Saturday, July 12, 2014

Bersalin Normal atau secara pembedahan??

Assalamualaikum..

Bila diajukan soalan ini kepada ibu mengandung, pasti ramai yang akan memilih untuk bersalin secara normal. Tapi jangan lupa pula sebaik-baik rancangan adalah rancangan Allah jua. Buat ibu-ibu atau bakal ibu, sila sediakan diri anda dengan kedua-dua info tentang bersalin secara normal dan juga secara pembedahan, cara-cara berpantang dan semualah.

Mengandung anak pertama Alhamdulillah dapat bersalin secara normal. Untuk anak kedua saya over confident mesti bersalin normal juga!. Jadi kurang ambil tahu bersalin secara pembedahan. Apabila kandungan mencecah 36 weeks doktor memberitahu kedudukan anak melintang. Masa ini pun masih mengharap untuk bersalin secara normal. 36 weeks 5 day baby memang dah tak mahu berpusing lagi. 
'Ok, petang ni awak masuk wad, esok operate' ingat lagi ayat doktor yang laju keluar dari mulut dia. 

"doktor ada tak nurse yang boleh tolong betulkan kedudukan anak saya? masih lagi tu mengharap normal. Sebenarnya lebih kepada takut untuk dibedah!

"ada tapi  kalau serong sedikit atau kepala tidak masuk ke laluan baru kami akan lakukan. Petang ni jumpa doktor bius untuk penerangan."

Masa ini kalut dan tak keruan semua ada. Message suami di Johor "ok esok kita jumpa anak kita, nak kena masuk wad dah. Operate esok."

Jangan dok jadi macam saya ya!hehe
Di sini saya sertakan beberapa info tentang bersalin secara normal dan pembedahan.

Bersalin secara normal:


Proses bersalin melalui vagina. Kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding Cesarean. Bukan sahaja untuk kelahiran sekarang malah untuk kelahiran bayi anda yang seterusnya. 

Kebaikkan bersalin secara normal:
  1. Jalinkan ikatan dengan bayi dengan lebih awal - Ini dapat dialkukan apabila anda boleh terus memegang anak anda sejurus selepas bersalin berbanding dengan bersalin secara cesarean. (Terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan kepada bayi sebelum diserahkan kepada ibu dan jika bayi mengalami masalah pernafasan akan dimasukkan ke wad kanak-kanak - it's happen to me)
  2. Lebih selamat - Mengurangkan kemungkinan untuk mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.
  3. Pemuihan yang cepat - Luka bersalin secara normal lebih mudah dijaga dan proses penyembuhan yang lebih singkat berbanding ceserean.
  4. Kurang komplikasi - dapat mencegah daripada komplikasi darah beku di kaki, tumpah darah, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
  5. Kurang risiko bayi untuk dilahirkansecara pramatang
  6. Mengurangkan risiko masalah pernafasan bayi selepas kelahiran.
  7. Kos bersalin lebih murah berbanding kos bersalin secara pembedahan.
Bersalin secara Cesarean / Pembedahan




Risiko-risiko utama pembedahan Cesarean:

  1. Kesakitan yang terpaksa ditanggunng selepas pembedahan - rasa tidak selesa dan sakit dibahagian luka dan perut selama beberapa minggu selepas bersalin.
  2. Jangkitan - Jangkitan pada bahagian luka (tanda kemerah-merahan, berair), Jangkitan pada lapisan uterus, Jangkitan pada bahagian pundi kencing.
  3. Darah beku - mana-mana pembedahan meningkatkan risiko untuk mengalami darah beku. Jika darah beku berlaku dalam paru-paru ia boleh menyebabkan kematian.
  4. Lekatan - lekatan ialah kelompok tisu parut yang menyebabkan organ-organ pada obdomen melekat atau bahagian dalam dinding perut.
  5. Pembiusan - sakit kepala yang teruk (saya hadapi komplikasi ini dan ia mengambil masa dua - 3 hari untuk hilang. Ambil supplement dan air yang mencukupi). Juga meningkatkan risiko kerosakan saraf.
Bila dah tahu serba sedikit tentang kebaikan dan risiko kedua-dua proses ini mudah untuk korang berpantang nanti. Supplement yang saya ambil sejurus bersalin adalah daripada SET BERPANTANG SHAKLEE. Alhamdulillah luka pembedahan / Cesarean sembuh dengan lebih cepat dan badan lebih cergas walaupun mengalami komplikasi sakit kepala akibat pembiusan (serius sakit).

Nak dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE dan konsultasi yang berterusan?? Ingin BERJIMAT 15% sehingga 25%??? hubungi saya ya!

FB: Noorizdayantie Samar
Fpage: Mommy Izzatie
Email: yantie3011@gmail.com
Whatsapp: 0195590084

Ingin membut pembelian secara terus daripada laman web?? Klik sahaja di bawah ini. Hubungi saya selepas membuat pembelian untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=49b8ba8f9e5b7b260a306c25393a4181

No comments:

Post a Comment