Thursday, November 17, 2016

Atasi Kencing Manis (Diabetes) Semasa Hamil



Kencing manis ketika hamil atau juga dikenali sebagai Diabetes semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus -GDM) ialah keadaan di mana paras gula dalam darah ibu meningkat akibat hormon stress yang dihasilkan oleh ibu semasa hamil. Hormon stress yang terhasil ini mengurangkan keupayaan insulin untuk menurunkn paras gula dalam darah.

Ibu hamil yang berisiko Mendapat GDM 

Peningkatan yang mendadak ketika hamil boleh meningkatkan risiko untuk menghidap GDM kerana peningkatan lemak yang tinggi dalam badan dapat mengurangkan keupayaan insulin. Sebab itu doktor dan nurse selalu pesan untuk mengawal berat ketika hamil. Jadi ibu-ibu jangan pula tertekan ya bila setiap kali pemeriksaan dilakukan pasti bacaan berat badan ibu dipantau secara rapi. Berikut adalah golongan yang berisiko untuk menghidap GDM ketika hamil.

1. Mempunyai sejarah Diabetes.
2. Mempunyai berat yang berlebihan / obesiti ( BMI > 27.0 kg/m)
3. Berusia 30 tahun ke atas
4. Memunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis.

Kesan GDM kepada Ibu

Ibu yang menghidapi GDM kitika hamil ini berisiko untuk :

1. Mendapat diabetes selepas bersalin dan risiko ini lebih tinggi bagi ibu yang obesiti.
2. Mengalami preeklampsia (tekanan darah tinggi, protein dalam urin, bengkak edema).
3. Bersalin melalui pembedahan kerana bayi yang besar. 
4. Bersalin tidak cukup bulan
5. Mengalami keguguran / kelahiran mati (stillbirth) atau kematian janin dalam kandungan. 

Kesan GDM kepada Bayi

Penyakit GDM ini juga akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan:

1. Bayi yang dilahirkan besar memunyai berat melebihi 4 kg.
2 Bayi ini juga berisiko untuk mendapat kencing manis apabila dewasa.

Atasi Kencing Manis (Diabetes) semasa hamil. 

Penyakit GDM ini boleh dikurangkan dengan penjagaan pemakanan yang seimbang oleh ibu mengandung ketika hamil. Salah satu cara untuk mengatasi atau mengurangkan risiko GDM semasa hamil dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakan sihat. Untuk ibu yang sukar untuk mengawal selera makan dan di sahkan mengidap diabetes bleh ikhtiarkan set diabetes untuk ibu hamil.

Set diabetes untuk Ibu hamil ini terdiri daripada 3 vitamin asas iaitu Vitalea, ESP dan B-complex. Ibu juga sangat digalakkan untuk mengambil Set lengkap ibu hamil.

Energizing Soy Protein (ESP)


  • ESP membekalkan 9 asid amino yang dierlukan oleh badan. 
  • ESP juga mempunyai Indek Glisemik yang rendah, membantu dalam mengekalkan tahap gula yang sihat dalam badan. 
  • ESP juga dapat mengekalkan rasa kenyang untuk ibu hamil justeru dapat mengawal pengambilan makanan secara berlebihan. 

Vitalea 

  • Mencegah kekurangan vitamin untuk ibu hamil. 
  • Mengekalkan tahap tekanan darah yang baik untuk ibu 
  • kadungan zinc di di dalam vitalea membantu untuk penghasilan insulin bagi mengawal tahap gula dalam darah.







B-complex 

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan.
  • Mencegah kecacatan tuib neural
  • Mencegah kencing manis
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
Oleh itu adalah penting bagi ibu-ibu hamil sentiasa menjaga kesihatan dan mengawal berat badan semasa hamil. 

untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian jangan segan dan silu untuk menghubungi yantie ya. InsyaAllah saya sedia membantu. 



No comments:

Post a Comment