Monday, December 21, 2015

Makanan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu



Menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan adalah dambaan bagi setiap wanita yang bergelar ibu. Syabas dan tahniah kepada kamu wanita-wanita hebat! Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, jangan sesekali berputus asa. Yakin anda juga mampu lakukan seperti wanita-wanita hebat ini kerana nada juga wanita hebat!


Alhamdulillah kedua-dua anak saya mendapat penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan. Namun untuk anak pertama saya hanya berjaya menyusukan selama 1 tahun 3 bulan (di atas faktor kesihatan), dan untuk anak kedua selama 2 tahun dan masih lagi menyusu sehingga kini. 

Bagi ibu-ibu yang menyusu, anda perlu tahu tau beberapa makanan yang mampu mempengaruhi penghasilan susu ibu. Cara pemakanan ini perlu dielakkan kerana ia menebabkan pengahsilan susu ibu berkurang. 

1. Pemakanan yang tidak seimbang

Dilema bagi ibu-ibu yang baru sahaja lepas melahirkan anak adalah BERAT BADAN. Ibu-ibu pasti dan sangat risaukan jika berat badan masih tidak turun ke berat badan yang ideal. Maka jalan pintas ibu tidak mengamalkan pemakanan mengikut piramad makanan yang dicadangkan serta melakukan diet secara mengejut! Cara pemakanan ini bukan sahaja menyebabkan pengurangan susu ibu juga menyebabkan ibu kurang bertenaga. 

2. Dehidrasi 

Air adalah elemen yang sangat penting dalam memastikan penghasilan susu ibu berjalan lancar. Bagi ibu-ibu yang kurang meminum air akan menyebabkan dihidrasi berlaku pada badan. Ini akan menjejaskan kuantiti susu yang dihasilkan menurun. Oleh itu ibu yang menyusukan anak ini disarankan untuk mengambil air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

3. Kafein 

Kafien ini biasanya terdapat pada minuman seperti soda, kopi, teh dan coklat. Minuman ini boleh diambil tetapi dalam kuntiti yang sedikit atau sederhana. Lebihan minuman yang berkafien ini juga akan mengganggu penghasilan susu ibu. 

4. Parsli

Parsli sememagnya sedap jika ditambah dalam masakan, namun begitu pengambilan parsli (sebagai bahan utama masakan) yang bersifat diuretik akan menyebabkan penurunan kuantiti susu yang dihasilkan. 

5. Peppermint dan spearmint

Makanan yang mengandungi peppermint dan spearmint juga turut memberi kesan pengurangan penghasilan. Oleh itu, ibu-ibu perlu elakkan tau minuman teh, gula-gula atau aiskrim yang mengandungi bahan ini. 

6. Sage dan oregano

Pasta dan makanan italian kebiasaanya mempunyai kedua-dua bahan ini. Bahan ini juga mempengaruhi penghasilan susu ibu terutama sage yang dikenali sebagai bahan yang efektif bagi mengawal penghasilan susu ibu yang terlalu banyak. 

7. Ubat-ubatan

pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi antihistamin, decongestants dan diuretics dapat mengurangkan penghasilan susu. kebiasaannya bahan-bahan ini terdapat di dalam ubat selsema, ubat tahan sakit dan pil kurus. 

8. Pil pencegah kehamilan. 

Sebelum ibu-ibu ingin mengambil sebarang pil pencegah kehamilan, seeloknya dapatkan nasihat dan cadangan daripada doktor atau nurse ya. Pl pencegah kehamilan yang mengandungi tinggi hormon estrogen akan memberikan kesan negatif kepada penghasilan susu ibu. Seeloknya pilih pil yang mengandungi hormon progesteron sahaja. 

9. Alkohol

Bagi agama islam, minuman yang mengandungi alkohol adalah haram. Alkohol mampu mempengaruhi tekstur rasa susu yang dihasilkan dan menyebabkan bayi tidak menyusu. Jika tiada faktor demand, lama-kelamaan penghasilan susu merundum. 

10. Durian

Rugi sangat bagi yang tidak menggemari Raja buah ini. Serius saya juga tidak tahan dengan godaan dari Raja buah ini. Namun, ibu menyusu perlu beringat ya, pengambilan durian ini tidak menyebabkan susu merundum tetapi ia akan mempengaruhi bau susu yang dihasilkan. Susu yang berbau menyebabkan bayi kurang mnyusu dan demand daripada anak berkurang!

11. Minuman berais

Tiada kajian saintifik tentang meminum minuman berais ini. Tapi ini bukan lesen ibu untuk meminum ais ya! Menurut orang yang berpengalaman, minumam berais akan membantutkan pengeluaran susu. 

12. Buah-buah sitrus 

Menurut Ebeth Johnson melalui buku Breastfeeding chef, buah-buah sitrus juga dikenali sebagai laktogenik atau bahan-bahan yang akan mengurangkan penghasilan susu ibu! 




No comments:

Post a Comment