Sunday, January 31, 2016

RAMBUT BERUBAN : Faktor Tua atau Penyakit?

Bila berkata tentang uban, gambaran pertama adalah tentang rambut yang bewarna putih. Rambut beruban bukan sahaja boleh terjadi kepada orang yang telah berusia namun ia juga boleh terjadi di usia remaja! Betul ke?



Rambut umpana mahkota bagi wanita khususnya dan juga penampilan yang bergaya bagi seorang lelaki, Namun, apabila rambut ditutupi dengan warna putih sedikit sebanyak ia akan dikaitkan dengan istilah TUA. Rambut yang beruban dikalangan usia remaja bukanlh menunjukkan remaja itu tua tetapi terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada rambut beruban.

Jom semak dan selidik ada tak faktor-faktor ini terdapat pada korang!

(Melanin = pigmen pewarna rambut yang terdapat di dalam tubuh badan kita.)

1. Penyakit tiroid
Penghidap penyakit tiroid yang kurang atau terlalu aktif mempunyai masalah gangguan dalam penghasilan melanin.

2. Masalah genetik atau keturunan
Kebiasaannya jika ibu atau bapa atau orang yang terdekat dengan anda (nenek atau atuk, pakcik, makcik dll) mempunyai masalah ditumbuhi uban di awal remaja, berkemungkinan besar juga anda berpotensi untuk mempunyai uban di awal usia disebabkan faktor genetik atau keturunan ini.

3. Kekurangan zat besi dan Vitamin B12
Kekurangan kedua-dua vitmin ini dalam diet seharian anda boleh mengganggu pertumbuhan rambut sihat. Oleh itu amat disarankan untuk mengambil diet yang seimbang dan pastikan kedua-dua jenis viamin ini ada di dalam diet anda ya!

4. Kekurangan Vitamin E dan Vitamin C
Sekiranya badan anda juga mengalami kekurangan Vitamin E dan C, peratusan untuk pertumbuhan uban juga tinggi kerana kekurangan vitamin E dan C mengakibatkan sel-sel yang berfungsi untuk menghasilkan melanin juga berkurangan.

5. Kekurangan asid folik
kekurangan asid folik di dalam badan bukan sahaja melambatkan pertumbuhan rambut malah ia juga salah satu penyebab kepada rambut beruban.

6. Merokok
Merokok akan menyebabkan radikal bebas terhasil di dalam badan. Radikal bebas ini akan menyebabkan gangguan terhadap penghasilan melanin. Kebiasaannya akan terjadi dengan lebih cepat di usia pertengahan (40an dan keatas).

7. Nutrisi yang tidak seimbang
Pengambin nutrisi yang tidak seimbang dalam diet harian juga penyebab dan faktor utama kepada pertumbuhan uban di awal usia. Contohnya pengambilan makanan segera, junk food, dan lain-lain menyebabkan penghasilan melanin terbantut.



"nutrisi yang tidak seimbang bukan hanya menyebabkan uban tetapi juga mengganggu kesihatan rambut secara umum" - Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu

Tambahan lagi Dr Guru juga menyatakan pengambilan gizi yang cukup juga tidak menjadi, jika terdapat gangguan fisiologi yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik. Bagi melambatkan pertumbuhn uban Dr. Guru menyarakan agar korang mengambil makanan seimbang dan menjalankan aktiviti senaman. 

(sumber: Utusan Malaysia)

Bagaimana  produk SHAKLEE dapat membuantu?

Oleh itu untuk mengatasi masalah rambut beruban dan gugur dengan supplement shaklee, amat saya sarankan untuk korang mengkonsumi Vitamin B complex, Zinc complex,Vitalea dan ESP. 


Namun bagi yang mempunyai bajet yang lebih sedikit pengambilan Vivix dan Vitalea sangat bagus untuk pertumbuhan rambut yang sihat!.

Vivix membantu pembaharuan DNA di peringkat selular, manakala Vitalea dapat membekalkan vitamin B12 dan zat besi untuk keperluan setiap hari.

