Wednesday, April 23, 2014

Faktor-faktor kegemukan.

Assalamualaikum...



Apabila anda berdiri dihadapan cermin mesti satu pertanyaan yang anda sendiri tanyakan pada diri anda bukan... GEMUKKAH AKU? Esok dan seterusnya. Bagi mereka yang menyedari perubahan bentuk badan sudah sedikit membesar pasti pelbagai cara dan inisiatif diambil untuk mengembalikan bentuk badan asal atau yang di idamkan. Tahukah anda apakah faktor-faktor yang menjana kepada kegemukan?

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan
Makan berlebihan daripada tenaga yang digunakan. Contoh korang kerja opis tapi dok pulun makan macam kerja di bendang.

2. Gaya hidup yang kurang aktif
Tidak melakuakan aktiviti yang membolehkan kalori dibakar. Contohnya kerja dok terperap dalam opis atau rumah dan duduk didepan komputer. Hari minggu terluang dihabiskan menonton wayang daripada bersenam di taman.

3. Genetik dan faktor keluarga
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

5. Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga merupakan salah satu faktor kegemukan berlaku. Contoh ubat antidepresi dan sebagainya.

6. Faktor emosi
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

7. Merokok
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Namun setelah anda berhenti merokok, kadar pembakaran kalori di dalam badan anda berlaku dengan lebih rendah.

8. Usia
Semakin usia anda bertambah, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

9. Wanita hamil
Wanita hamil memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

10. Kurang tidur
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan.

1. Aktiviti senaman - aktiviti yang senang tapi masih ramai yang cuba mengelak daripada bersenam. Alasan yang sering dikatakan tiada masa.

2. Kurangkan masa bersantai atau bermalas-malasan - kurangkan aktiviti menonton TV dan menghadap PS2 atau bersantai di depan komputer.

3. Sayur dan buah-buahan
Dengan memakan sayur dan buah-buahan anda dapat mengawal selera makan anda untuk makan secara berlebihan.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5. Kurangkan minuman bergas
Harus ye kawan-kawan tinggalkan sahaja minumam bergas ini, kerana ianya tidaklah elok untuk kesihatan malah mengundang kepada masalah penyakit lain pulak nanti. 

Sumber: drezairy


No comments:

Post a Comment