Saturday, December 1, 2012

Saya Dan Shaklee

Kenapa Shaklee??


Assalamualaikum... 

Kenapa saya memilih produk shaklee sebagai supplement saya? Semuanya bermula di sini..

Saya bukan penggemar ubat atau supplement ni sangat. Bagi saya cukup apa yang saya makan dan ambil setiap hari sudah memadai untuk keperluan mineral harian saya..(masa mula2 dulu ini lah prinsip saya)..Seawal 3 bulan pertama selepas melahirkan anak makan dan minum semua terjaga biasalah berpantang di rumah mak memang best!! eheh.. tambahan pula saya memang die hard core breast feeding mommies club, masuk bln ke 5, sarapan pagi dan makan tgh hari dah mula tak menentu. Makanan pulak semakin kurang bernutsiri walaupun masak sendiri (ada anak kecik yang rajin mengemas di dapur ni, mmg ikut dan je masak jenis2 lauk).. dan berterusan sehingga bulan ke 9.

Ya masa masuk bulan ke-9 saya sendiri rasakan badan terlalu lemah, selalu sakit belakang, muka pulak naik jerawat dan kusam, serta selalu jer nak pitam.. hohoho.. kandang-kadang moody tak tentu pasal (sebaik ada suami yang memahami) masa nilah baru terhegeh-hegeh nak cari supplement...(jangan jadi seperti saya). Bagi saya kesihatan lebih penting daripada wang ringgit. Yelah wang boleh dicari tapi kesihatan dan kesejahteraan keluarga, kita sendiri yang perlu jaga (kena beringat badan ni pinjaman sahaja).. So, kalau saya sakit, patahlah sayap kiri keluarga saya!!


Dah lama dok usha page kak laila berserta produk-produk rangkaian shaklee memang merangkumi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan. Dan produk ini merupakan vitamin tambahan so memang sah-sahlah vitamin yang kita ambik bukan sembarangan makanan. Tiga ciri-ciri shaklee menepati pilihan hati saya:
  1. produk halal.
  2. Berkesan & selamat (kebanyakkan sumber-sumber daripada tumbuhan)
  3. telah diuji secara klinikal serta diperakui.
Pengiraan saya senang shj, sebotol ubat shaklee boleh tahan sehingga 3 bulan. So sebulan harga sebotol jatuh dalam RM20++ lebih kurang wang yang suami keluarkan untuk makan dua orang di kedai fastfood. Maka takdelah rasa mahal sangat kan..kan..(psikologi diri sendiri) Pulak tu saya dapat kebaikkan daripada pengambilan vitamin ini. Bukan saya sahaja, anak pun dapat sekali =)!!
Setelah dua minggu consume shaklee (saya minum ESP) memang perubahan amat ketara, badan tak letih dah, muka tak kusam, yang paling best sekali susu bertambah pekat, anak cepat kenyang! so malam-malam cuma bangun 2-3 kali (dlu mau 5-6 kali) untuk menyusukan Izzatie =). Izzatie tido pun lebih lama.. Alhamdulillah.. Terima kasih kak laila di atas kesudian memperkenalkan produk yang bagus ini untuk saya.. Sudah tentu saya akan teruskan dengan shaklee..

No comments:

Post a Comment