Saturday, February 14, 2015

Air bukan sekadar penghilang dahaga

Assalamualaikum..



Sering kali kot korang telah mendengar tentang hebatnya AIR ini. Air yang dimasudkan adalah air kosong/masak/plain water (cakap omputihnya). Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ya puan-puan. Bagi ibu yang menyusu juga wajib meminum air masak yang mencukupi untuk memastikan penghasilan susu serta kesihatan ibu terjamin. Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar seperti bersukan, olahraga dan sebagainya, sumber air adalah sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi badan.

Jika kekurangan air terdapat pelbagai komplikasi tubuh badan yang terganggu seperti dehidrasi, kurang konsentrasi sehingga menyebabkan sakit kepala. Untuk pengetahuan anda, 60% daripada tubuh kita terdiri daripada air. Oleh iu pastikan cukup minum air ya kawan-kawan. 

Secara langsung atau tidak, kerja organ tubuh banyak dipengaruhi oleh kandungan air di dalamnya seperti: 

Jantung 
Dihidras menyebabkan jantung anda bekerja lebih keras, kerana kadar air dalam tubuh juh di bawah kadar darah dalam tubuh. Hal ini mengakibatkan jantung harus mengepam lebih keras untuk mengalirkan darah ke pembuluh darah.


Ginjal 
Air memainkan peranan penting dalam proses penyaringan yang terjadi di ginjal. Jika kekurangan air, ginjal akan kekeringan.

Hati
Air merupakan asas penting yang sangat diperlukan semasa proses detoksifikasi yang terjadi di hati. Molekul-molekul yang tidak diperlukan akan disingkirkan dengan bantuan air untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat.

Tips-Tips
Bagi yang melakukan aktiviti seperti olahraga anda disarankan untuk mengambil dua gelas air putih 2 jam sebelum melakukan aktiviti olahraga. Dan semasa berolahraga pastikan setiap 15 minit teguk  air beberapa kali, Setelah selesai melakukan aktiviti minum dua lagi dua gelas air putih. 

Setiap kali anda meminum 1 gelas air berkafein, pastikan anda meminum juga 1 gelas air masak untuk meneutralkan semula kandungan kafein dalam dalam tubuh badan. Perbandinagn (1:1)

Jadikan botol-botol air teman karib anda dan sentiasa pastikan anda meminum air sebanyak 2liter - 3 Liter setiap hari. Bagi pengguna yang mengamalkan produk Shaklee, saya amat sarankan pengambilan 2L-3L air sehari untuk memastikan tubuh badan sentiasa sentiasa sihat dan vitamin dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh badan. 


No comments:

Post a Comment