yang ramai perlu mengambil kira ruang dan tempat untuk penyimpanan supplement diri sendiri, suami dan anak-anak. Banyak tu!! Pening kepala Ibu. Saya pasti dan yakin ibu-ibu yang membaca di sini semua bijak dan pandai kan. Tidak perlu pening kerana pill box atau tupperware ubat yang comel-comel pasti menjadi pilihan untuk penyimpanan Supplement keluarga.



Jom kita kongsi sedikit Supplement keluarga yang menjadi keperluan untuk pengembara. Bagi saya dan suami, sudah tentu set kesihatan optimun, omega guard, ostematrik dan ESP. Untuk anak-anak vitamin C, mealshake dan perlu saya tambahkan juga apabila mengembara sekali lagi adalah Nutriferon. Penting suplement ini di bawa ke mana-mana untuk memastikan kesihatan keluarga sepanjang perjalanan nanti.

Berdasarkan pengalaman saya juga, pernah tertinggal Supplement ini. Allah uji saya dengan kesihatan anak. Kedua-dua mereka demam secara bergilir-gilir. Klinik kebanyakkan tutup pada hari Ahad. Serius ok, memang rasa stress dan silap haribulan dengan saya sekali demam. Last-last dapat ubat doktor swasta. Jom lepas ini bagi ibu-ibu hebat kita sediakan satu bekas yang comel dan muat untuk Supplement keluarga sepanjang pengembaraan nant!

Ingin mendapatkan splement shaklee? Jangan malu dan segan untuk menghubungi saya. Konsultasi akan diberikan khas untuk pelanggan saya sahaja.



Friday, October 3, 2014

Cara hilangkan ruam campak pada anak G6PD

Assalamualaikum.


Apabila nak anda disahkan oleh doktor menghidapi demam ruam campak. Sebagai ibu ia sememangnya amat dirisaukan. Yeah jika pada kita sendiri terasa kegatalan diseluruh badan inikan pula pada si anak kecil. Ketidak selesaan ini akan menyebabkan bayi anda sentiasa meragam.

Pengalaman saya dengan Herbal Blend juga mengajar saya untuk tidak meninggalkan krim ini di rumah dan perlu dibawa terutama sekali apabila merancang untuk perjalanan yang jauh. Anak kedua saya Ammar penghidap G6PD. Oleh itu saya sememangnya amat berhati-hati dalam memilih krim serta produk kesihatan. Saya gunakan Herbal Blend pada Ammar, Alhamdulillah ia sesuai untuk Ammar. Ammar juga tidak mengalami alahan kulit. Ruam susu juga tiada semasa bayi. Cuma ruam kecil dibahagian pelipat peha semasa cuaca yang agak panas.

Masuk umur Ammar 9 bulan, Ammar mengalami demam yang agak tinggi selepas 3 hari demam, timbul bintik-bintik halus seluruh badan Ammar. Segera saya bawa Ammar ke klinik, dan ammar disahkan menhidapi ruam campak. Untuk menghilangkan panas badan Ammar, saya kerap basahkan badan anak dengan tuala kecil dan pakaikan pakaian jeis kain cotton. Untuk meredakan kegatalan pada badan anak pula saya sapukan krim Herbal Blend. Alhamdulillah dengan izin dariNYA ruam campak beransur-ansur hilang selepas 3 hari penggunaan.

Sehingga sekarang Herbal Blend tetap menjadi pilihan utama untuk saya sapukan pada kulit anak. Jika ruam-ruam kecil timbul di bahagian leher Ammar, krim Herbal Blend saya gunakan. Alhamdulillah ruam cepat hilang. Bukan itu sahaja tau penggunaan Herbal Blend ini.

Baru-baru ini tangan saya pula terena percikan minyak panas, dengan segera terus saya sapukan krim ini. Ya memang tidak timbul lecuran berair pada tangan. 

So, saya amat syorkan pada korang diluar sana untuk mencuba krim ini. Herbal Blend yang dirumuskan khas daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki. Rasa nyaman dan tidak melekit. Boleh digunakan seisi rumah bayi sehingga orang dewasa. Sangat bagus dan berbaloi. Selain untuk ruam-ruam, Herbal Blend ini juga berfungsi untuk 
  • mengurangakan lecuran kecil
  • masalah kulit gatal dan ezima
  • membantu dalam mengurangkan parut akibat campak 
  • melembutkan kulit tumit yang pecah
  • juga digunakan sebagai losyen harian
  • melembutkan kulit yang keras dibahagian siku dan lutut
  • juga bertindak melegakan akibat gigitan serangga. 

Anda ingin mendaptkan krim ini? Hubungi saya ya atau klik sahaja pada ikon di bawah untuk membuat pembelian secara online. Herbal Blend ini sentiasa out of stock tau, jadi cepat-cepat hubungi saya untuk mendapatkan item Hot produk daripada Shaklee ini.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1d0d4779bbefa4ccc9dfb920a110f05a