Thursday, November 17, 2016

Hilangkan Jerawat Secara Berkesan

Jerawat adalah musuh yang paling utama bagi wanita. Kehadiran jerawat ini sedikit sebanyak akan mengganggu penampilan seseorang wanita dan juga merendahkan tahap keyakinan diri seseorang wanita.


Tapi tahu tak anda faktor-faktor yangmenyebabkan tumbuhnya jerawat di muka atau di anggota badan lain? Jom kenal pasti faktor penyebab jerawat


Faktor Penyebab JERAWAT 


1. Hormon

Perubahan hormon di dalam badan menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Kebiasaannya apabila ketidakstabilan hormon berlaku ketika waktu haid akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

2. Jenis Kulit

Jenis kulit juga antara penyumbang utama kepada jerawat. Kebiasaannya jenis kulit yang berminyak mudah untuk ditumbuhi jerawat. Jenis kulit ini akan menyumbng kepada peyumbatan liang pori-pori kulit dan seterusnya menghasilkan bintik-bintik hitam dan bintik putih disekitar wajah dan jika dibiarkan maka terjadinya jerawat.

3. Liang pori-pori yang besar

Liang pori-pori besar lebih mudah untuk terjadinya jerawat di sekitar muka dan wajah. Liang pori-pori yang besar jika tidak di basuh muka dengan bersih akan menyebabkan penyumbatan liang pori-pori. dan lama kelamaan akan terbntuk jerawat.

4. Tidak menjaga kebersihan kulit

Tidak menjaga kebersihan kulit juga adaah salah satu penyumbang kepada terjadinya jerawat. Seeloknya bersihkan muka dua hingga tiga kali dengan pencuci muka. Pastikan juga anda menggunakan toner dan pelembab muka yang sesuai bagi memastikan kulit muka sentiasa bersih dan bernafas. Kegagalan untuk membersihkan muka daripada kekotoraan dan juga kesan alat solek akan menyebabkan kulit mudah ditumbuhi jerawat.

5. Gaya hidup yang tdak sihat

Jika anda penggemar kepada makanan yang berminyak, makanan segera dan tidak mengamalkan gaya pemakanan seimbang, anda juga berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan bekalan nutrien yang secukupnya kepada tubuh badan. Pastikan juga ambilan air masak / air putih adalah secukupnya mengikut berat badan anda.

 6. Stress

Jika anda tergolong daam golongan yang sentiasa stress akibat tekanan kerja atau masalah, anda juga berpotensi untuk ditubuhi jerawat. Stress penyebab juga kepada perubahan horman dalam badan. Oleh itu tangangi stress anda sebaiknya serta lakukan aktiviti riadahdan bina jaringan sosial dengan baik.

7. Penggunaan make up

Salah satu penyumbang kepada pertumbuhan jerawat adalah disebabkan penggunaan make up yang tidak bersesuain dengan kulit atau tidak dibasuh dengan sempurna. Kegagalan anda membersihan muka daripada bahan make up ini akan menyebabkan ling pori-pori tersumbat dan lama-kelamaan akan menghasilkan jerawat.


Atasi Masalah Jerawat dengan SET KULIT SHAKLEE.

Terdapat beberapa Set Shaklee yang boleh diambil untuk menangani masalah kulit berjerawat ini. Ramai yang berpuas hati dengan penggunaan set kulit cantik Sahklee. Set Kulit Cantik ni menjaga kesihatan kulit dari dalam dan mengimbangi hormon dalam badan. 

 Set kulit Cantik Asas

Set kulit cantik asas sesuai bagi yang tidak mengalami masalah jerawat yang teruk. Ini juga berperanan untuk memudarkan kesan parut jerawat. 


 Set kulit cantik 

Set kulit Cantik ini sesuai untuk masalah jerawat yang banyak. Mengimbangan hormon dan memudarkankesan parut jerawat.

Kulit cantik dan mulus

bagi anda yang mempunyai masalh liang pori-pori besar, anda digalakkan untuk menadi konsumer Collogen Powder. Penggunaan yang konsistan bukan sahaja dapat membantu dalam mengecikan liang pori-pori malah dapat memudarkan parut-parut jerawat. 


Hubungi saya selaku pengedar sah Shaklee untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. 
Untuk mendapatkan lebih penjimatan jom sertai kami sebagai hli shaklee. 


Tips Buang Angin dalam badan




Masalah angin dalam badan bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa dan ia boleh berlaku pada setiap peringkat umur. Angin di dalam badan ini disebabkan sosiologi tubuh yang mana menunjukkan ketidakseimbangan berlaku di dalam tubuh badan.

Punca Angin dalam badan 

Masalah kembung perut atau angin dalam perut ini berpunca daripada sistem pembungan yang tidak baik. Sekiranya anda mempunyai masalah pembungan sehingga 2 - 3 hari sekali, ia menunjukkan sesuatu yang tidak normal. Pembungan yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat adalah 2 kali sehari. Jika masalah pembungan mengambil masa sehingga 2 - 3 hari sekali ia akan menyebabkan bahan bungan yang tersimpan di dalam perut menghasilkan gas justeru akan menyebabkan kembung perut atau perut berangin. 

Namun, jika angin dalam perut tetap berlaku bagi mereka yang tiada masalah pembungan, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu kembung di bahagian pusat ke atas dan di bahagian ari-ari. 

Untuk kembung perut di bahagian pusat ke atas ia disebabkan oleh angin gastrik atau perut masuk angin. Ini terjadi kerana perut dibiarkan kosong untuk tempoh tertentu dan waktu pemakanan yang tidak teratur. Pemgambilan makanan yang tidak teratur dan membiarkan perut kosong dalam waktu yang lama akan menyebabkan bahagian dalam perut luka dan bercalar. Jika ia berterusan ia akan menyebabkan kembung perut yang berpanjangan walaupun telah makan. 

Untuk angin perut yang berlaku di bawahpusat ia boleh dikaitkan dengan angin pasang dimana kegagalan injap di sempadan bahagian dalam hujung perut dengan usus kecil. 

Tips buang angin secara alami

Ada beberapa tips yang boleh di praktikan untuk membuang angin di dalam badan:

1. Minum air rebusan halia - rebus hirisan halia bersama air dan kemudian minum air tersebut. 

2. Makan hirisan bawang putih - bawang putih dihiris halus dan kemudian di makan secara mentah-mentah. 

3. Bawang putih bakar - Ambil dalam 5 ulas bawang putih dan dibakar (jangan sehingga hangus) kemudian di makan. 

4. Tungku - panaskan tungku untuk seketika kemudian tungku pada bahagian perut secara perlahan-perlahan.



Atasi masalah kembung perut dengan Pappermint Ginger Plus dan Garlic Complex

Bagi mereka yang tidak dapat mengamalkan tips di atas anda juga boleh mengambil Pappermint Ginger Plus dan Garlic Complex sebagai supplement anda. Kedua-dua supplement ini membantu dalam mengurangkan angin dalam badan dan menguatkan sistem penghadaman badan. 




  

Rujukan : Penulisan Dr. Rasid dan Nazar


Monday, September 19, 2016

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU
================================================

Vitamin C ni berbeza daripada vitamin-vitamin C di pasaran. Apakah perbezaan vitamin shaklee dengan vitamin C yang lain? Serius memang lain, hanya yang mengamalkan vitamin C ini sahaja yang dapat merasai kelainan ia. Vitamin C ini juga merupakan ubat demam, ubat selsema saya dan en suami.

Apa yang istimewa sangat dengan Vitamin C shaklee ini?

1. Vitamin C shaklee bersifat ‘sustained released’, iaitu dilepaskan secara berperingkat di dalam badan kita. Oleh itu, Vitamin C kekal lebih lama dalam badan kita.

2. Pengambilan 1 tablet setiap hari mampu membekalkan 500mg Vitamin C yang diperlukan oleh badan.

3. Mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak daripada kulit buah). Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita di samping dapat melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

4. Selain itu juga, pengambilan vitamin C secara konsistan dapat membantu dalam penghasilan collogen badan dengan lebih baik.

Untuk dapatkan harga promosi sepanjang september hubungi saya ya!


Beli 2 Botol Less 5%
Beli 6 Botol PERCUMA 1 Botol


Monday, June 13, 2016

Resepi Banana Milkshake

Disebabkan teringat-ingat rasa banana milkshake yang ada di Penang, maka terhasilah resepi Banana mealshake ala-ala Penang. Sangat senang dan mudah malah berkhasiat juga. Boleh juga dijadikan sajian berbuka puasa nanti. 

Bagi yang masih mencari menu untuk berbuka nanti jom cuba buat Banana Mealshake Shaklee yang berkhasiat ini untuk keluarga. 



