Wednesday, September 23, 2015

Susu Soya untuk ibu hamil


Betul ke minum soya anak akan jadi putih gebu? Pasti ibu-ibu yang sedang hamil teruja bukan apabila mengetahui petua kulit anak cantik ini. Namun sejauh mana kesahihan omong-omongan ini masih beum dibuktikan secara sainstifik. 

Dan pasti juga anda pernah mendengar jika terlalu minum soya ketika hamil akan menyebabkan anak alergi kepada susu lembu. Ini juga masih belum dapat dibuktikan secara sainstifik. Saya pasti ada dikalangan anak rakan-rakan atau saudara terdekat yang mengalami alahan susu lembu ini bukan? 

Ini kisah saya pengalaman saya sepanjang saya mengamalkan ESP Shaklee semasa tempoh kehamilan untuk kali ketiga untuk anak kedua.

Sebelum disahkan hamil untuk kali ketiga saya pernah mengalami keguguran semasa dikehamilan kedua (masa tu anak 1st masih seawal 10 bulan dan masih menyusu). Masa anak pertama, Shaklee bukanlah supplement utama untuk saya. Namun setelah disahkan hamil untuk kali ketiga Set Kehamilan Shaklee adalah supplement wajib bagi saya. Tambahan pula saya mengalami pendarahan diawal kahamilan (serius takut berlakunya keguguran sekali lagi). Sepanjang tempoh kehamilan ESP menjadi ketagihan saya (tapi tidaklah sampai melebihi dos yang ditetapkan ya) mungkin kerana susu untuk ibu hamil tidak bersesuain di anak tekak. Tambahan pula masalah angin saya juga berkurangan dan saya dapat berpuasa penuh sepanjang tempoh kehamilan kali ini.


Sewaktu 3 bulan pertama kehamilan saya mengalami pendarahan yang agak kerap mungkin juga disebabkan aktiviti harian pada ketika itu sebagai guru ganti. Turun naik tangga menjadi lumrah dan berlari-larian anak untuk masuk ke kelas. Itu belum lagi ditambah dengan karenah pelajar-pelajar. Betul tak?

Mengapa susu soya ESP menjadi pilihan saya?


Sumber protin amat diperlukan dan merupakan bahan utama untuk pembentukan pelbagai organ dan tisu bagi ibu dan bayi. Semasa trimester 2 dan trimester 3 perkembangan bayi adalah amat cepat. maka keperluan protein yang diperlukan oleh tubuh ibu juga  bertambah. Kekurangan protin dalam tubuh badan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, terbantut pertumuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.

Untuk pengetahuan korang juga kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP juga merupakan jenis kacang soya yang tidak diubah genetiknya (non GMO) tidak seperti beberapa soya yang berada dipasaran. Kacang-kacang ini juga dbasuh dengan air bukan alkohol untuk mengekalkan kebaikan soya yang ada. ESP juga berperanan membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan dan perlu diperolehi melalui sumber makanan. Ini adalah faktor utama saya juga -Pengambilan ESP ketika hamil juga dapat mengurangkan risiko keguguran berlaku!


Alhamdulillah anak kedua saya sihat walaupun penghidap G6PD (diperoleh daripada gen saya atau suami), kulit ammar juga halus dan putih gebu (orang selalu labelkan dia "anak jepun" sebab mak dan abah dia tak putih mana huhu) serta ammar juga tidak mengalami alahan pada susu lembu!!  nah saya belanja gambar ammar, baby shaklee saya.

Hai mommies -Ammar-



Hubungi saya untuk keterangan lanjut ya!







No comments:

Post a Comment