Thursday, December 17, 2015

5 Faktor yang menyebabkan anak sembelit



Sembelit sering terjadi dikalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai pola pemkananan yang tidak seimbang. Golongan ini disarankan untuk meningkatkan pengambilan serat serta kandungan cecair yang lebih dalam badan. 

Bagaimana ingin mengetahui anak mengalami sembelit? Perhatikan jika anak anda sering meneran dengan kuat semasa membuang air besar serta najis yang keluar adalah keras dan berketul-ketul, berkemungkinan anak anda mengalami sembelit.

5 faktor yang menyebabkan anak sembelit


Lubang najis
Bagi anak yang baru lahir, sembelit boleh berlaku jika lubang najisnya mempunyai masalah. Dapatkan pemeriksaan doktor dan tentukan lubang najis anak tidak sempit. 

Ibu yang mentusukan anak
Biasanya bayi yang diberi susu ibu tidak akan mengalami sembelit. Namun ia boleh berlaku berpunca daripada pemakanan yang diambil oleh ibu. Oleh itu pastikan ibu mengambil makanan  yang berkhasiat semasa tempoh penyusuan. 

Susu tepung
Anak yang diberikan susu tepung atau formula mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat sembelit. Ini kerana sistem penghadaman bayi (terutamnya) kurang efisyen untuk mengahadamkan susu formula. Juga terdapat bahan-bahan tambahan yang menjadi punca terjadinya sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak. 

Oleh itu ibu perlu pastikan pemilihan susu tepung yang sesuai dan serasi dengan anak supaya dapat mengelakkan sembelit berlaku. 

Junk- Food
Antara bahan makanan yang menyumbang kepada sembelit adalah seperti gula pasir, roti putih (yang menggunakan tepung gandum yang telah diproses), lemak tepu dan junk food juga menyumbang kepada berlakunya sembelit. 

bahan-bahan junk food ini memerlukan lebih banyak zat-zat galian dan pelbagai multivitamin dalam badan untuk penghadaman. Selain itu junk food juga memerlukn lebih banyak merosakkan keberkesanan zat-zat dan vitamin-vitamin yang ada dalam badan. Jika pengambilan junk food diambil secara belebihan, proses penghadaman tidak akan disempurnakan dan mengakibatkan sembelit. 

Junk food ini diperbuat dengan bahan-bahan yang tidak mengandungi sabut atau 'roughage' seperti yang terdapat kebiasaanya pada sayuran hijau. Jika bahan 'roughage' ini tiada atau berkuragan, najis yang terhasil dari proses penghadaman tidak mampu untuk menyerap air. Akibatnya, najis akan mengeras dan beketul-ketul!

Takut buang air besar
Anak yang memgalami kesakitan dari sembelit ini kebiasaanya merasa takut untuk untuk membunag air besar dan menags setiap kali di bawa ke tandas. Oleh itu kebarangkalian anak ini akan menahan dn tidak mahu membuang air besar.   



 

No comments:

Post a Comment