Wednesday, February 11, 2015

Konsisten dalam pengambilan supplement, PERLUKAH?

Assalamualaikum...


Ada yang bertanya, mengapa perlu konsisten dalam pengambilan supplement? senang ja ia ibarat mengapa kita perlu konsisten letakkan baja pada pokok jika ingin hasilkan buah sedap ranum dan berkualiti. Tak kisahlah apa pun jenis supplement yang kita ambil konsisten itu perlu!! Bukan untuk menguntungkan mana-mana pihak. Tapi untuk kebaikkan diri kita sendiri.

Begitu juga jika kita melakukan amalan baik. Contoh amalan-amalan sunat seperti solat duha, tahajud, istikharah. Amalan-amalan ini perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil dan perubahan dalam diri ke arah kebaikkan. Tak bolehlah jika kita hanya melakukan sehari kemudian kata tidak ada effect pun. Jangan menyombong diri dengan Pencipta mu. Mintalah sebanyak mana yang kamu inginkan. Jadikan mereka yang telah berjaya mendapat ganjaran dan hasil dari kerajinan mereka  meminta dengan Pencipta. 

Back to the topic, .. Kadang kala kesan supplement ke atas seseorang individu tidak sama. Ada yang cepat dan ada pula yang lambat. Bergantung kepada sistem badan seseorang dan jenis penyakit yang dihidapi. Jangan nanti pula kata "ala saya makan sehari tak rasa apa-apa pun." Ada yang sehingga 3 botol baru nampak kesan tau. Dan jangan terkejut jika saya katakan ada yang sehingga beberapa bulan penggunaan baru bebas dari masalah yang beliau hadapi. So apalah sangat kalau makan baru cuma 1 biji atau sebotol kan. Oleh itu untuk pengguna Shaklee saya sarankan penggunaan yang konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan.

Susah nak ambil secara konsisten setiap hari?

Saya juga pengamal shaklee tegar, seawal waktu pengambilan memang agak sukar untuk dilakukan secara konsisten. Perkataan yang pertama adalah LUPA. "Lupa lah nak telan ni, lupalah nak telan tu." so kesudahannya jangan berharap untuk lihat kesan shaklee seawal mungkin terhadap diri. Padan muka saya. So apa yang saya buat, saya switch cara untuk pemakanan vitamin ni. Pertama sekali set target :

Kenapa saya perlukan supplement?
1. Katakan pada diri ingin sihat untuk menjaga keluarga. 
2. Kuatkan azam nak berikan yang terbaik untuk keluarga dan anak (menyusukan anak, menjaga anak, menjaga rumah tangga dll).
3. Ingin cantik sentiasa untuk suami tercinta.

Tips saya 
1. letakkan segala supplement yang perlu dimakan ditempat yang berdekatan dengan tempat air. Tak kisahlah atas meja or almari atau dimana-mana sahaja tapi perlu pastikan suhu yang bersesuaian untuk vitamin ya. Jangan diletakkan berdekatan dapur. Sia-sia korang beli mahal-mahal tau.

2. letakkan vitamin-vitamin ini dalam pill box yang comel serta cantik. Kenapa perlu cantik? yang ni ikut persepsi sendiri. Saya suka membelek benda-benda yang cantik dan comel. hahah. suka hati saya lah kan.

Maka bila dah ada target, ada juga plan-plan yang mewajibkan saya untuk makan vitamin, tidak ada lagi alasan terlupa, tertinggal, tercicir dan ter..ter sebagainya. Bagi korang-korang yang betul-betul nak rasa Shaklee effect seperti pengguna tegar yang lain. Latih diri untuk terus konsistan semasa pengambilan. Jangan dok tukar-tukar produk na.!! Saya tak nak membebel panjang. Jom tengok salah seorang pengguna tegar shaklee yang telah mendapat kesan yang di inginkan.



Best tak? Lepas ini pastikan pengambilan mengikut saranan SID anda. dan yang penting perlu KONSISTEN.


No comments:

Post a Comment