Monday, November 21, 2016

Turunkan Tekanan Darah Tinggi




Darah tinggi atau hypertensi adalah kondisi di mana tekanan darah pada arteri menigkat lebih tinggi daripada paras normal. Apabila berlaku keadaan ini jantung perlu bekerja dengan lebih kuat untuk pengepam darah ke seluruh badan. Bacaan tekanan darah normal adalah di bawah atau setara 120/80 mm Hg bagi pesakit darah tinggi bacaan tekanan darah adalah di atas 140/90 mmHg.

Penyakit darah tinggi ini kebiasaannya dikaitkan dengan gaya hidup seseorang. Gaya hidup yang tidak sihat boleh mengundang kepada ketidaknormalan bacaan tekanan darah.

Berikut adalah faktor-faktor penyebab berlakunya tekanan darah tinggi. 

1. Tidak melakukan aktiviti riadah
2. Makan makanan yang tidak seimbang
3. waktu tidur yang tidak menentu
4. pengambilan garam yang tinggi
5. mempunyai paras kolestrol tinggi
6. mengambil minuman beralkohol dan merokok
7. Obesiti
8. Tekanan / stress

Namun jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, bacaan tekanan darah anda mampu mencapai tahap normal seperti En. Fahmy Suhaimi di bawah. Jom tonton video berdurasi pendek ini yang sangat memberi inspirasi buat semua. Ketahui rahsia kekal sihat En. Fahmy.



Anda juga sangat digalakkan untuk mengambil VIVIX. Vivix mampu untuk membantu mengurangkan kadar tekanan darah, malahan juga dapat membantu dalam penurunan paras kolestrol anda.




sebarang pertanyaan dan pembelian hubungi yanti seperti di bawah :
Konsultasi akan diberikan secara percuma dan berterusan setelah pembelian di buat.

































Sunday, November 20, 2016

Tips Kurangkan Rambut Gugur



Tensionkan apabila anda menyikat rambut, segumpal rambut turut terlekat di sisir sikit. Lagi bertambah sakit apabila ia mula menampakkan bahagian kulit kepala. Malu dengan keluarga dan rakan-rakan. Keyakinan diri untuk berdepan dengan orang pun turut menurun.

Apakah punca Rambut GUGUR?


Ada pelbagai  faktor yang menyebabkan rambut anda mudah gugur atau tidak kukuh. Berikut adalah beberapa faktor rambut gugur.

1. Bahan Kimia yang berlebihan. 
Ada dikalangan wanita atau lelaki kerap kali menggenakan pewarna rambut yang nyata mempunyai bahan kimia yang banyak. Ini akan menyebabkan rambut juga turut rosak. 

2. Perubahan hormon
Perubahan horman ini kebiasaannya terjadi kepada wanita lepas bersalin. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan gugur. 

3. Kulit kepala 
Keadaaan kulit kepada yang berkelimumur / tidak sihat juga turut menyumbang kepada keguguran rambut. 

4. Diet pemakanan yang tidak seimbang
Diet makanan yang tidak seimbang juga salah satu penyebab kepada keguguran rambut. Tubuh badan memerlukan nutrien yang lengkap bagi membolehkan sumber-sumber ini dapat disalurkan ke seluruh badan. 

Petua Elakkan Rambut Gugur 

Orang dulu-dulu terlalu banyak sangat petua yang sangat berkesan dan selamat. Di sini saya sertakan sedikit perkongsian petua untuk kurangkan keguguran rambut. 

1. Santan kelapa
Santan kelapa terlalu banyak khasiatnya. Selain di buat masak, santan kelapa juga boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Basahkan rambut dengan rata dan lumurkan santan kelapa keseluruh rambut. Buat urutan kepala selama 5 minit dan balutkan kepala dengan tuala lembap selama 30 minit hingga sejam. selepas itu bilas seperti biasa. 

