Sunday, September 28, 2014

Gagal turun berat badan setelah berdiet??




Pernah tak anda mengalami situasi seperti ini? Di mana penat berdiet berbulan-bulan namun berat tidak berkurang dan yang sakit hati lagi makin bertambah pulak. Kenapa??

Sebelum anda pilih untuk "berdiet", fahami dahulu istilah berdiet. Berdiet bukan bermakna menahan lapar seharian sehingga tidak menyentuh sebarang makanan atau hanya bergantung sepenuhnya kepada 'ubat kurus' yang melambak dipasaran.

Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu. Diet seimbang pula pengmbilan makanan yang seimbang berdasarkan kepada piramid makanan yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.


Ada juga segelintir pengguna menggunakan teori " kurangkan makan makanan berkalori dan bakar lebih banyak kalori. Kebiasaannya diet ini hanya bejaya untuk tempoh singkat dan tidak kekal lama. Ini kerana apabila kita mengurangkan kalori, tubuh badan akan bertindak balas dengan menurunkan kadar metabolik.Apabil kadar metabolik merosot, kadar lemak dibakar juga merosot. Oleh itu amat sukar untuk seseorang itu menurunkan berat badan melalui mengawal pemakanan semata-mata. Sebaliknya kita perlu meningkatkan kadar metabolik dengan senaman.

Jika kita berdiet dan berasa lesu serta letih, bermakna kadar metabolisme tubuh rendah dan berat badan tidak mungkin turun dengan baik. Tahu tak? Faktor yang merangsang metabolisme ialah wujudnya unsur-unsur penting dalam darah yang perlu bagi mengaktifkan kilang-kilang tenaga dalam sel. Kilang-kilang tenaga ini disebut mitokondria. Mitokondria pula dapat bekerja apabila mempunyai enzim, hormon, mineral, vitamin, asid lemak dan asid amino yang mencukupi. Jika kesemua ini tidak mencukupi maka mitokondria tidak dapat berkerja dengan baik. Erti kata lain kilang-kilng tenaga tidak dapat dihasilkan untuk membakar lemak dan memberi tenaga pada tubuh badan.

Oleh itu bagi individu yang gagal menurunkan beratkan setelah berdiet dengan cara yang salah, selepas ini cuba ubah diet anda dan tambahkan senaman ringkas yang berkala untuk menjayakan penurunan berat badan yang ideal.

Ada tak produk-produk shaklee yang berkesan untuk menurunkan berat badan? Ya semestinya ada. Namun perlu di ingat vitamin-vitamin ini bertindak untuk membantu dalam membekalkan mineral-mineral penting untuk badan. Anda harus melakukan senaman atau sekurang-kurangnya berjalan 1000 langkah sehari untuk penggunaan tenaga yang efisyen serta pembakaran lemak yang baik.

Cinch Shake Mix berfungsi untuk memeliha otot semasa menurunkan berat badan. Juga membantu anda untuk merasa kenyang dan membekalkan tenaga serta mengekalkan tahap gula darah normal.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=086c98cd8fcd5da4d44864f9b3c7c2fa





Set Kurus Bajet terdiri daripada alfalfa, untuk menyahkan toksin daripada badan. Lecithin untuk membantu dalam pembakaran lemak serta herbalax untuk proses detoksifikasi.




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b76f966aceb7f0ff4e1e86f4c58b0393




Hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan vitamin yang betul serta konsultasi PERCUMA. Khas untuk pelanggan saya sahaja.





Saturday, July 12, 2014

Bersalin Normal atau secara pembedahan??

Assalamualaikum..

Bila diajukan soalan ini kepada ibu mengandung, pasti ramai yang akan memilih untuk bersalin secara normal. Tapi jangan lupa pula sebaik-baik rancangan adalah rancangan Allah jua. Buat ibu-ibu atau bakal ibu, sila sediakan diri anda dengan kedua-dua info tentang bersalin secara normal dan juga secara pembedahan, cara-cara berpantang dan semualah.