Cubalah!

Untuk sebarang pertanyaan dan beliaan contact saya ya!


Monday, December 21, 2015

Makanan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu



Menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan adalah dambaan bagi setiap wanita yang bergelar ibu. Syabas dan tahniah kepada kamu wanita-wanita hebat! Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, jangan sesekali berputus asa. Yakin anda juga mampu lakukan seperti wanita-wanita hebat ini kerana nada juga wanita hebat!


Alhamdulillah kedua-dua anak saya mendapat penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan. Namun untuk anak pertama saya hanya berjaya menyusukan selama 1 tahun 3 bulan (di atas faktor kesihatan), dan untuk anak kedua selama 2 tahun dan masih lagi menyusu sehingga kini. 

Bagi ibu-ibu yang menyusu, anda perlu tahu tau beberapa makanan yang mampu mempengaruhi penghasilan susu ibu. Cara pemakanan ini perlu dielakkan kerana ia menebabkan pengahsilan susu ibu berkurang. 

1. Pemakanan yang tidak seimbang

Dilema bagi ibu-ibu yang baru sahaja lepas melahirkan anak adalah BERAT BADAN. Ibu-ibu pasti dan sangat risaukan jika berat badan masih tidak turun ke berat badan yang ideal. Maka jalan pintas ibu tidak mengamalkan pemakanan mengikut piramad makanan yang dicadangkan serta melakukan diet secara mengejut! Cara pemakanan ini bukan sahaja menyebabkan pengurangan susu ibu juga menyebabkan ibu kurang bertenaga. 

2. Dehidrasi 

Air adalah elemen yang sangat penting dalam memastikan penghasilan susu ibu berjalan lancar. Bagi ibu-ibu yang kurang meminum air akan menyebabkan dihidrasi berlaku pada badan. Ini akan menjejaskan kuantiti susu yang dihasilkan menurun. Oleh itu ibu yang menyusukan anak ini disarankan untuk mengambil air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

3. Kafein 

Kafien ini biasanya terdapat pada minuman seperti soda, kopi, teh dan coklat. Minuman ini boleh diambil tetapi dalam kuntiti yang sedikit atau sederhana. Lebihan minuman yang berkafien ini juga akan mengganggu penghasilan susu ibu. 

4. Parsli

Parsli sememagnya sedap jika ditambah dalam masakan, namun begitu pengambilan parsli (sebagai bahan utama masakan) yang bersifat diuretik akan menyebabkan penurunan kuantiti susu yang dihasilkan. 

5. Peppermint dan spearmint

Makanan yang mengandungi peppermint dan spearmint juga turut memberi kesan pengurangan penghasilan. Oleh itu, ibu-ibu perlu elakkan tau minuman teh, gula-gula atau aiskrim yang mengandungi bahan ini. 

6. Sage dan oregano

Pasta dan makanan italian kebiasaanya mempunyai kedua-dua bahan ini. Bahan ini juga mempengaruhi penghasilan susu ibu terutama sage yang dikenali sebagai bahan yang efektif bagi mengawal penghasilan susu ibu yang terlalu banyak. 

7. Ubat-ubatan

pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi antihistamin, decongestants dan diuretics dapat mengurangkan penghasilan susu. kebiasaannya bahan-bahan ini terdapat di dalam ubat selsema, ubat tahan sakit dan pil kurus. 

8. Pil pencegah kehamilan. 

Sebelum ibu-ibu ingin mengambil sebarang pil pencegah kehamilan, seeloknya dapatkan nasihat dan cadangan daripada doktor atau nurse ya. Pl pencegah kehamilan yang mengandungi tinggi hormon estrogen akan memberikan kesan negatif kepada penghasilan susu ibu. Seeloknya pilih pil yang mengandungi hormon progesteron sahaja. 

