Saturday, February 14, 2015

Normalkah Keputihan yang anda alami?

Assalamualaikum.

Kenali jenis-jenis keputihan.



Setiap wanita akan mengalami keputihan. Namun terdapat beberapa kaedah yang perlu diketahui untuk mengenal pasti sama ada NORMAL atau pun TIDAK keputihan yang anda alami. 

Keputihan (leukorea atau flour albus) adalah gejala normal pada wanita. Cairan ini terhasil di bahagian reproduksi wanita dan ia berperanan untuk membantu fungsi organ tubuh yang lain. Dalam keadaan normal, vagina akan mengeluarkan cairan berupa lendir dan tidak berbau. Keputihan normal ini disebut sebagai fisiologis. Lendiran ini mengandungi banyak epitel dengan sedikit leukosit dan akan meninggalkan kesan warna kuning pada seluar dalam setelah teroksida oleh udara. Oleh itu, jangan terlalu risau jika anda mengalami keputihan jenis ini kerana ianya bukanlah satu penyakit. 

Berikut merupakan keadaan yang menyebabkan keputihan. 

1. Pada masa subur 
Kuantiti lendiran vagina dipengaruhi oleh kadar hormon dalam tubuh. Pada masa subur (sebelum dan setelah masa haid) tubuh wanita lebih giat memproduksi hormon estrogen. Oleh itu lendiran vagina yang dihasilkan lebih banyak dari hari-hari biasa. 

2. Ketika hamil
Sepanjang tempoh kehamilan, kadar hormon estrogen mengalami peningkatan sehingga lendiran vagina keluar lebih banyak dari hari biasa. Dalam keadaan hamil, lendirn vagina berguna untuk meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu melhirkan anak.

3. Saat teransang
Lendiran vagina juga akan terhasil dengan lebih banyak apabila wanita terangsang secara seksual. Cairan yang terhasil ini berfungsi sebagai pelincir semasa melakukan hubungan intim. 

4. Berat badan berlebihan
Timbunan lemak pada tubuh akan membuat kawasan lipatan terutama pada bahagian paha dan kelengkang menjadi tertutup dan lembab. Keadaan ini memudahkan kulat berkembang dan membiak dan menyebabkan terjadinya keputihan.

5. Meminum antibiotik dalam dos yang tinggi
DAlam vagin terdapat bakteria yang bertugas menjaga kestabilan pH agar tetap dalam keadaan normal. Antibiotik yang diambil secra berlebihan akan membunuh bakteria dan merosakkan kestabilan pH vagina. Dalam keadaan pH yang tidak stabil, kula dan bakteria akan membiak dan boleh menyebabkan keputihan.

Cara yang paling mudah untuk mengetahui kenormlan keputihan anda atau tidak, lakukan sendiri untuk mengenalpasti kehadiran keputihan anda. Berikut merupakan beberapa keadaan yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor. 

Jenis-jenis keputihan yang memerlukan pemerhatian serius

1. Lendiran berwarna putih kekuningan , pekat bergumpal, berbau tidak sedap dan disertai gatal pada bahagian vagina.

Penyebab: Kulat Candida sp. (perlu mendapat rawatan doktor)
Berkemungkinan adalah sejenis penyakit jika dibiarkan, jangkitan kulat boleh melemahkan pertahanan tubuh terhadap bakteria-bakteria berbahaya lain. 


2. Lendiran berwarna kekuningan seprti nanah dan berbau hamis.

Penyebab: Bakteria Gonococcus (perlu mendapat rawatan doktor)
Anda berkemungkinan menghidap penyakit kelamin siflis. 


3. Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih, berbau busuk. Vagina akan terasa sakit apabila ditekan. Kadang-kandang terasa perit ketika membuang air kecil. Pada vagina terasa gatal, di bibir vagina muncul bintil atau luka 

Penyebab: Bakteria jenis Trichomonas vaginalis atau Enterobiasis
Kemungkinan penyakit. Segera dapatkan rawatan doktor.



4. lendiran pekat kehijauan, kadang-kandang bercampur darah. Berbau hamis namun tidak berasa gatal pada vagina. Terdapat luka.

Penyebab: Human papilloma Virus dan Herpes Simpleks
Kemungkinan penyakit. Merupakan tanda pra-kanser rahim. segera dapatkan rawatan doktor. perlu rawatan khusus. 


Untuk produk Shaklee yang bersesuai untuk membantu mengurangkan keputihan melampau, saya cadangkan pengambilan di bawah ini: 

Alfalfa Complex: Bertindak sebagai antifungal
Garlic: bertindak sebagai antibiotik semuajadi

Jika anda salah seorang penghidap keputihan seperti di atas, saranan saya dapatkan nasihat daripada doktor dahulu dan juga boleh mengamalkan pengambilan supplement seperti yang dicadangkan. Bagi yang ingin membuat pembelian terus dengan saya, hubungi saya ya! 




No comments:

Post a Comment