Mengandung anak pertama Alhamdulillah dapat bersalin secara normal. Untuk anak kedua saya over confident mesti bersalin normal juga!. Jadi kurang ambil tahu bersalin secara pembedahan. Apabila kandungan mencecah 36 weeks doktor memberitahu kedudukan anak melintang. Masa ini pun masih mengharap untuk bersalin secara normal. 36 weeks 5 day baby memang dah tak mahu berpusing lagi. 
'Ok, petang ni awak masuk wad, esok operate' ingat lagi ayat doktor yang laju keluar dari mulut dia. 

"doktor ada tak nurse yang boleh tolong betulkan kedudukan anak saya? masih lagi tu mengharap normal. Sebenarnya lebih kepada takut untuk dibedah!

"ada tapi  kalau serong sedikit atau kepala tidak masuk ke laluan baru kami akan lakukan. Petang ni jumpa doktor bius untuk penerangan."

Masa ini kalut dan tak keruan semua ada. Message suami di Johor "ok esok kita jumpa anak kita, nak kena masuk wad dah. Operate esok."

Jangan dok jadi macam saya ya!hehe
Di sini saya sertakan beberapa info tentang bersalin secara normal dan pembedahan.

Bersalin secara normal:


Proses bersalin melalui vagina. Kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding Cesarean. Bukan sahaja untuk kelahiran sekarang malah untuk kelahiran bayi anda yang seterusnya. 

Kebaikkan bersalin secara normal:
  1. Jalinkan ikatan dengan bayi dengan lebih awal - Ini dapat dialkukan apabila anda boleh terus memegang anak anda sejurus selepas bersalin berbanding dengan bersalin secara cesarean. (Terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan kepada bayi sebelum diserahkan kepada ibu dan jika bayi mengalami masalah pernafasan akan dimasukkan ke wad kanak-kanak - it's happen to me)
  2. Lebih selamat - Mengurangkan kemungkinan untuk mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.
  3. Pemuihan yang cepat - Luka bersalin secara normal lebih mudah dijaga dan proses penyembuhan yang lebih singkat berbanding ceserean.
  4. Kurang komplikasi - dapat mencegah daripada komplikasi darah beku di kaki, tumpah darah, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
  5. Kurang risiko bayi untuk dilahirkansecara pramatang
  6. Mengurangkan risiko masalah pernafasan bayi selepas kelahiran.
  7. Kos bersalin lebih murah berbanding kos bersalin secara pembedahan.
Bersalin secara Cesarean / Pembedahan




Risiko-risiko utama pembedahan Cesarean:

  1. Kesakitan yang terpaksa ditanggunng selepas pembedahan - rasa tidak selesa dan sakit dibahagian luka dan perut selama beberapa minggu selepas bersalin.
  2. Jangkitan - Jangkitan pada bahagian luka (tanda kemerah-merahan, berair), Jangkitan pada lapisan uterus, Jangkitan pada bahagian pundi kencing.
  3. Darah beku - mana-mana pembedahan meningkatkan risiko untuk mengalami darah beku. Jika darah beku berlaku dalam paru-paru ia boleh menyebabkan kematian.
  4. Lekatan - lekatan ialah kelompok tisu parut yang menyebabkan organ-organ pada obdomen melekat atau bahagian dalam dinding perut.
  5. Pembiusan - sakit kepala yang teruk (saya hadapi komplikasi ini dan ia mengambil masa dua - 3 hari untuk hilang. Ambil supplement dan air yang mencukupi). Juga meningkatkan risiko kerosakan saraf.
Bila dah tahu serba sedikit tentang kebaikan dan risiko kedua-dua proses ini mudah untuk korang berpantang nanti. Supplement yang saya ambil sejurus bersalin adalah daripada SET BERPANTANG SHAKLEE. Alhamdulillah luka pembedahan / Cesarean sembuh dengan lebih cepat dan badan lebih cergas walaupun mengalami komplikasi sakit kepala akibat pembiusan (serius sakit).

Nak dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE dan konsultasi yang berterusan?? Ingin BERJIMAT 15% sehingga 25%??? hubungi saya ya!

FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

Ingin membut pembelian secara terus daripada laman web?? Klik sahaja di bawah ini. Hubungi saya selepas membuat pembelian untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=49b8ba8f9e5b7b260a306c25393a4181

Thursday, July 10, 2014

JULAI 2014 ..Promosi VIVIX datang lagi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini nak cerita sikit tentang PROMOSI JULAI yang memang tengah HOT meletup-letup. Heheh ayat promosi ni. Bulan ini Shaklee dengan berbesar hatinya membuat PROMOSI VIVIX. Apa itu VIVIX? Vivix merupakan Tonik Ajaib yang dirumuskan khas daripada bahan-bahan terpilih dan semulajadi.

Sangat sesuai jika dihadiahkan kepada ibu dan ayah untuk mengekalkan kesihatan mereka secara menyeluruh.




PROMOSI JULAI -VIVIX
~ Beli 6 botol PERCUMA 1 botol
~ PERCUMA KEAHLIAN
~ Dapat CASH BACK pada bulan berikutnya.

Seronok tak beli barang kemudian Shaklee bagi duit. Teruja kan!! Jom dapatkan VIVIX anda sekarang!!! 

Hubungi 
Yantie : 0195590084
email: yantie3011@gamil.com

Untuk membuat pembelian PROMOSI VIVIX hubungi saya segera. Sah sehingga 31 JULAI 2014.

Untuk membeli VIVIX tanpa PROMOSI klik di bawah ini: 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b4de0635a83a2ae18e4298768351c7d7


Friday, July 4, 2014

Anak Sering Demam - Tanda Imunisasi lemah

Sering kali terbaca atau terdengar perkhabaran mengenai anak-anak kecil yang sering keluar masuk wad, ada juga yang berulang-ulang kali dijangkiti penyakit yang sama. Mengapa mesti anak? Bukan kita sendiri?

Sesetengah anak yang masih kecil sebenarnya mempunyai sistem imunisasi yang rendah. Apabila anak anda demam, ini bermakna anak anda sedang dijangkiti virus atau kuman. Sistem pertahanan dan antibodi  si kecil ini akan melawan jangktan virus tersebut. Ia biasanya akan baik dengan sendirinya (self limiting).

Namun ada juga jangkitan kuman yang dialami secara berulang-ulang dan luar daripada biasa. Ini berakma anak anda dijangkiti kuman yang sukar dirawat sehingga memerlukan pengambilan antibiotik. Vaksin yang diberikan untuk bayi anda adalah bertujuan untuk memastikan antibodi anak kuat jika diserang dengan penyakit-penyakit tertentu. Oleh itu, sebelum berkata tidak kepada Vaksin, dapatkan konsultasi daripada doktor untuk mengetahui kesan baik dan buruknya.

Jangkitan-jangkitan virus dan kuman yang boleh menyebaban si kecil demam.
  • Selsema
  • sakit tekak
  • jangkitan telinga
  • jangkitan salur kencing
  • masalah perafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
  •  virus yang mengakibatkan ruam seperti cacar air, penyakit kaki dan mulut.
Apa yang perlu saya lakukan?
Apabila anda mengenalpasti suhu badan anak anda lebih tinggi daripada biasa, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
  • Pakaikan si kecil anda dengan pakaian kapas yang nipis. (JANGAN selubung anak anda dengan selimut tebal untuk mengurangkan demam)
  • Pastikan bilik anda anda sejuk. Pasangkan kipas berhampiran dengan tempat anak anda. Selimutkan anak anda denan selimut yang nipis.
  • Berikan lebih banyak cecair kepada anak anda. Bagi bayi, kerapkan penyusuan. Bagi kanak-kanak berikan sup jernih atau jus buah-buahan dan susu.
  • Jika nak berusia lebih lapan minggu berikan panadol yang dikhaskan untuk kanak-kanak mengikut dos yang dicadangkanoleh doktor.
  • Cuba mandikan anak anda dengan air yang suam (tidak terlalu panas dan terlalu sejuk), gosokkan dengan span dan biarkan air dibadan anak anda kering dengan sendiri. Kaedah ini memberikan keselesaan kepada anak anda. 
  • Jika suhu badan terlalu panas, jangan ditangguh SEGERA ke klinik kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan. 
NutriFeron IMMUNE BOOSTER daripada Shaklee

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 TAHUN dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia.