9. Alkohol

Bagi agama islam, minuman yang mengandungi alkohol adalah haram. Alkohol mampu mempengaruhi tekstur rasa susu yang dihasilkan dan menyebabkan bayi tidak menyusu. Jika tiada faktor demand, lama-kelamaan penghasilan susu merundum. 

10. Durian

Rugi sangat bagi yang tidak menggemari Raja buah ini. Serius saya juga tidak tahan dengan godaan dari Raja buah ini. Namun, ibu menyusu perlu beringat ya, pengambilan durian ini tidak menyebabkan susu merundum tetapi ia akan mempengaruhi bau susu yang dihasilkan. Susu yang berbau menyebabkan bayi kurang mnyusu dan demand daripada anak berkurang!

11. Minuman berais

Tiada kajian saintifik tentang meminum minuman berais ini. Tapi ini bukan lesen ibu untuk meminum ais ya! Menurut orang yang berpengalaman, minumam berais akan membantutkan pengeluaran susu. 

12. Buah-buah sitrus 

Menurut Ebeth Johnson melalui buku Breastfeeding chef, buah-buah sitrus juga dikenali sebagai laktogenik atau bahan-bahan yang akan mengurangkan penghasilan susu ibu! 




Thursday, December 17, 2015

Set Penuyusuan Shaklee untuk anak G6PD



Ini pengalaman saya sendiri.

Apabila mengetahui anak menghidap G6PD pada mulanya semua benda saya takut untuk makan. Takut nanti akan memberi kesan kepada anak. Target saya semasa mengandungkan anak kedua penyusuan selama 2 tahun (masa anak pertama hanya berjaya selama 1 tahun 3 bulan sahaja). Dan Alhamdulillah saya berjaya dengan set penyusuan Shaklee. Anak juga tidak menunjukkan kesan-kesan alahan sepanjang tempoh penyusuan dengan susu ibu. 

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak G6PD perkara utama sekali perlu tahu jenis makanan apa yang perlu dielakkan atau berpantang sepanjang tempoh penyusuan dan tempoh pemberian makanan kepada anak ya. Makan mengikut keperluan badan dan jangan terlalu berdiet untuk menguruskan badan (menyusukan anak juga boleh menghilangkan kalori dalam badan ibu tau). 

Untuk penyusuan dengan set shaklee saya hanya tidak mengambil Alfalfa. Dan set penyusuan shaklee ini sangat membantu sepanjang tempoh penyusuan. Namun, perlu juga di ingatkan disini penghasilan susu yang banyak dipengaruhi oleh 'supply and demand'. Rajin-rajinkan pengepaman walaupun anda seorang suri rumah. konsisten dalam pengambilan supplement juga perlu. Dan yang paling penting ibu-ibu yang menyusu perlu mengambil 3 liter atau lebih air sehari. Ini peting ya!! (bagi ibu yang dalam berpantang boleh juga ambil 3 liter sehari cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 

Makanan tambahan ini berfungsi untuk membekalkan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan leh badan. Ya ini memang saya akui semasa pantang sememangnya makanan perlu dijaga dan kadang-kadang kita terlepas pandang pada nutrisi-nutrisi penting ini. 




Nota kaki: untuk anak G6PD alfalfa complex tidak perlu diambil ya!

untuk pembelian terus klik link di bawah ini




5 Faktor yang menyebabkan anak sembelit



Sembelit sering terjadi dikalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai pola pemkananan yang tidak seimbang. Golongan ini disarankan untuk meningkatkan pengambilan serat serta kandungan cecair yang lebih dalam badan. 

Bagaimana ingin mengetahui anak mengalami sembelit? Perhatikan jika anak anda sering meneran dengan kuat semasa membuang air besar serta najis yang keluar adalah keras dan berketul-ketul, berkemungkinan anak anda mengalami sembelit.

5 faktor yang menyebabkan anak sembelit


Lubang najis
Bagi anak yang baru lahir, sembelit boleh berlaku jika lubang najisnya mempunyai masalah. Dapatkan pemeriksaan doktor dan tentukan lubang najis anak tidak sempit. 