Bahan-bahan
1. Sebiji Pisang madu 
2. 1cawan Susu fresh milk 
3. 2 sudu besar Mealshake Shaklee
4. Beberapa ketul ais

Cara-cara
1. Potong pisang supaya senang untuk diblend nanti
2. masukkan pisang, susu, mealshake dan ais ke dalam blender. Blend sehingga hancur dan sebati. 
3. Tuang ke dalam cawan dan boeh diminum.

tempoh penyediaan 5 minit. Untuk secawan banana milkshake 

Seeloknya lepas blend terus minum memang rasa kenyang, dan sedap sangat!! Selamat mencuba. 
















Mealshakes bukan sahaja bagus untuk orang dewasa malah ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang selera makan atau makan memilih. Ingin dapatkan Mealshake secara atas talian? Klik link di bawah 


Sila hubungi saya untuk konsultasi secara percuma!

Saturday, April 23, 2016

Apakah Itu Penyakit G6PD?

Assalamualaikum Pembaca yang dihormati.



Anak anda salah seorang penghidap G6PD?? Bagi ibu muda perkataan G6PD adalah amat asing sekali. Lagi-lagi bila perkataan ini jarang sangat disebut-sebutkan oleh orang-orang tua kita bukan. Tambahan pula apabila tiada seorang pun ahli keluarga yang munjukkan simptom-simptom ini. Bila pertama sekali dikhabarkan dengan penyakit ini korang perlulah banyak-banyak bertenang ya!

(Pengalaman bersalin saya yang lepas apabila anak ditahan di wad dan disahkan penghidap G6PD sememangnya saya menangis terlebih. Sokongan suami,keluarga penguat semangat saya ketika itu- tapi bila teringat balik rasa nak gelak pun ada sebab mula-mula fikir G6PD  ini penyakit kekurangan kanser darah)


APAKAH ITU KEKURANGAN ENZIM G6PD????

Ringkasannya G6PD ini merupakan satu penyakit keturunan dimana gen-gen yang diperoleh daripada ibu atau bapa yang juga pembawa G6PD. Di dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada ia pecah dan enzim ini dikenali sebagai enzim Glucose-6-phospate dehydrogenase (G6PD).

Bagi penghidap penyakit kekurangan enzim G6PD ini, apabila mereka terdedah kepada bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu (juga makanan yang perlu dipantang) sel darah merah mereka tidak mampu menahan stress daripada alahan tau jankitan dan menyebabkan sel darah merah pecah. Jika simptom alahan teruk seperti muka pucat, air kencing bewarna pekat, mudah letih dan kerap pengsan tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut!!

Bagi kes-kes yang teruk untuk penyakit G6PD penukaran darah perlu dilakukan seberapa segera. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan juga untuk mengetahui jenis darah anak-anak yang mengidap G6PD.


Bagaimana untuk menjaga anak-anak yang mmpunyai kekurangan G6PD?


Bagi ibu-ibu yang bekerja, anda sangat-sangat dinasihatkan untu menyediakan tag kecil dan diberikan kepada pihak Taska atau penjaga supaya mereka sangat prihatin akan alahan anak-anak anda. Terangkan kepada mereka jenis-jenis ubat-ubatan atau bahan kimia dan juga makanan yang perlu dijauhkan dari anak-anak G6PD. Tag kecil ini boleh digantung di beg-beg anak-anak atau serahkan sendiri kepada penjaga untuk mereka membaca dengan teliti alahan anak-anak anda.

sumber: group G6PD Malaysia

bagi ibu-ibu yang tidak bekerja, macam saya, pastikan kesemua bahan kimia yang ada dirumah perlu disimpan dengan elok dan tidak terdedah kepada anak. Bahan-bahan alahan seperti ubat gegat, nila sebolehnya tidak perlu disimpan dirumah (erti kata lain tak perlulah beli heheh).

sepanjang menjaga nak kedua yang juga penghidap G6PD, ia bukanlah suatu yang sukar. Alhamdulillah anak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan cergas Untuk meningkatkan antibodi anak ini saya bekalkan denga vitamin C chewable dan Nutriferon. Oleh itu saya tidak bergantung kepada ubat selsema atau antibiotik. (ubat selsema juga perlu dipantau ya beritahu doktor anak penghidap G6PD dan untuk nak di bawah setahun juga sangat tidak digalakkan untuk mengabil ubat selsema ni)

Saturday, February 6, 2016

Bahaya Antibiotik kepada Kanak-Kanak



Antibiotik sememangnya bukan sesuatu yang asing di kalangan masyarakat Malaysia. Kadang kala mind set kita sendiri menyatakan antibiotik perlu diambil ketika dijangkiti penyakit. Ada juga sesetengah ibu bapa sehingga meminta anak mereka diberikan antibiotik ketika sakit. 

