Saturday, October 25, 2014

Bakar Kalori dalam Masa 30 Minit!

Assalamualaikum... 

Untuk entry kali ini saya kongsikan serba sedikit aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kalori dalam masa 30 minit. Ingat ya aktiviti ini perlu dilakukan selama 30 minit. Jika anda mempunyai tenaga yang banyak boleh diteruskan kepada 1 jam, 2 jam... Lepas ini bagi yang ingin  menurunkan berat badan boleh cuba aktiviti ini ya!!

Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini dalam masa 30 minit :
  1. Berdiri tegak - 50 kalori
  2. Bersiar-siar berjalan kaki - 60 kalori
  3. Memandu kereta (manual) - 70 kalori
  4. Mandi - 70 Kalori
  5. Menunggang motosikal - 75 kalori
  6. Mengemas rumah - 90 kalori
  7. Berbasikal (7km/jam)- 105 kalori
  8. Berkebun - 120 kalori
  9. Bermain golf - 125 kalori
  10. Menyental lantai ruah - 175 kalori
  11. Bermain tenis - 175 kalori
  12. Berjalan kaki (5.6km/jam) - 175 kalori
  13. Bermain tennis - 225 kalori
  14. Menari pantas / aerobik - 330 kalori
  15. berbasikal (21km/jam) - 330 kalori
  16. Berlari (16km/jam) - 425 kalori

Daripada senarai di atas ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sahaja kan. sebagai contoh seorang suri rumah melakukan kerja rumah seperti menyapu, membasuh, mengemas, menyental lantai dan sebagainya berapa agak-agaknya kalori yang dibakar? Untungkan. Maka tidak hairanlah mengapa suri rumah yang duduk di rumah sentiasa kelihatan slim gitu. kelas kau jah!



Lepas ini jom kita lakukan aktiviti- aktiviti untuk pembakaran kalori, jangan asyik makan tanpa melakukan sebarang aktiviti tau.  Jom ke arah kehidupan yang lebih sihat!!


No comments:

Post a Comment