Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Monday, November 28, 2016

Vitamin Untuk Daya Tahan Tubuh Keuarga

Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah dah bermula, maka mood untuk bercuti juga tinggikan.lagi-lagi jika dah plan nak bawa anak-anak ke sesuatu destinasi yang di tuju. Semua maklum juga hujung tahun di Malaysia merupakan musim hujan. Wabak selsema dan demam memang senang sangat untuk dijangkiti lagi-lagi kanak-kanak. Jadi sebelum travel ke mana-mana jom sediakan beberapa vitamin wajib untuk diri anda dan anak-anak, tidaklah nanti semasa dalam perjalanan jika mereka dijangkiti penyakit kalut pula kita nak ke klinik-klinik atau farmasi. 

Jika anda travel keluar negara juga ia merupakan suatu keperluan yang wajib di bawa. Tidaklah nanti ketika berada diluar sana perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli ubat-ubatan di sana.

Untuk Vitamin wajib yang perlu di bawa bersama semasa travel ini cadangan saya :

1. Nutirefon - Nutriferon ini bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan. Ia merupakan serbuk yang diperbuat daripada biji labu. Jika selsema dan demam terus berikan anak atau ahli keluarga yang sakit dengan nutriferon ini.



2. Sustained Release Vita C Plus - Kebaikkan Vitamin C ini  memang tidak dapat disangkal lagi. Sememangnya saya mengamalkan Vitamin C shaklee sekian lama. Alhamdulillah jarang dujangkiti demam atau selsema. Ia juga berperanan untuk mengecutkan jerawat tau! Ibu-ibu wajib ambil ini untuk cantik sama!


3. Omega guard - Omega guard ini membantu dalam menguatkan paru-paru dan meningkatkan sistem imun badan. Ia juga membantu untuk mengeluarkan kahak yang terdapat di kerongkong anda.


Wajib tau bekalkan perjalanan anda dengan kesemua vitamn ini. Badan sihat baru seronok anak-anak dan kita juga gembira ketika bercuti. Masih sempat lagi untuk membuat belian untuk kesemua vitmin ini! Jom hubungi saya untuk maklumat lanjut!!


Saturday, February 6, 2016

Bahaya Antibiotik kepada Kanak-Kanak



Antibiotik sememangnya bukan sesuatu yang asing di kalangan masyarakat Malaysia. Kadang kala mind set kita sendiri menyatakan antibiotik perlu diambil ketika dijangkiti penyakit. Ada juga sesetengah ibu bapa sehingga meminta anak mereka diberikan antibiotik ketika sakit. 

Benar fungsi Antibiotik ini adalah untuk melawan penyakit diambil atas nasihat dan mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor. Jika doktor mengatakan ia perlu dihabiskan dalam masa 5 hari maka PERLU dan WAJIB kita habiskan dalam tempoh tersebut. Bukan tiga hari setelah sembuh dari penyakit, baki antibiotik tadi juga kita tinggalkan sahaja dan tidak dihabiskan.


Sebenarnya antibiotik adalah berbahaya untuk kanak-kanak jika ia tidak diambil seperti yang dicadangkan oleh doktor. Ini kerana penggunaan antibiotik secara sembarangan akan menyebabkan bakteria yang tidak dirawat dengan sempurana ini lali dan kebal terhadap antibiotik yang diberi. hal ini menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria ini lebih sukar dirawat dan mewujudkan antibiotic resistance (istilah yang digunakan bagi bakteria yang lali dan kebal terhadap antibiotik). Justeru antibiotik yang lebih tinggi dosnya diperlukan untuk merawat penyakit ini. 

Jika kita memberi antibiotik ini kepada anak kita dan tidak mengikut jadual dengan betul kebarangkalian untuk anak ini demam lagi adalah lebih tinggi dan antibiotik yang diberikan sebelumnya adalah tidak berkesan kepada anak ini. Malah lebih memburukkan keadaaan lagi apabila bakteria yang lali dan kebal  ini disebarkan pula kepada orang lain.

Hal ini mewujudkan satu keadaan di mana antibiotik tidak  lagi dapat berkesan terhadap bakteria tersebut. 

Malah menurut doktor yang berpengalaman, terdapat pesakit yang dimasukkan ke ICU kerana demam tinggi dan tiada ubat antibiotik yang sesuai diberikan disebabkan oleh bakteria yang lali dan kebal ini. 

Ibu bapa juga perlu prihatin dalam pemberian ubat antibiotik kepada anak-anak, Jangan berkongsi ubat antibiotik dengan anak-anak yang lain. Jika terdapat saki-baki ubat antibiotik yang masih ada di rumah buangkan sahaja (jangan kata sayang atau membazir). Berkemungkinan antibiotik yang sama tidak sesuai digunakan untuk anak yang berlainan. Bahaya ya! ingat antibiotik ini juga dihasilkan dengan menggunakan bakteria yang bertujuan untuk membunuh bakteria dalam badan pesakit. 


 Jika anak-anak kecil ini demam, seeloknya ibu bapa boleh mengawal suhu anak ini dengan cara-cara di bawah:

1. Berikan paracetamol yang disyorkan oleh doktor
2. perbanyakkan meminum air masak
3. lakukan kaedah sponge kepada anak 
4. Monitor suhu anak (jangan melebihi 40 celcius bahaya boleh menyebabkan sawan dan tarik)
5. Cepat bawa berjumpa doktor sekiranya suhu melebihi 40 celcius.

Alternatif lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan NUTRIFERON kepada anak-anak. Nutriferon ini merupakan  satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga sunflower. Sebatian ini dapat mengaktifkn interferon yang terdapat di dalam badan kita untuk melawan bakteria-bakteria jahat ini. Ia juga merupakan perisai hebat untuk tubuh badan. 



Jadilah ibu bapa yang bijak dalam memberikan yang terbaik untuk-anak. Jangan bahayakan kesihatan anak-anak disebabkan oleh kesalahan fahaman kita. Ikut dan patuhi arahan doktor ya selepas ini. 


 Pembelian secara talian klik link di bawah



Selepas membuat pembelian sila hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan yang betul. 

Untuk membuat pembelian secara manual hubungi saya ya. PROMOSI Nutriferon pada bulan Februari 2016. Jangan lepaskan peluang untuk menyimpan sekotak dirumah!



Rujukan
http://drzubaidi.com/blog/antibiotik-bukan-ubat-wajib-bagi-demam-dan-selsema-untuk-bayi-dan-kanak-kanak/

http://drzubaidi.com/blog/kurangkan-penggunaan-antibiotik-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak/

http://www.doktorbudak.com/2014/02/22/ubat-batuk-selsema-tidak-sesuai-untuk-kanak-kanak-bawah-2-tahun/


Monday, November 12, 2012

Nutriferon

Tingkatkan imunisasi keluarga anda!


Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Siapa yang memerlukan Nutriferon?
kepada sesiapa yang lemah imunisasi mereka seperti selalu demam, batuk dan lain-lain. Nutriferon ini juga sesuai untuk kanak-kanak untuk meningkatkan sistem imum mereka.