Sunday, October 12, 2014

Cara Hilangkan Whitehead dan blackhead Degil

Assalamualaikum....

Bila berbicara tentang whitehead dan blackhead mesti tangan pun dok garu-garu kat batang hidung sendiri. Benci bila terasa kasar seperti ada pasir-pasir halus yang tersumbat di dalam kulit. 

sumber pic dari google



Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.

Nak tahu tak macam mana saya hilangkan whitehead dan blackhead dengan kos yang sangat murah. Tak perlu ke salun atau spa. Yup hanya di rumah. Kita gunakan segala yang ada dirumah sahaja ok.

Apa yang anda perlukan adalah:
  1.  Putih telur (telur ayam), 
  2. Kapas muka atau tisu muka. Bagi kapas dan tisu muka ini jika perlu bahagikan kepada 2 bahagian supaya mudah nanti untuk lekatkan di bahagian hidung. Untuk tisu juga potongkan memanjang mengikut kesesuaian. 
  3. Air suam
  4. Ais batu
Cara-cara pemakaian 
  1. Wapkan muka atau lapkan muka dengan air suam, bertujuan untuk membuka liang pori-pori yang terdapat pada bahagian muka. kemudian lapkan dengan kain kering.
  2. Rendamkan tisu atau kapas muka ke dalam putih telur. 
  3. Letakkan kapas muka atau tisu tersebut di bahagian yang kasar-kasar tadi.
  4. Tunggu sehingga kapas betul-betul kering ( masa ni kalau korang nak duduk depan kipas pun boleh na buat kerja lain dulu pun boleh)
  5. Setelah betul-betul kering, tanggalkan tisu atau kapas muka tadi perlahan-lahan dari arah bawah.
  6. Ok sila tengok ada tak blackhead yang tertanggal. Pasti rasa gembira.
  7. Bersihakan muka dengan pencuci muka, bilas beberapa kali kemudian cuci muka dengan ais batu tau air sejuk (dr peti) bertujuan untuk menutupkan semula pori-pori.

Mesti cuba tau pasti tidak menyesal dengan hasil yang diperolehi.

Bagi yang mempunyai masalah pori-pori besar, boleh amalkan Collagen Shaklee Powder. untuk membantu mengecilkan pori-pori anda juga mengembalikan keremajaan kulit anda.

Sumber: DrHasseenah


2 comments: