Tuesday, October 21, 2014

3 Tips Sihat melalui Makanan

Assalamualaikum...

Jom saya kongsikan tips dan amalan sihat bagi yang ingin berdiet secara sihat.

1. Memudahkan penghadaman 
  
Sumber: Google

Makan buah-buahan atau bahan ringan seperti yogurt, puding bagi memudahkan perut memproses makanan. Setelah 10 minit makan makanan berat seperti biasa. Kaedah ini tidak menyeksakan perut malahan perut akan lebih lancar menjalankan proses penghadaman. 

2. Jangan ambil buah selepas makan.

Sumber: Google

Amalan menjadikan buah sebagai penutup adalah tidak sesuai kerana amalan memakan buah selepas makan akan menyebabkan perut anda kembung! Hal ini kerana buah mengandungi air, amalan ini menyebaban perut anda buncit. Ambil buah selepas satu hingga dua jam selepaas makan. Begitu juga air, minum air selepas 10 minit selepas makan bagi mengelakkan perut buncit!


3. Jangan makan sambil membaca 
 
Sumber: Google

Amalan membaca amatlah elok, namun jika anda makan smbil membaca akan melembapkan proses pencernaan. Saya tahu waktu itu emas jadi semua ingin dilakukan dalam satu masa, tapi makan bukanlah salah satu daripanya ya!! Ini kerana apabila kita membaca, kita akan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan bukan terhadap makanan yang dimakan. Akibatnya, kita tidak merasa puas apabila makan sambil membaca dan kita akan makan melebihi had. Amalan ini melambatkan proses penghadaman kerana otak bekerja untuk dua kali. 

Ingat tips ini tau. bagi yang berdiet untuk turunkan berat badan juga boleh amalkan tips pemakanan sihat ini. Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment