Tuesday, April 22, 2014

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum..

Artikel lepas ada saya menyebut set berpantang Shaklee yang awesomee.. Jom lihat testimoni daripada pengguna yang telah merasai kelainan semasa menggunakan set berpantang Shaklee.



"Lepas makan set tu dalam 3 hari, saya dapat rasa yang luka jahitan tu dah tak rasa sakit"





"Setelah diperkenalkan set berpantang & 3M, alhmdulillah berat baby naik 2.6kg lepas 2 minggu pengambilan"














Yang ini pula testimoni pengguna yang berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan set berpantang Shaklee. Daripada 68kg semasa hamil turun sehingga 47kg selepas melahirkan anak. Penurunan sebanyak 21kg!!


Anda teruja? dan ingin mencuba set berpantang Shaklee? 
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

**tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain**

Makanan bagi bayi berusia 6 bulan

Makanan pertama bayi


Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; oleh itu makanan lain diperlukan juga.

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda kerana kes-kes alahan terhadap makanan, alergi dan penyakit seliak berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum usianya enam bulan, bincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak seharusnya diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu).

Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair". Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu yang biasa bayi anda minum. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur. Panduan am dalam pekara ini ialah perkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda.

carta makanan uuntuk bayi

Cubalah: puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek;
puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;
bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu biasa bayi;
bubur nasi kosong yang dimasak di rumah.



Peringkat seterusnya
Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti:
puri lentil atau legum seperti kacang pis;
puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi;
puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, sawi atau kailan.

Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan.

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu:
sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus;
satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt);
dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan.
Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alahan terhadap makanan; elakkan memberi bayi anda kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun.

Risiko mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan kerana ia mungkin mengandungi serpihan gluten.

Elakkan susu untuk membesar bagi bayi yang lebih matang sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan.
Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda.

Friday, April 4, 2014

Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Perlukah ibu mengandung mengambil vitamin tambahan?? Sudah semestinyalah ye mommies. Kalau kita ke klinik pun doktor juga akan membekalkan mommies semua dengan vitamin yang berwarna warni betul tak. Cuma terpulang pada diri nak makan atau biarkan sahaja di letakkan di atas meja. 

Kenapa ibu mengandung perlu dan sangat memerlukan vitamin-vitamin semua ni? Makanan yang anda makan adalah merupakan sumber vitamin yang paling baik. Tetapi ramai dikalangan mommies di luar sana sedar atau tidak makanan yang dimakan kadangkala tidak mencukupi kandungan vitamin yang diperlukan semasa hamil. Nah di sinilah bermulanya perjalanan mommy dan baby anda seusia baby anda 1hari lagi. PENTING ni mommies jangan diambil enteng sahaja. Jom kita lihat fungsi setiap vitamin-vitamin bagi ibu hamil atau mengandung.

Zat Besi
Zat besi merupakan vitamin yang amt penting semasa kehamilan. Wanita mengandung sering mengalami Anemia kekurangan zat besi (IDA) oleh kerana permintaan zat besi dan vitamin yang lain meningkat disebabkan janin yang membesar. Bagi mendapatkan sel darah merah yang encukui bagi janin, jumlh darah ibu meningkat dengan ketara semasa mengandung. 

IDA boleh dirawat dengan mengambil supplement zat besi untuk memulihkan tahap hemoglobin dan meningkatkan simpanan ferum di dalam badan. 

Folik Asid 
Asid folik sangat penting untuk mencegah terjadinya kecacatan tiub neuro pada bayi. Dengan pengambilan Asid folik 400mcg harian sebelum konsepsi dan semasa awal kehamilan dapat mengurangakan risiko bayi yang dilahirkan dengan kecacatan neuro sehingga 70%. 

Vitamin B
Vitamin B penting untuk membantu dalam meningkatkan penyerapan asid folik dalam badan. Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan gejala mual atau loya pada ibu hamil. Vitamin B juga berperanan mengurangkan stress serta menukarkan makanan menjadi tenaga pada badan.

Kalsium
Kalsium sangat penting untuk kekuatan tulang bagi menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

"Banyak penyelidikan dan kajian atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang desenaraikan dalam Jurnal Persatuan PErubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak menckupi meningkatkan risiko preklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi" Dr Delillah Ahmad - KOSMO

Protein
Protein diperlukan untuk blok-blok pembinaan asas bagi ibu dan bayi. Perkembangan bayi semasa Trimester ke-2 dan Trimester 3 adalah lebih pantas.

DHA dan EPA
Bekalan EPA dan DHA dalam diet ibu hamil memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi. Pengambilan tinggi omega 3 semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.

Vitamin C
Pengambilan vitamin C semasa hamil membantu melawan jangkitan dan penyakit. Vitamin C juga berperanan untuk penghasilan kolagen yang diperlukan untuk membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus.

SET IBU HAMIL SHAKLEE

Set Hamil atau ibu mengandug Shaklee adalah terdiri darpada:

Vitalea : sumber zat besi dan ferum. Vitalea membantu dalam dalammengawal tekanan darah ibu semasa hamil.

B-complex dengan asid folik : B-complex Shaklee membekalkan 8 vitamin B perlu unntuk tubuh badan. Vitamin B-complex ini juga megurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron.

Sustained Release Vit C : Selain membantu meningkat imun badan ibu mengandung, ia juga dapat membantu menigkatkan sistem imun bayi.

Ostematrix: Kalsium adalah sangat perlu ketika hamil. Sepanjang tempoh kehamilan ibu mengandung memerlukn lebih kalsium untuk perkembangan bayi. Ostematrik juga  dibekalkan dengan vitamin D dan magnesium yang membantu untuk penyerapan kalsium  yang lebih optimum.

ESP: sumber protein adalah penting untuk perkembangan bayi.

Omega guard: sumber DHA dan EPA serta omega 3 untuk anda dan bayi anda. Ia juga membantu dalam meningkatkan perkembangan kognitif dan visual bayi.

Papermint Ginger plus: Bagi ibu-ibu yang mengalami simptom loya dan morning sickness teruk, digalakkan untuk mengambil ginger plus ini. Ia juga bertujuan untuk mengeluarkan angin di dalam badan.



Berminat untuk mendapatkan SET HAMIL ini boleh terus hubungi saya di:
FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

**tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain**

Wednesday, April 2, 2014

Cara Sendawakan Bayi

Assalamualaikum.. 

Sendawa bayi adalah untuk membuang lebihan udara dalam bayi keluar. Sendawa adalah satu usaha yang semulajadi untuk mengosongkan perut daripada udara berlebihan. Udara ini amnya datangnya dari suapan mulut semasa penyusuan. Udara yang masuk ke dalam perut bayi yang berlebihan boleh menyebabkan kembung perut. Dan ini boleh menyebabkan bayi terasa tidak selesa dan menyebabkan muntah atau muak. Setiap bayi selepas minum susu mestilah disendawakan untuk mengelakkan kembung perut.



- Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
- Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
- Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
- Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
- Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
- Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
- Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
- Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.


Bilakah bayi perlu disendawakan: 

1) Pada bila-bila masa selepas minum susu. Sebaik sahaja anda rasa anak bila sudah disusukan agak penuh, perlahan-lahan sendawa bayi. 

2)Jika anak anda mula kelihatan tidak selesa atau cerewet ketika penyusuan, berhenti seketika (kira-kira 10-20 minit). Kemudian, cuba untuk sendawa bayi. 

3)Jika anda menyusu menggunakan botol, sendawa bayi setiap 60-90ml Walaubagaimanapun, jika anak anda menyusu badan, sendawa bayi setiap kali bayi mengubah kedudukan atau beralih dari satu payudara ke payudara yang lain. 

4)Kadang-kadang anda boleh melihat jika bayi terjaga dalam tidur dan tidak selesa berkemungkinan anak anda kembung perut. Cuba sendawakan bayi supaya dia boleh menyambung tidur dengan selesa. 

5)Jika bayi minum tergesa-gesa. Tunggu sehingga dia perlahan menghisap, kemudian cuba sendawakan bayi. Selepas itu, anda mula kembali menyusukan bayi.

Set Berpantang Shaklee yang SUPERB

Assalamualaikum...

Best sangat ke SET BERPANTANG SHAKLEE ni sampai semua orang dok kata memang best?

Berpantang untuk anak kedua ni saya berpeluang menggunakan set berpantang shaklee. Memang terasa kelainan berpantang kali ini. Masa anak pertama saya berpantang dengan ubatan tradisional. Memang terasa badan kurang bermaya dan penat sedikit. Biasalahkan anak pertama mana tau lagi rasa bangun malam dua pat lima kali. heheh.

Apa yang best sangat dengan set berpantang shaklee ini sampai hati sudah jatuh cinta dengan produk Shaklee. 1st and the most important thing produk-produk Shaklee ini memang halal dan 2nd telah diuji secara klinikal. Vitamin-vitamin dalam set berpantang Shaklee membekalkan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan semasa tempoh berpantang. Sebagaimana yang anda telah tahu, semasa proses bersalin anda akan kehilangan banyak tenaga. Rehat yang secukupnya adalah sangat diperlukan untuk menggantikan tenaga yang telah hilang. Bagi yang bersalin secara pembedahan, penjagaan luka perlu dititikberatkan. 

Selain rehat yang secukupnya faktor pemakanan juga memainkan peranan penting semasa tempoh berpantang. Pengambilan makanan yang kaya khasiat pada minggu-minggu awal selepas bersalin penting untuk mengembalikan kecergasan diri dan menyembuhkan luka. Selain makanan, ibu dalam pantang turut disarankan agar minum banyak air bagi menggantikan cecair yang hilang dari tubuh dan membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi. 

Set Berpantang Shaklee 


Jom lihat fungsi setiap vitamin dalam Set Berpantang Shaklee:

Vitalea : Lengkap dengan zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. Ia juga berfungsi sebaga penambahan tenaga segera kepada ibu selepas berpantang.

B-Complex: Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Menukrkan makanan kepada tenaga, melawan tekanan, mencegah anemia. Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi meningkatkan penyerapan asid folik yang membantu dalam proses penyembuhan rahim.

Vitamin C sustain Release: Fungsi vitamin C adalah untuk membantu meningkatkan sistem imun badan serta memperbaiki simptom pendarahan. Vitamin C juga berperanan dalam membantu dalam penyembuhan luka semasa bersalin. 

Zinc Complex: Menghalang keguguran rambut, meningkatkan imunisasi badan serta membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrik : Mengurangkan simptom seperti kejang, kembung, kemurungan. Ostematrik juga berperanan membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan. 

ESP: membantu dalam mengoptimumkan penyerapan nutrien lain serta membekalkan tanaga berpanjagan kepada tubuh badan. Penting bagi ibu berpantang untuk memastikan badan dalam keadaan cergas. 

Untuk tambahan anda juga boleh mengambil Alfalfa complex untuk menambahan penghasilan susu serta GLA complex untuk memperbaiki horman selepas bersalin.


Kepada mommy-to-be selamat berpantang ya. Jaga kesihatan anda sebaiknya!! Berminat untuk mencuba SET BERPANTANG SHAKLEE ini jangan segan silu contact saya.

FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

**tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain**

Wednesday, March 26, 2014

Ibu mengandung berpuasa.

Asslamualaikum...

Adalah tidak mustahil bagi ibu mengandung & menyusu boleh berpuasa penuh. Namun ada segelintir Ibu mengandung dan menyusu mengalami simptom seperti perut berangin. Sememangnya sakit sangat bagi sesiapa yang telah merasainya.

Baiklah sedikit perkongsian daripada saya kerana saya juga mengalami simptom yang sama iaitu perut berangin ketika puasa. Hamil ketika berpuasa tidak memudaratkan ibu dan kandungan ya mommies! Keistimewaan buat ibu hamil, dapat berpuasa penuh =). Bagaimana ibu hamil dapat berpuasa dan bertenaga untuk melakukan ibadah lain. Berikut adalah tips-tips yang boleh anda praktikkan.

1. Niatkan dan berazam dengan penuh semangat untuk berpuasa penuh sebelum tibanya bulan Ramadhan. (mind set itu penting)
2. Pastikan makan tidak terlalu berlebihan dan memakan makanan yang pedas.
3. Pastikan jangan mengambil makanan berat ketika anda ingin masuk tidur, (2 jam sebelum masuk tidur tak yah dah makan berat k).
4. Bersahur
5. Lewatkan bersahur.
6. Elakkan makan makanan berangain (macam saya bersahur dengan roti membuatkan perut saya bertambah angin kus-kus).
7. Wajib makan kurma untuk menambah tenaga.

Alhamdulillah, hamil kali kedua saya dapat berpuasa penuh semasa Ramadhan lepas. Saya amalkan kesemua tips di atas dan cuma saya tambahkan  sedikit dengan pengambilan vitamin tambahan- Shaklee. Saya amalkan set ibu hamil serta ESP. 

ESP atau Energizing Soy Protien memiliki indeks glisemik yang rendah (39) berfungsi untuk memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke sisitem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini. 
Email: yantie3011@gmail.com Call/ Whatsapp: 0195590084 
FB: Noorizdayantie Samar Fpage: Mommy_Izzatie 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday, November 10, 2013

Vivix Tonik Ajaib?

Apakah itu VIVIX? 



Vivix merupakan suplement anti-penuaan terbaik di dunia selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular.

4 mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular.

1. kerosakan DNA - setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu typo (kesilapan dari asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

* ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2. Pengawalan Genetik - pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.

* Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3. Pengeluan tenaga yang kian menurun oleh sel-sel - Penjanaan tenaga di dalam sel menghasilkan tenaga yang diperlukan. apabila mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

* ramuan Vivix menggalakkan biogenesis mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.

4. Penimbunan protin AGE - penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel.

* Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protin AGE. 

Apakah Ramuan UTAMA VIVIX? 



Apakah manfaat RESVERATROL dalam kandungan VIVIX?


Kebaikan VIVIX pada tubuh badan.


Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.
Email: yantie3011@gmail.com Call/ Whatapps: 0195590084
FB: Noorizdayantie Samar Fpage: Mommy_Izzatie

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.