Sunday, January 31, 2016

RAMBUT BERUBAN : Faktor Tua atau Penyakit?

Bila berkata tentang uban, gambaran pertama adalah tentang rambut yang bewarna putih. Rambut beruban bukan sahaja boleh terjadi kepada orang yang telah berusia namun ia juga boleh terjadi di usia remaja! Betul ke?



Rambut umpana mahkota bagi wanita khususnya dan juga penampilan yang bergaya bagi seorang lelaki, Namun, apabila rambut ditutupi dengan warna putih sedikit sebanyak ia akan dikaitkan dengan istilah TUA. Rambut yang beruban dikalangan usia remaja bukanlh menunjukkan remaja itu tua tetapi terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada rambut beruban.

Jom semak dan selidik ada tak faktor-faktor ini terdapat pada korang!

(Melanin = pigmen pewarna rambut yang terdapat di dalam tubuh badan kita.)

1. Penyakit tiroid
Penghidap penyakit tiroid yang kurang atau terlalu aktif mempunyai masalah gangguan dalam penghasilan melanin.

2. Masalah genetik atau keturunan
Kebiasaannya jika ibu atau bapa atau orang yang terdekat dengan anda (nenek atau atuk, pakcik, makcik dll) mempunyai masalah ditumbuhi uban di awal remaja, berkemungkinan besar juga anda berpotensi untuk mempunyai uban di awal usia disebabkan faktor genetik atau keturunan ini.

3. Kekurangan zat besi dan Vitamin B12
Kekurangan kedua-dua vitmin ini dalam diet seharian anda boleh mengganggu pertumbuhan rambut sihat. Oleh itu amat disarankan untuk mengambil diet yang seimbang dan pastikan kedua-dua jenis viamin ini ada di dalam diet anda ya!

4. Kekurangan Vitamin E dan Vitamin C
Sekiranya badan anda juga mengalami kekurangan Vitamin E dan C, peratusan untuk pertumbuhan uban juga tinggi kerana kekurangan vitamin E dan C mengakibatkan sel-sel yang berfungsi untuk menghasilkan melanin juga berkurangan.

5. Kekurangan asid folik
kekurangan asid folik di dalam badan bukan sahaja melambatkan pertumbuhan rambut malah ia juga salah satu penyebab kepada rambut beruban.

6. Merokok
Merokok akan menyebabkan radikal bebas terhasil di dalam badan. Radikal bebas ini akan menyebabkan gangguan terhadap penghasilan melanin. Kebiasaannya akan terjadi dengan lebih cepat di usia pertengahan (40an dan keatas).

7. Nutrisi yang tidak seimbang
Pengambin nutrisi yang tidak seimbang dalam diet harian juga penyebab dan faktor utama kepada pertumbuhan uban di awal usia. Contohnya pengambilan makanan segera, junk food, dan lain-lain menyebabkan penghasilan melanin terbantut.



"nutrisi yang tidak seimbang bukan hanya menyebabkan uban tetapi juga mengganggu kesihatan rambut secara umum" - Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu

Tambahan lagi Dr Guru juga menyatakan pengambilan gizi yang cukup juga tidak menjadi, jika terdapat gangguan fisiologi yang menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik. Bagi melambatkan pertumbuhn uban Dr. Guru menyarakan agar korang mengambil makanan seimbang dan menjalankan aktiviti senaman. 

(sumber: Utusan Malaysia)

Bagaimana  produk SHAKLEE dapat membuantu?

Oleh itu untuk mengatasi masalah rambut beruban dan gugur dengan supplement shaklee, amat saya sarankan untuk korang mengkonsumi Vitamin B complex, Zinc complex,Vitalea dan ESP. 


Namun bagi yang mempunyai bajet yang lebih sedikit pengambilan Vivix dan Vitalea sangat bagus untuk pertumbuhan rambut yang sihat!.

Vivix membantu pembaharuan DNA di peringkat selular, manakala Vitalea dapat membekalkan vitamin B12 dan zat besi untuk keperluan setiap hari.

Cubalah!

Untuk sebarang pertanyaan dan beliaan contact saya ya!


No comments:

Post a Comment