Manfaat Utama NUTRIFERON SHAKLEE.
  1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
  2. Membantu untuk melawan kanser dan tumor
  3. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B &C 
Siapakah yang boleh mengambil NutriFeron?
  1. Orang dewasa 
  2. Kanak-kanak yang sering demam dan selsema
  3. Ibu menyusu
Cara pengambilan
  • 1 paket sehari dituang terus ke dalam mulut atau dicampurkan dengan air suam.
  • 2-3 paket untuk rawatan influenza atau kanser
  • 1 paket seminggu bagi yang ingin mengekalkan kesihatan yang optimum
*untuk lebih optimum dicadangkan  diambil bersama-sama dengan vitamin C.


Harga : RM181.25
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

Ingin membuat pembelian secara terus daripada laman web shaklee? Klik di bawah ini.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aaaccd2766ec67aecbe26459bb828d81

Inginkan penjimatan sehingga 15% - 25%. Jom daftar sebagai ahli! Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Wednesday, May 7, 2014

Tip Elak Kekejangan Kaki

Assalamualaikum...


Pernahkan anda mengalami kekejangan kaki?? Pasti ramai yang pernah mengalami situasi sebegini. Bagaimana kekejangan kaki ini boleh berlaku? 

Punca kekejangan kaki:
1. Dehidrasi.
2. Kekurangan unsur mineral seperti magnesium, potassium, kalsium dan sodium.
3. Kurangnya pengaliran darah ke kaki (semasa tidur)
4. Tekanan rahim yang semakin membesar pada saluran darah juga mengguanggu pengaliran darah disamping memberi tekanan pada saraf kaki.

Tip untuk mengelakkan kekejangan kaki.
1. Buat regangan kaki terutamanya di bahagian betis sebelum tidur.
2. Apabila mengalami kekejangan, luruskan kaki kemudian goyangkan jari kaki anda.
3. Elakkan daripada terlalu menekan jari kaki apabila melakukan senaman atau regangan.
4. Jangan berdiri atau duduk dalam satu posisi untuk tepoh yang lama.
5. Jika masih ampu berdiri ketika kekejangan, jalan untuk beberapa minit. Ia membantu mengendurkan otot dan mengurangkan kesakitan. 
6. Pastikan anda meminum sejumlah air yang cukup untuk badan anda.

Untuk mengelakkan anda kekurangan unsur mineral yang diperlukan, pastikan anda mengamalkan pengambilan Ostematrik setiap hari. Ostematrik bukan sahaja membantu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk tulang anda malah ia juga membealkan magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk tubuh.

Pembelian secara online, Klik link di bawah ini:
Purchase: Ostematrix

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 
FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

Inginkan penjmatan sehingga 15%-25%. Daftar segera sebagai ahli. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Wednesday, April 23, 2014

Faktor-faktor kegemukan.

Assalamualaikum...



Apabila anda berdiri dihadapan cermin mesti satu pertanyaan yang anda sendiri tanyakan pada diri anda bukan... GEMUKKAH AKU? Esok dan seterusnya. Bagi mereka yang menyedari perubahan bentuk badan sudah sedikit membesar pasti pelbagai cara dan inisiatif diambil untuk mengembalikan bentuk badan asal atau yang di idamkan. Tahukah anda apakah faktor-faktor yang menjana kepada kegemukan?

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan
Makan berlebihan daripada tenaga yang digunakan. Contoh korang kerja opis tapi dok pulun makan macam kerja di bendang.

2. Gaya hidup yang kurang aktif
Tidak melakuakan aktiviti yang membolehkan kalori dibakar. Contohnya kerja dok terperap dalam opis atau rumah dan duduk didepan komputer. Hari minggu terluang dihabiskan menonton wayang daripada bersenam di taman.