2. Lendiran bunga dan daun bunga raya. 
lendiran bunga raya bukan sahaja dapa menyejukkan badan, malah ia sangat bagus untuk menyejukkan kulit kepala. ramas bunga dan daun bunga raya di dalam sedikit air (jangan terlalu bnyak air) kemudian ratakan dikepala. biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas kepala sebersihnya. 

3. Yogurt
Banyak khasiat yogurt yang boleh diperoleh tubuh badan. Ia juga boleh dijadikan sebagai masker juga tau! Tapi perlu pastikan yogurt plain sahaja digunakan untuk rawatan ini. basahkan rambut sedikit dan kemudian lumurkan yogurt keseluruhan rambut. Buat urutan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit atau sejam kemudian bilas dengan air bersih. 

4. Lediran daun lidah buaya. 
Ambil lendiran daun lidah buaya, kisarkan sehingga lumat. kemudian lumurkan ke seluruhan kepala. 


KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN SET SAHKLEE



Namun jika amat sukar untuk melakukan petua-petua di atas, cadangan saya anda perlu cuba set penjagaan rambut PROSANTE Shaklee. Ia amat membantu dalam menurangkan keguguran rambut. Set in terdiri daripada :

1. Revitalizing Sahmpoo dan Purifying Sahmpoo
Revitalizing shampoo berperanan untuk mebersihakan minyak yang berlebihan dan kekotoran pada kulit rambut. Shampoo ini megandungi sistem pembersihan yang patent-pending. membolehkan rkulit kepala bersih, dan memulihkan lantunan rambut.

2. Purifying Shampoo
membersih dengan lengkap dan mendalam untuk menghapuskan kotoran dan pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala atau warna rambut.

3. Lightweight Conditioner 
Lightweight conditioner menampilkan menampilkan scalp health complex, menyerap kutikel rambut untuk mengekalkan imbangan pH dan hidrasi kulit kepala.

4. Replenishing Conditioner 
Formula intensif kondisioner untuk semua jenis rambut yang meningkatkan kesihatan rambut dan penawar bagi rambut kering, rapuh, bertekstur dan dirawat kimia. Emolien pekat dan elemen struktur asli meresap ke dalam rambut yang kering, terlebih proses untuk membina semula keanjalan dan kekuatan. Humectant asli mengikat dan mengekalkan kelembapan untuk memulihkan kilauan dan fleksibiliti. (kegunaan sekali atau dua kali seminggu).

5. Long lasting Finishing Spray
Long lasting finishing spray melengkapkan sistem penjagaan rambut Prosante dengan melindungi rambut dari kerosakan UV sementara memberi kelembapan untuk kawalan yang rapi dan lembut.

6. Nourising Scalp Treatment
Ia berfungsi menormalkan kulit kepala untuk menyediakan persekitaran untuk rambut yang lebat dan sihat. Ia juga merwat kepangkal masalah dengan serum derma-available yang merangsang peredaran, melindungi dari serangan persekitaran dan menyediakan ramuan yang menyuburkan kulit kepala. 





Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi saya melalui medium di bawah ini!
Inginkan lebih penjimatan??? Jom daftar sebagai ahli


Friday, November 18, 2016

Tips Mencuci wajah Dengan Betul

Jom Bersihkan Wajah!!


Mencuci wajah adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap orang tidak tertumpu kepada wanita sahaja lelaki juga perlu dalam penjagaan kulit muka. Kulit muka yang di rawati dengan rapi tidak mudah untuk ditumbuhi jerawat atau pun mempunyai bintik-bintik hitam atau bintik-bintik putih. Untuk tips menghilangkan bintik hitam boleh ikuti di link ini: tips hilangkan bintik hitam.

Jika anda pengguna tegar alat solek, ia adalah perkara yang wajib untuk dilakukan bagi memastikan kebersihan kulit wajah. Bagi suri rumah juga jangan diambil ringan ya! anda juga perlu teliti dalam penjagaan kulit muka. 

Di sini saya kongsikan sedikit tips pencucian muka bagi merawat wajah agar tampak segar dan sentiasa sihat.


Langkah pertama 
Bersihkan muka dari sisa kekotoran make up. Wajib ya. Gunakan kapas muka dan sapukan pembersih make up dan ratakan di seluruh wajah. 

Namun jika anda pengguna Nutriwhite Sahklee, Gunakan Nutriwhite Action Remover untuk membesihkan wajah daripada kekotoran, kulit-kulit mati dan make up. Pastikan anda menyapu disekeluruhan muka dan sentalkan muka anda secara lembut. 

bersihkan muka anda dengan menggunakan air. 

Langkah kedua
Bersihkan telapak tangan dan picitkan pencuci muka dan gosokkan sedikit sehingga ia berbuih. kemudian sapu dan ratakan disekitar wajah. urutkan wajah anda sepeti rajah di bawah. Untuk bahgian dahi dan hidung (kawasan yang berminya) lakukan urutan selama 20 saat. 

Untuk mendapatkan cucian yang mendalam gunakan pencuci muka NutriWhite Gentel Deep Foaming Cleanser. Serius best gunakan pencuci muka ini, masa pregnant hanya pencuci muka nutriwhite sahaja yang boleh digunakan. penuci muka lain buat muka saya ditumbuhi jerawat. 

Ikuti urutan muka seperti rajah di bawah. 
Langkah ketiga
Bersihkan wajah, Bilas wajah sehingga bersih. gunakan juga air sejuk untuk menutupi liang pori-pori yang terbuka semasa pencucian muka. 

Tuangkan sedikit NutriWhite Soothing Radience Whitening Softener di telapak tangan dan ratakan disekitar wajah dan leher. NutriWhite Soothing Radience Whitening Softener bertindak untuk mengelakkan wajah menjadi kering. 

Langkah keempat
Letakkan pelembab wajah Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence. Pelembab ini sangat bagus untu wajah bertujuan untuk mencerajakn dan menegangkan kulit. 

Selain daripada langkah-langkah di atas, perlu diingatkan juga untuk mengambil air masak secukupnya ntuk mengekalkan kelembapan kulit secara menyuluruh. Jika inginkan kesan kulit wajah yang cantik secar menyeluruh, anda juga boleh mengamalkan set kulit cantik shaklee untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada tubuh badan. 


untuk sebarang pertanyaan dan pembelian hubungi saya ya. 

Thursday, November 17, 2016

Atasi Kencing Manis (Diabetes) Semasa Hamil



Kencing manis ketika hamil atau juga dikenali sebagai Diabetes semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus -GDM) ialah keadaan di mana paras gula dalam darah ibu meningkat akibat hormon stress yang dihasilkan oleh ibu semasa hamil. Hormon stress yang terhasil ini mengurangkan keupayaan insulin untuk menurunkn paras gula dalam darah.

Ibu hamil yang berisiko Mendapat GDM 

Peningkatan yang mendadak ketika hamil boleh meningkatkan risiko untuk menghidap GDM kerana peningkatan lemak yang tinggi dalam badan dapat mengurangkan keupayaan insulin. Sebab itu doktor dan nurse selalu pesan untuk mengawal berat ketika hamil. Jadi ibu-ibu jangan pula tertekan ya bila setiap kali pemeriksaan dilakukan pasti bacaan berat badan ibu dipantau secara rapi. Berikut adalah golongan yang berisiko untuk menghidap GDM ketika hamil.

1. Mempunyai sejarah Diabetes.
2. Mempunyai berat yang berlebihan / obesiti ( BMI > 27.0 kg/m)
3. Berusia 30 tahun ke atas
4. Memunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis.

Kesan GDM kepada Ibu

Ibu yang menghidapi GDM kitika hamil ini berisiko untuk :

1. Mendapat diabetes selepas bersalin dan risiko ini lebih tinggi bagi ibu yang obesiti.
2. Mengalami preeklampsia (tekanan darah tinggi, protein dalam urin, bengkak edema).
3. Bersalin melalui pembedahan kerana bayi yang besar. 
4. Bersalin tidak cukup bulan
5. Mengalami keguguran / kelahiran mati (stillbirth) atau kematian janin dalam kandungan. 

Kesan GDM kepada Bayi

Penyakit GDM ini juga akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan:

1. Bayi yang dilahirkan besar memunyai berat melebihi 4 kg.
2 Bayi ini juga berisiko untuk mendapat kencing manis apabila dewasa.

Atasi Kencing Manis (Diabetes) semasa hamil. 

Penyakit GDM ini boleh dikurangkan dengan penjagaan pemakanan yang seimbang oleh ibu mengandung ketika hamil. Salah satu cara untuk mengatasi atau mengurangkan risiko GDM semasa hamil dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakan sihat. Untuk ibu yang sukar untuk mengawal selera makan dan di sahkan mengidap diabetes bleh ikhtiarkan set diabetes untuk ibu hamil.

Set diabetes untuk Ibu hamil ini terdiri daripada 3 vitamin asas iaitu Vitalea, ESP dan B-complex. Ibu juga sangat digalakkan untuk mengambil Set lengkap ibu hamil.

Energizing Soy Protein (ESP)


  • ESP membekalkan 9 asid amino yang dierlukan oleh badan. 
  • ESP juga mempunyai Indek Glisemik yang rendah, membantu dalam mengekalkan tahap gula yang sihat dalam badan. 
  • ESP juga dapat mengekalkan rasa kenyang untuk ibu hamil justeru dapat mengawal pengambilan makanan secara berlebihan. 

Vitalea 

  • Mencegah kekurangan vitamin untuk ibu hamil. 
  • Mengekalkan tahap tekanan darah yang baik untuk ibu 
  • kadungan zinc di di dalam vitalea membantu untuk penghasilan insulin bagi mengawal tahap gula dalam darah.







B-complex 

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan.
  • Mencegah kecacatan tuib neural
  • Mencegah kencing manis
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
Oleh itu adalah penting bagi ibu-ibu hamil sentiasa menjaga kesihatan dan mengawal berat badan semasa hamil. 

untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian jangan segan dan silu untuk menghubungi yantie ya. InsyaAllah saya sedia membantu. 



Cara Hilangkan Parut Jerawat Semudah ABC

Kesan parut jerawat di muka sememangnya sukar untuk di hapuskan namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Jom baca testimoni pengguna yang mengamalkan Set kulit Shaklee secara konsisten dan merasai kesan kebaikkan dan yang paling best bila kesan dan parut jerawat semakin pudar dan hilang.


Beliau hanya mengambil supplement berpantang dan milkbooster, kesannya badan bertambah sihat, tiada masalah dalam penghasilan susu dan kesan sampingan yang diperolehi kesan parut dan jerawat semakin menghilang. Malah tona kulit juga semakin sekata. Seronok bukan!


“Gambar sebelum 2012 tu, mimpi ngeri bagi saya. Muka jadi camni disebabkan kedegilan saya mencuba pelbagai produk muka dipasaran. Dan juga saya mengalami masalah resdung berserta alergik makanan laut. Start 2013, consume shaklee untuk berpantang dan milkbooster. Alhamdulillah, banyak perubahan yang sy nampak terutamanya bahagian kulit wajah. So, sy continue je makan shaklee sampai skrg. Saya takut nak cuba produk lain, shaklee je yang buatkan saya yakin!”


Kisah yang kedua pula adalah kisah adik kepada kawan yantie sendiri yang menjadi konsumer tegar set kulit cantik. Pelbagai kaedah dan rawatan telah diusahakan namun hasil tidak memberangsangkan. Namun setelah menjadi pengguna tegar Set Kulit Cantik Shaklee, jerawat semakin menghilang, parut dan bekas jerawat juga semakin pudar. Gembira hati adik dora ni tau!



"Beliau dah berhabisan beribu ringgit untuk treatment muka sahaja. Tak agak agak masa tu, di pusat rawatan muka.

First anis suruh dora makan 3 vitamin. Vitamin C, B Complex dan Vitamin E. Beliau ikutkan sahaja. Mencuba demi inginkan kulit muka kembali licin. Anis suruh minum air masak 2 liter, ikutkan juga.

Tambah pandai lagi, mana entah beliau google. Katanya tidur mesti kena cukup. 12 malam beliau wajib tidur katanya. "Jangan kacau dora tau. Jumpa esok pagi". Bangun pukul 6.
Gambar tudung merah jambu tu, baru pulih tu."

Anda mempunyai masalah yang sama dengan pengguna di atas?
Jangan segan silu untuk hubungi yantie ya untuk pembelian dan pertanyaan.


Hilangkan Jerawat Secara Berkesan

Jerawat adalah musuh yang paling utama bagi wanita. Kehadiran jerawat ini sedikit sebanyak akan mengganggu penampilan seseorang wanita dan juga merendahkan tahap keyakinan diri seseorang wanita.


Tapi tahu tak anda faktor-faktor yangmenyebabkan tumbuhnya jerawat di muka atau di anggota badan lain? Jom kenal pasti faktor penyebab jerawat


Faktor Penyebab JERAWAT 


1. Hormon

Perubahan hormon di dalam badan menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Kebiasaannya apabila ketidakstabilan hormon berlaku ketika waktu haid akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

2. Jenis Kulit

Jenis kulit juga antara penyumbang utama kepada jerawat. Kebiasaannya jenis kulit yang berminyak mudah untuk ditumbuhi jerawat. Jenis kulit ini akan menyumbng kepada peyumbatan liang pori-pori kulit dan seterusnya menghasilkan bintik-bintik hitam dan bintik putih disekitar wajah dan jika dibiarkan maka terjadinya jerawat.

3. Liang pori-pori yang besar

Liang pori-pori besar lebih mudah untuk terjadinya jerawat di sekitar muka dan wajah. Liang pori-pori yang besar jika tidak di basuh muka dengan bersih akan menyebabkan penyumbatan liang pori-pori. dan lama kelamaan akan terbntuk jerawat.

4. Tidak menjaga kebersihan kulit

Tidak menjaga kebersihan kulit juga adaah salah satu penyumbang kepada terjadinya jerawat. Seeloknya bersihkan muka dua hingga tiga kali dengan pencuci muka. Pastikan juga anda menggunakan toner dan pelembab muka yang sesuai bagi memastikan kulit muka sentiasa bersih dan bernafas. Kegagalan untuk membersihkan muka daripada kekotoraan dan juga kesan alat solek akan menyebabkan kulit mudah ditumbuhi jerawat.

5. Gaya hidup yang tdak sihat

Jika anda penggemar kepada makanan yang berminyak, makanan segera dan tidak mengamalkan gaya pemakanan seimbang, anda juga berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan bekalan nutrien yang secukupnya kepada tubuh badan. Pastikan juga ambilan air masak / air putih adalah secukupnya mengikut berat badan anda.

 6. Stress

Jika anda tergolong daam golongan yang sentiasa stress akibat tekanan kerja atau masalah, anda juga berpotensi untuk ditubuhi jerawat. Stress penyebab juga kepada perubahan horman dalam badan. Oleh itu tangangi stress anda sebaiknya serta lakukan aktiviti riadahdan bina jaringan sosial dengan baik.

7. Penggunaan make up

Salah satu penyumbang kepada pertumbuhan jerawat adalah disebabkan penggunaan make up yang tidak bersesuain dengan kulit atau tidak dibasuh dengan sempurna. Kegagalan anda membersihan muka daripada bahan make up ini akan menyebabkan ling pori-pori tersumbat dan lama-kelamaan akan menghasilkan jerawat.


Atasi Masalah Jerawat dengan SET KULIT SHAKLEE.