Ibu yang mentusukan anak
Biasanya bayi yang diberi susu ibu tidak akan mengalami sembelit. Namun ia boleh berlaku berpunca daripada pemakanan yang diambil oleh ibu. Oleh itu pastikan ibu mengambil makanan  yang berkhasiat semasa tempoh penyusuan. 

Susu tepung
Anak yang diberikan susu tepung atau formula mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat sembelit. Ini kerana sistem penghadaman bayi (terutamnya) kurang efisyen untuk mengahadamkan susu formula. Juga terdapat bahan-bahan tambahan yang menjadi punca terjadinya sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak. 

Oleh itu ibu perlu pastikan pemilihan susu tepung yang sesuai dan serasi dengan anak supaya dapat mengelakkan sembelit berlaku. 

Junk- Food
Antara bahan makanan yang menyumbang kepada sembelit adalah seperti gula pasir, roti putih (yang menggunakan tepung gandum yang telah diproses), lemak tepu dan junk food juga menyumbang kepada berlakunya sembelit. 

bahan-bahan junk food ini memerlukan lebih banyak zat-zat galian dan pelbagai multivitamin dalam badan untuk penghadaman. Selain itu junk food juga memerlukn lebih banyak merosakkan keberkesanan zat-zat dan vitamin-vitamin yang ada dalam badan. Jika pengambilan junk food diambil secara belebihan, proses penghadaman tidak akan disempurnakan dan mengakibatkan sembelit. 

Junk food ini diperbuat dengan bahan-bahan yang tidak mengandungi sabut atau 'roughage' seperti yang terdapat kebiasaanya pada sayuran hijau. Jika bahan 'roughage' ini tiada atau berkuragan, najis yang terhasil dari proses penghadaman tidak mampu untuk menyerap air. Akibatnya, najis akan mengeras dan beketul-ketul!

Takut buang air besar
Anak yang memgalami kesakitan dari sembelit ini kebiasaanya merasa takut untuk untuk membunag air besar dan menags setiap kali di bawa ke tandas. Oleh itu kebarangkalian anak ini akan menahan dn tidak mahu membuang air besar.   



 

Tuesday, December 15, 2015

Ketahui Punca Haid Lambat atau Tidak Teratur




Haid lambat? Bagi individu yang sudah berumah tangga pasti banyak andaian dan tekaan tentang kehamilan bermain di minda. Namun apabila ujian kehamilan dilakukan, tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan berlaku. Jom kenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan haid.


TEKANAN PERASAAN
Tekanan perasaan seperti stress, kesedihan, kemurungan juga menyebabkan haid lewat. Oleh itu, anda yang mempunyai pekerjaan atau suri rumah juga cuba tangani tekanan perasaan yang dialami. 


DIET YANG KETAT
Selain tekanan perasaan, diet yang ketat juga mempengaruhi ketidakstabilan haid anda. Pengurangan mengambil makanan yang seimbang menyebabkan sesetengah khasiat penting untuk tubuh badan tidak diperoleh dan menjejaskan keseimbangan hormon. 


TERLALU AKTIF
Jika anda seorang atlet, atau seorang yang terlalu aktif juga akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. hal ini kerana anda mungkin terlalu lasak bersukan dan menggunkan kekuatan atau tenaga hingga ke peringkat maksimum.


MENGHAMPIRI MENOPAUS
Menopaus atau putus haid ini boleh berlaku pada wanita yang sudah memasuki usia 50-an. Jadi bagi golongan wanita ini disarankan untuk menyediakan kekutan mental serta sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan gangguan emosi apabila ketidakstabilan hormon berlaku. 

Bagi anda yang mengalami masalah ketidakstabilan hormon dan ingin menggunakan produk shaklee, saya sarakan anda untuk mengkonsumi GLA complex. 

Hubungi saya untuk keterangan lanjut!


Monday, November 2, 2015

Inner Neck Berdagu yang sangat awesome

Assalamaualaikum moomies!!!

Entry kali ini akak (kena mengaku tua sebab dah masuk 3 siri dah huhu, tapi hati maintain muda remaja ok) nak kongsikan keistimewaan inner neck dan juga inner daripada Anizon ni. Kenapa akak pilih inner Anizon? Dah tak jual Shaklee ke? Err dik masih jual Shaklee lagi akak ni. Ramai yang dok tanya inner ini pada akak, so akak pun join as agent Anizon jugak. hehe


Pencarian inner bermula pada tahun lepas. agak banyak juga inner yang akk beli (dari yang murah sehinggalah yang mahal sikit, last-last akak simpan dok peram dalam laci baju). Geram jugk beli tapi tak pakai sebab muka akak korang ni booolat bam..bam.. walaupun tuan badan tak sebulat pipi(perasan terlebih ni). kalau pakai shawls tu memang nampak macam besar tang pipi. Teringin jugakkan nak gayakan shawl yang comel-comel kat pasaran. Pasrah jelah.

Then punyalah google, cari kat instagram terjumpalah pasal Anizon inner neck ini. Macam best je, tapi harga memang agak mahal sikit. dengan semangat dan azam nak try pakai shawl belilah 3 helai terus. Tamak tak akak korang ni. ok bila sampai parcel terus pakai. memang tip top best sangat! tak rugi beli 3 sekaligus. Material cotton tebal tak buatkan kita rasa panas bila dipakai. lagi pula muka akak korang yang bam..bam bolat ini tertutup juga. Marvelous kau jah! hahah.

Then lama-lama orang dok tanya beli kat mana akak korang secara rasminya menjadi agen Anizon. So siapa-siapa yang teringin nak pakai inner Anizon yang best boleh juga PM akak ok. Lagi satu untuk mommie yang punya nak kecil yang suka tarik-tarik tudung tu dan nak bergaya dengan shawl, inner ini sangat recommended!!

detail inner
Anizon Inner neck
Harga: 1 Pcs RM37 tak termasuk postage
buy more and get more discount!




dan ada juga inner pendek dan bertali untuk memudahkan dan menambahkan keselesaan pada pemakai.

Detail Anizon Inner
harga : RM29 tidak termasuk postage
pendek dan bertali
untuk tempahan Whatsapp +60195590084


Monday, October 5, 2015

PROMOSI OKTOBER SHAKLEE 2015



Promosi Oktober 2015
===================
1. VITAMIN E
.
Belum pernah ada promosi yang ni.
Beli 1 PERCUMA 1!!!
.
Vitamin E pulak tu!
Aih...
Rugi kalau tak gunakan peluang promosi hebat ni.
.
.
Sesuai untuk
.mak2
.apak2
.adik2 manis .isteri2 yang nak mantopkan diri depan suami...
.suami2 yang kepinginkan cahaya mata💪💪💪
.
.
Senang cerita, sesuai untuk semua golongan kecuali anak2 kecil...smile emoticon
.
2. VITALEA KIDS
.
Anak2 pulak mak boleh belikan vitalea kids yang super sedap tu.
Perisa anggur!
Manis2 buah tapi dijamin tidak merosakkan gigi.👍👍
.
3. GLA .
Yang sering masalah senggugut, yang nak hamil, yang hormon ting tong, yang nak menopause tu mesti ada ni dalam handbag.
Wajib!!!
.
4. OMEGA GUARD
.
Ibu hamil,.
Jangan culas ambil ni.
Nak baby yang bijak2 kan? Haaa...
Minyak ikan yang ditapis sempurna ni memang sangat bagus untuk perkembangan otak baby tau.
Mesti ambik...smile emoticon
.
Mak2 yang ada anak2 pulak boleh bagi kat anak2...
Untuk perkembangan otak yang sihat...
Anak bijak, mak pak pasti bahagia...
InshaAllah 
.
.
Usah dilepaskan peluang keemasan ini yaaa...
.