Showing posts with label Joint Health Tablet. Show all posts
Showing posts with label Joint Health Tablet. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Hindari Sakit Sendi atau Osteoarthritis dari Awal.

Assalamualaikum...



Osteoarthritis merupakan penyakit sendi yang paling lazim ditemui dan penyebab utama kecacatan sendi dan hilang upaya seseorang. 

Mungkin ada dikalangan pembaca masih tidak mengetahui apakah itu Osteoarthritis? Bagaimana dan punca-punca penyakit ini boleh berlaku. Jom kenali dahulu Osteoarthritis. Anda juga mungkin salah seorang yang berisiko menghidapi Osteoarthritis.

Apakah Osteoarthritis?
Proses Osteoarthritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan ini berfungsi sebagai kusyen di dalam sendi yang membenarkan pergerakan sendi yang lancar dan dalam masa yang sama tulang rawan ini cukup tegap untuk meresap kesan renjatan semasa bergerak dan bersenam. 

Apabila tulang rawan ini haus dan nipis, ruang antara tulang sendi menjadi sempit. Hal ini menyebabkan tulang bergesel. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak dan tulang baru akan tumbuh ditepi tulang sendi. 

Sendi-sendi yang terlibat
  1.  Sendi-sendi jari yang akan menyebabkan benjol di sendi.
  2. Tulang belakang
  3. sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti pinggang, lutut dan kaki.
Pesakit yang berisiko 
  1.  Warga tua yang berumur 45 tahun ke atas terutamanya wanita.
  2.  Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
  3.  Sendi-sendi yang rosak disebabkan oleh penyakit inflamansi atau kecederaan semasa bersukan. 
Tanda-tanda Osteoarthritis
  1.  Ketidakstabilan pada sendi.
  2.  Bengkak sendi
  3.  Pergerakkan dan penggunaan sendi terhad.
  4.  Bunyi berderap pada sendi.
Rawatan Osteoarthritis

Rawatan Osteoarthritis bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan inflamasi sendi agar fungsi sendi dapat dikekalkan atau dipertingkatkan.
  1.  Mengurangkan berat badan yang berlebihan. Dengan penurunan sebanyak 5kg, akan  mengurangkan tekanan ke atas sendi lutut sebanyak 15kg- 20kg.
  2.  Menjalani pemulihan anggota dan cara kerja.
  3.  Memakan ubat-ubatan 
  4.  Memakai alat-alat membantu pergerakan.
  5. Menjalani pembedahan ke atas sendi-sendi yang telah hilang fungsi. 
Fahamkan apakah itu Osteoarthritis dan sememangnya akan menyebabkan hilang upaya seseorang jika ia tidak dicegah dari awal. Oleh itu, Set sendi Shaklee amat baik dan elok diamalkan seawal 30an untuk memelihara kesihatan sendi anda. Bagi ibu bapa yang selalu mengadu sakit-sakit sendi jangan dilengahkan, jika tidak mungkin pembedahan adalah alternatif terakhir yang boleh anda lakukan untuk mengurangi kesakitan mereka.

Set Sendi Sahklee terdiri daripada Ostematrix, Joint Health Tablet dan Omega Guard. Fungsi-fungsi Vitamin adalah seperti berkut:

  1. Ostematrix - membekalkan kalsium untuk tubuh badan.
  2. Joint Health Tablet  - meningkatkan keselesaan sendi, memelihara tisu penghubung yang sihat dan meningkatkan cushioning.
  3. Omega Guard - mencegah arthritis, gout dan memelihara fungsi-fungsi sendi.
Jom hubungi saya untuk membuat pilihan mengikut bajet anda dan mendapatkan Set Sendi Shaklee ini. 




Monday, November 5, 2012

Joint Health Tablet - Masalah sakit sendi dan sakit lutut?

Masalah sakit sendi dan sakit lutut?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Adakah anda tergolong di dalam kumpulan di bawah?
 
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi hausIni akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi). 

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Semakin umur kita meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan encetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas
  
Bagaimana Join Health tablet membantu?
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  • Membantu mengekalkan tulang rawan. 
  • Memberikan nutrien penting dalam kesihatan sendi. 
Berminat??? hubungi saya untuk mendapatkan Joint Health Tablet berserta kosultasi PERCUMA!
EMAIL: yantie3011@gmail.com / SMS/CALL:0195590084


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.