Benar fungsi Antibiotik ini adalah untuk melawan penyakit diambil atas nasihat dan mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor. Jika doktor mengatakan ia perlu dihabiskan dalam masa 5 hari maka PERLU dan WAJIB kita habiskan dalam tempoh tersebut. Bukan tiga hari setelah sembuh dari penyakit, baki antibiotik tadi juga kita tinggalkan sahaja dan tidak dihabiskan.


Sebenarnya antibiotik adalah berbahaya untuk kanak-kanak jika ia tidak diambil seperti yang dicadangkan oleh doktor. Ini kerana penggunaan antibiotik secara sembarangan akan menyebabkan bakteria yang tidak dirawat dengan sempurana ini lali dan kebal terhadap antibiotik yang diberi. hal ini menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria ini lebih sukar dirawat dan mewujudkan antibiotic resistance (istilah yang digunakan bagi bakteria yang lali dan kebal terhadap antibiotik). Justeru antibiotik yang lebih tinggi dosnya diperlukan untuk merawat penyakit ini. 

Jika kita memberi antibiotik ini kepada anak kita dan tidak mengikut jadual dengan betul kebarangkalian untuk anak ini demam lagi adalah lebih tinggi dan antibiotik yang diberikan sebelumnya adalah tidak berkesan kepada anak ini. Malah lebih memburukkan keadaaan lagi apabila bakteria yang lali dan kebal  ini disebarkan pula kepada orang lain.

Hal ini mewujudkan satu keadaan di mana antibiotik tidak  lagi dapat berkesan terhadap bakteria tersebut. 

Malah menurut doktor yang berpengalaman, terdapat pesakit yang dimasukkan ke ICU kerana demam tinggi dan tiada ubat antibiotik yang sesuai diberikan disebabkan oleh bakteria yang lali dan kebal ini. 

Ibu bapa juga perlu prihatin dalam pemberian ubat antibiotik kepada anak-anak, Jangan berkongsi ubat antibiotik dengan anak-anak yang lain. Jika terdapat saki-baki ubat antibiotik yang masih ada di rumah buangkan sahaja (jangan kata sayang atau membazir). Berkemungkinan antibiotik yang sama tidak sesuai digunakan untuk anak yang berlainan. Bahaya ya! ingat antibiotik ini juga dihasilkan dengan menggunakan bakteria yang bertujuan untuk membunuh bakteria dalam badan pesakit. 


 Jika anak-anak kecil ini demam, seeloknya ibu bapa boleh mengawal suhu anak ini dengan cara-cara di bawah:

1. Berikan paracetamol yang disyorkan oleh doktor
2. perbanyakkan meminum air masak
3. lakukan kaedah sponge kepada anak 
4. Monitor suhu anak (jangan melebihi 40 celcius bahaya boleh menyebabkan sawan dan tarik)
5. Cepat bawa berjumpa doktor sekiranya suhu melebihi 40 celcius.

Alternatif lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan NUTRIFERON kepada anak-anak. Nutriferon ini merupakan  satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga sunflower. Sebatian ini dapat mengaktifkn interferon yang terdapat di dalam badan kita untuk melawan bakteria-bakteria jahat ini. Ia juga merupakan perisai hebat untuk tubuh badan. 



Jadilah ibu bapa yang bijak dalam memberikan yang terbaik untuk-anak. Jangan bahayakan kesihatan anak-anak disebabkan oleh kesalahan fahaman kita. Ikut dan patuhi arahan doktor ya selepas ini. 


 Pembelian secara talian klik link di bawah



Selepas membuat pembelian sila hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan yang betul. 

Untuk membuat pembelian secara manual hubungi saya ya. PROMOSI Nutriferon pada bulan Februari 2016. Jangan lepaskan peluang untuk menyimpan sekotak dirumah!