3. Genetik dan faktor keluarga
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

5. Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga merupakan salah satu faktor kegemukan berlaku. Contoh ubat antidepresi dan sebagainya.

6. Faktor emosi
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

7. Merokok
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Namun setelah anda berhenti merokok, kadar pembakaran kalori di dalam badan anda berlaku dengan lebih rendah.

8. Usia
Semakin usia anda bertambah, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

9. Wanita hamil
Wanita hamil memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

10. Kurang tidur
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan.

1. Aktiviti senaman - aktiviti yang senang tapi masih ramai yang cuba mengelak daripada bersenam. Alasan yang sering dikatakan tiada masa.

2. Kurangkan masa bersantai atau bermalas-malasan - kurangkan aktiviti menonton TV dan menghadap PS2 atau bersantai di depan komputer.

3. Sayur dan buah-buahan
Dengan memakan sayur dan buah-buahan anda dapat mengawal selera makan anda untuk makan secara berlebihan.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5. Kurangkan minuman bergas
Harus ye kawan-kawan tinggalkan sahaja minumam bergas ini, kerana ianya tidaklah elok untuk kesihatan malah mengundang kepada masalah penyakit lain pulak nanti. 

Sumber: drezairy


Tuesday, April 22, 2014

Best ke Jadi Ahli Shaklee?

Assalamualaikum..


Ramai jugak yang bertanya "banyak ke faedah yang kita peroleh jika jadi ahli SHAKLEE?"
Ada juga pelanggan yang berkata "saya dapat beli dengan harga ahli dekat si dia, xperlulah nak jadi ahli." Pasti banyak jawapan yang pernah anda dengar bukan.

Bagi saya bila ditanya "Best ke Jadi Ahli Shaklee?" Saya akan jawab "YA". Sebab saya pengguna tegar barangan Shaklee, baik dari penjagaan kesihatan, penjagaan muka dan rumah. Saya guna produk ini, saya dapat beli dengan harga ahli, saya dapat beli dengan harga PROMOSI, err dapat lagi cash back dari Shaklee (T&C).

Saya pasti kebanyakkan pengguna vitamin Shaklee akan membuat pembelian untuk kali kedua dan seterusnya kerana pengambilan vitamin untuk kesihatan perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang bagus. Jika kita cuma menghabiskan sebotol sahaja, saya pasti ramai yang masih belum melihat perubahan dalam kesihatan mereka.

Shaklee ni merupakan MLM. Ramai yang berfikiran "lebih ramai downline kamu maka lebih kayalah kau". Err taklah konsep MLM Shaklee bukan macam tu dik. Jika kamu rajin buat sale maka adalah ganjaran. Kalau downline kamu seorang yang tidak aktif. Kamu tidak dapat apa-apa.

Berapa harga untuk jadi Ahli Shaklee?
terdapat dua kaedah atau cara untuk menjadi ahli.
1. Membuat pembelian melebihi RM660 dengan 200 uv (point) secara automatik anda layak untuk menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA.

2. Atau jika tidak mahu membuat pembelian sebanyak itu, bayar sahaja RM75 (semenanjung) atau RM85 (sabah/serawak). Yuran ini bukan untuk upline kamu tapi untuk beg, buku-buku serta postage ke rumah kamu. (terus dari shaklee).

Faedah Menjadi Ahli Shaklee:
1. Keahlian Seumur Hidup.
2. Anda Layak mendapat cash back money jika pembelian mencapai nilai-nilai tertentu.
3. Berpeluang untk membeli barangan PROMOSI shaklee setiap bulan.
4. Anda akan dimasukkan ke group eksklusif untuk customer kumpulan kami.
5. Anda juga berpeluang untuk mendapat 3C "Cash, car, convention" (T&C).
5. Bagi yang berminat uuntuk berbisnes, anda akan dlatih sehingga berjaya tetapi jika anda tidak berminat tiada paksaan dalam group kami. Kami menghormati pendirian anda.

JOM sertai kumpulan saya yang superduper awessssome!!
FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084