Wednesday, February 11, 2015

Kekejangan Otot ketika hamil

Assalamualaikum..


Sering kali ibu-ibu hamil mengalami kekejangan otot atau mascular cramps. Apakah punca yang menyebabkan cramps ini berlaku? 

Secara ringkasnya, pengecutan otot rangka dibantu oleh ion-ion positif dalam darah. Ion-ion ini termasuklah ion kalsium, potasium, dan magnesium. Ion-ion ini keluar dan masuk ke dalam otot bagi membantu pengecutan dan pemanjangan otot. Bermakna, bila cukup ion-ion positif ini otot boleh dipanjangkan dan dipendekkan. Namun begitu jika ion-ion ini tidak mencukupi ia tidak boleh memanjang semula selepas pengecutan berlaku. Pengecutan otot akan berterusan tanpa rehat disebabkan kurangnya kalsium. Aliran darah akan terhenti dan saraf terhimpit, ini akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian otot tersebut. Kebiasannya cramps mudah berlaku pada kaki, tangan, pinggang dan perut.

Untuk mengelakkan berlakunya cramps, lebih kalsium perlu diambil dalam diet seharian untuk memastikan otot boleh rehat semula. Oleh itu sumber kalsium sangat penting dalam tubuh badan. Anda juga boleh mengamalkan tips-tips berguna untuk mengelakkan kekejangan kaki.

Pentingnya KALSIUM untuk IBU HAMIL.

Selain membantu untuk pengecutan otot, kalsium juga berfungsi untuk membentuk struktur tulang dan gigi. Gigi ibu akan rosak dan mudah berlubang jika kekurangan kalsium ketika hamil. Ibu yang meminum susu atau mengambil kalsium yang mencukupi ketika hamil akan melahirkan bayi yang memiliki otot yang tegap. Bayi ini juga akan memiliki gigi yang kuat setelah dewasa kerana pembentukan asas gigi seawal di dalam kandungan lagi.

Kalsium juga merupakan sumber utama yang diperlukan ibu hamil untuk pembinaan tulang dan gigi bayi. Sekiranya kalsium tidak mencukupi, kalsium daripada tulang ibu akan dilarutkan dan diberikan kepada bayi. Ini akan menyebabkan jisim tulang ibu semakin redah dan ibu terdedah kepada Osteoporosis. Selain itu kalsium juga malat penting untuk fungsi otot jantung. Tanda-tanda kekurangan kalsium yang serius adalah dada berdebar-debar dan sakit.

Tahukah ibu-ibu sekalian berapakah mg setiap hari yang diperlukan untuk ibu-ibu hamil? Cuba teka. Jom lihat keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah seperti berikut:

  
sekiranya anda ingin mendapatkan kebaikan kalsium ini, secara kasarnya 600mg adalah bersamaan dengan:
  • 3 gelas susu
  • 4.6kg daging 
  • 15 biji telur
  • 70g chesse
  • 400g aiskrim 
  • 2 cawan yogurt
Berhati-hati juga jangan terlalu berlebihan dalam pengambilan kalsium. Kalsium yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kolestrol yang tinggi. Cadangan saya, ibu-ibu hamil boleh mengamalkan pil kalsium Shaklee, Ostematrik. Dengan pengambilan 4 biji sehari, ostematrik mampu untuk membekalkan 1000mg kalsium kapada tubuh badan. 

Ibu-ibu hamil dan menyusu, BONUS untuk anda pada bulan Februari 2015. Sekali lagi Shaklee mengadakan PROMOSI untuk OSTEMATRIK. Beli 6 PERCUMA 1. 

Err banyaknya takut nak beli? Whatsapp atau telegram saya ya kita diskusi harga untuk yang ingin membeli secara berasingan. Jangan segan-segan jika untuk kebaikkan kamu. lakukan sekarang!!



No comments:

Post a Comment