Terdapat beberapa Set Shaklee yang boleh diambil untuk menangani masalah kulit berjerawat ini. Ramai yang berpuas hati dengan penggunaan set kulit cantik Sahklee. Set Kulit Cantik ni menjaga kesihatan kulit dari dalam dan mengimbangi hormon dalam badan. 

 Set kulit Cantik Asas

Set kulit cantik asas sesuai bagi yang tidak mengalami masalah jerawat yang teruk. Ini juga berperanan untuk memudarkan kesan parut jerawat. 


 Set kulit cantik 

Set kulit Cantik ini sesuai untuk masalah jerawat yang banyak. Mengimbangan hormon dan memudarkankesan parut jerawat.

Kulit cantik dan mulus

bagi anda yang mempunyai masalh liang pori-pori besar, anda digalakkan untuk menadi konsumer Collogen Powder. Penggunaan yang konsistan bukan sahaja dapat membantu dalam mengecikan liang pori-pori malah dapat memudarkan parut-parut jerawat. 


Hubungi saya selaku pengedar sah Shaklee untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. 
Untuk mendapatkan lebih penjimatan jom sertai kami sebagai hli shaklee. 


Tips Buang Angin dalam badan




Masalah angin dalam badan bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa dan ia boleh berlaku pada setiap peringkat umur. Angin di dalam badan ini disebabkan sosiologi tubuh yang mana menunjukkan ketidakseimbangan berlaku di dalam tubuh badan.

Punca Angin dalam badan 

Masalah kembung perut atau angin dalam perut ini berpunca daripada sistem pembungan yang tidak baik. Sekiranya anda mempunyai masalah pembungan sehingga 2 - 3 hari sekali, ia menunjukkan sesuatu yang tidak normal. Pembungan yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat adalah 2 kali sehari. Jika masalah pembungan mengambil masa sehingga 2 - 3 hari sekali ia akan menyebabkan bahan bungan yang tersimpan di dalam perut menghasilkan gas justeru akan menyebabkan kembung perut atau perut berangin. 

Namun, jika angin dalam perut tetap berlaku bagi mereka yang tiada masalah pembungan, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu kembung di bahagian pusat ke atas dan di bahagian ari-ari. 

Untuk kembung perut di bahagian pusat ke atas ia disebabkan oleh angin gastrik atau perut masuk angin. Ini terjadi kerana perut dibiarkan kosong untuk tempoh tertentu dan waktu pemakanan yang tidak teratur. Pemgambilan makanan yang tidak teratur dan membiarkan perut kosong dalam waktu yang lama akan menyebabkan bahagian dalam perut luka dan bercalar. Jika ia berterusan ia akan menyebabkan kembung perut yang berpanjangan walaupun telah makan. 

Untuk angin perut yang berlaku di bawahpusat ia boleh dikaitkan dengan angin pasang dimana kegagalan injap di sempadan bahagian dalam hujung perut dengan usus kecil. 

Tips buang angin secara alami

Ada beberapa tips yang boleh di praktikan untuk membuang angin di dalam badan:

1. Minum air rebusan halia - rebus hirisan halia bersama air dan kemudian minum air tersebut. 

2. Makan hirisan bawang putih - bawang putih dihiris halus dan kemudian di makan secara mentah-mentah. 

3. Bawang putih bakar - Ambil dalam 5 ulas bawang putih dan dibakar (jangan sehingga hangus) kemudian di makan. 

4. Tungku - panaskan tungku untuk seketika kemudian tungku pada bahagian perut secara perlahan-perlahan.



Atasi masalah kembung perut dengan Pappermint Ginger Plus dan Garlic Complex

Bagi mereka yang tidak dapat mengamalkan tips di atas anda juga boleh mengambil Pappermint Ginger Plus dan Garlic Complex sebagai supplement anda. Kedua-dua supplement ini membantu dalam mengurangkan angin dalam badan dan menguatkan sistem penghadaman badan. 




  

Rujukan : Penulisan Dr. Rasid dan Nazar