Rujukan
http://drzubaidi.com/blog/antibiotik-bukan-ubat-wajib-bagi-demam-dan-selsema-untuk-bayi-dan-kanak-kanak/

http://drzubaidi.com/blog/kurangkan-penggunaan-antibiotik-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak/

http://www.doktorbudak.com/2014/02/22/ubat-batuk-selsema-tidak-sesuai-untuk-kanak-kanak-bawah-2-tahun/


Sunday, January 31, 2016

RAMBUT BERUBAN : Faktor Tua atau Penyakit?

Bila berkata tentang uban, gambaran pertama adalah tentang rambut yang bewarna putih. Rambut beruban bukan sahaja boleh terjadi kepada orang yang telah berusia namun ia juga boleh terjadi di usia remaja! Betul ke?



Rambut umpana mahkota bagi wanita khususnya dan juga penampilan yang bergaya bagi seorang lelaki, Namun, apabila rambut ditutupi dengan warna putih sedikit sebanyak ia akan dikaitkan dengan istilah TUA. Rambut yang beruban dikalangan usia remaja bukanlh menunjukkan remaja itu tua tetapi terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada rambut beruban.

Jom semak dan selidik ada tak faktor-faktor ini terdapat pada korang!

(Melanin = pigmen pewarna rambut yang terdapat di dalam tubuh badan kita.)

1. Penyakit tiroid
Penghidap penyakit tiroid yang kurang atau terlalu aktif mempunyai masalah gangguan dalam penghasilan melanin.

2. Masalah genetik atau keturunan
Kebiasaannya jika ibu atau bapa atau orang yang terdekat dengan anda (nenek atau atuk, pakcik, makcik dll) mempunyai masalah ditumbuhi uban di awal remaja, berkemungkinan besar juga anda berpotensi untuk mempunyai uban di awal usia disebabkan faktor genetik atau keturunan ini.

3. Kekurangan zat besi dan Vitamin B12
Kekurangan kedua-dua vitmin ini dalam diet seharian anda boleh mengganggu pertumbuhan rambut sihat. Oleh itu amat disarankan untuk mengambil diet yang seimbang dan pastikan kedua-dua jenis viamin ini ada di dalam diet anda ya!

4. Kekurangan Vitamin E dan Vitamin C
Sekiranya badan anda juga mengalami kekurangan Vitamin E dan C, peratusan untuk pertumbuhan uban juga tinggi kerana kekurangan vitamin E dan C mengakibatkan sel-sel yang berfungsi untuk menghasilkan melanin juga berkurangan.

5. Kekurangan asid folik
kekurangan asid folik di dalam badan bukan sahaja melambatkan pertumbuhan rambut malah ia juga salah satu penyebab kepada rambut beruban.

6. Merokok
Merokok akan menyebabkan radikal bebas terhasil di dalam badan. Radikal bebas ini akan menyebabkan gangguan terhadap penghasilan melanin. Kebiasaannya akan terjadi dengan lebih cepat di usia pertengahan (40an dan keatas).

7. Nutrisi yang tidak seimbang
Pengambin nutrisi yang tidak seimbang dalam diet harian juga penyebab dan faktor utama kepada pertumbuhan uban di awal usia. Contohnya pengambilan makanan segera, junk food, dan lain-lain menyebabkan penghasilan melanin terbantut.



"nutrisi yang tidak seimbang bukan hanya menyebabkan uban tetapi juga mengganggu kesihatan rambut secara umum" - Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu

Tambahan lagi Dr Guru juga menyatakan pengambilan gizi yang cukup juga tidak menjadi, jika terdapat gangguan fisiologi yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik. Bagi melambatkan pertumbuhn uban Dr. Guru menyarakan agar korang mengambil makanan seimbang dan menjalankan aktiviti senaman. 

(sumber: Utusan Malaysia)

Bagaimana  produk SHAKLEE dapat membuantu?

Oleh itu untuk mengatasi masalah rambut beruban dan gugur dengan supplement shaklee, amat saya sarankan untuk korang mengkonsumi Vitamin B complex, Zinc complex,Vitalea dan ESP. 


Namun bagi yang mempunyai bajet yang lebih sedikit pengambilan Vivix dan Vitalea sangat bagus untuk pertumbuhan rambut yang sihat!.

Vivix membantu pembaharuan DNA di peringkat selular, manakala Vitalea dapat membekalkan vitamin B12 dan zat besi untuk keperluan setiap hari.

Cubalah!

Untuk sebarang pertanyaan dan beliaan contact saya ya!