Friday, October 3, 2014

Cara hilangkan ruam campak pada anak G6PD

Assalamualaikum.


Apabila nak anda disahkan oleh doktor menghidapi demam ruam campak. Sebagai ibu ia sememangnya amat dirisaukan. Yeah jika pada kita sendiri terasa kegatalan diseluruh badan inikan pula pada si anak kecil. Ketidak selesaan ini akan menyebabkan bayi anda sentiasa meragam.

Pengalaman saya dengan Herbal Blend juga mengajar saya untuk tidak meninggalkan krim ini di rumah dan perlu dibawa terutama sekali apabila merancang untuk perjalanan yang jauh. Anak kedua saya Ammar penghidap G6PD. Oleh itu saya sememangnya amat berhati-hati dalam memilih krim serta produk kesihatan. Saya gunakan Herbal Blend pada Ammar, Alhamdulillah ia sesuai untuk Ammar. Ammar juga tidak mengalami alahan kulit. Ruam susu juga tiada semasa bayi. Cuma ruam kecil dibahagian pelipat peha semasa cuaca yang agak panas.

Masuk umur Ammar 9 bulan, Ammar mengalami demam yang agak tinggi selepas 3 hari demam, timbul bintik-bintik halus seluruh badan Ammar. Segera saya bawa Ammar ke klinik, dan ammar disahkan menhidapi ruam campak. Untuk menghilangkan panas badan Ammar, saya kerap basahkan badan anak dengan tuala kecil dan pakaikan pakaian jeis kain cotton. Untuk meredakan kegatalan pada badan anak pula saya sapukan krim Herbal Blend. Alhamdulillah dengan izin dariNYA ruam campak beransur-ansur hilang selepas 3 hari penggunaan.

Sehingga sekarang Herbal Blend tetap menjadi pilihan utama untuk saya sapukan pada kulit anak. Jika ruam-ruam kecil timbul di bahagian leher Ammar, krim Herbal Blend saya gunakan. Alhamdulillah ruam cepat hilang. Bukan itu sahaja tau penggunaan Herbal Blend ini.

Baru-baru ini tangan saya pula terena percikan minyak panas, dengan segera terus saya sapukan krim ini. Ya memang tidak timbul lecuran berair pada tangan. 

So, saya amat syorkan pada korang diluar sana untuk mencuba krim ini. Herbal Blend yang dirumuskan khas daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki. Rasa nyaman dan tidak melekit. Boleh digunakan seisi rumah bayi sehingga orang dewasa. Sangat bagus dan berbaloi. Selain untuk ruam-ruam, Herbal Blend ini juga berfungsi untuk 
  • mengurangakan lecuran kecil
  • masalah kulit gatal dan ezima
  • membantu dalam mengurangkan parut akibat campak 
  • melembutkan kulit tumit yang pecah
  • juga digunakan sebagai losyen harian
  • melembutkan kulit yang keras dibahagian siku dan lutut
  • juga bertindak melegakan akibat gigitan serangga. 

Anda ingin mendaptkan krim ini? Hubungi saya ya atau klik sahaja pada ikon di bawah untuk membuat pembelian secara online. Herbal Blend ini sentiasa out of stock tau, jadi cepat-cepat hubungi saya untuk mendapatkan item Hot produk daripada Shaklee ini.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1d0d4779bbefa4ccc9dfb920a110f05a





1 comment:

  1. hai sis... betul ke bayi g6pd boleh guna krim nie? sbb sy ada terbaca tak boleh... anak sy ada ruam lampin...jd was2 nk guna

    ReplyDelete