Friday, September 27, 2013

Supplement EPO dari produk Shaklee?

Kenali EPO (Evening Primrose Oil) dan GLA Complex Shaklee.


Pokok Evening Primrose

Minyak EPO (evening primerose oil) sememangnya tidak asing bagi wanita. Kehebatan minyak ini mampu membantu mengubati pelbagai jenis penyakit antaranya eczema dan sakit payu dara ketika haid. Tahukah anda dari mana datangnya minyak yang ajaib ini? Evening Primrose Oil ini sebenarnya terhasil daripada pokok Evening Primrose. Esktrak daripada bijiannya menghasilkan pati minyak yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA) yang sangat penting bagi perkembangan dan keseimbangan tubuh. Pati minyak ini juga berfungsi untuk mengubat symptom-simptom akibat post menopausal syndrome serta masalah kesuburan dengan memperbaiki kualiti lendiran servix ketika persenyawaan sperma dan telur ovum berlaku. Oleh kerana keistimewaan ini ramai wanita-wanita yang ingin hamil digalakkan mengambil EPO untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka. 

Evening Primrose Oil kini semakin popular kerana menjadi suplemen pilihan utama wanita kerana kegunaannya yang dapat mengatasi masalah kesihatan termasuklah: 
• Membantu mengawal atur kitaran haid. 
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut. 
• Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj. 
• Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit. 
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal. 
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 


Perbezaan GLA SHAKLEE dengan EPO?
GLA shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA dalam pokok Evening Primrose. Borage juga adalag 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali berkesan dari EPO. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ia juga digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan. 

Adakah fungsi GLA ini sama seperti EPO?
Ya!! Sudah semestinya. 

Bolehkah GLA untuk wanita HAMIL? 
Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Namun begitu pengambilanya bagi wanita hamil pada usia 37 minggu sehingga melahirkan tidak digalakkan kerana tidak memudahkan proses kelahiran. Malah pengambilan EPO ketika hamil boleh menyebabkan koyak selaput tuban sebelum waktunya,bayi sukar dilahirkan. 

Bagaimana ingin mengetahui kapsul gelatin yang digunakan HALAL? 
Sebelum membuat pembelian vitamin-vitamin tambahan dimana-mana kedai farmasi, pastikan dahulu kapsul yang digunakan adalah HALAL atau TIDAK. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh membantu anda dalam membuat pemilihan. 
  •  “Gelatin source is bovine” – maksudnya gelatin yang digunakan ialah gelatin lembu 
  • “Gelatin source is porcine” – maksudnya gelatin yang digunakan ialah gelatin babi 
  • “Gelatin source is bovine anda porcine” – maksudnya gelatin yang digunakan ialah campuran gelatin lembu dan babi 
  • “Vegicaps” – maksudnya kapsul yang digunakan adalah kapsul dari sumber sayuran. 

Adakah kapsul yang digunakan oleh SHAKLEE halal? 
Ya, kapsul yang digunakan dalam kesemua produknya adalah HALAH dan diiktiraf oleh JAKIM. 

 “ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.” 


Sumber: 

Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.
Email: yantie3011@gmail.com Call/ Whatapps: 0195590084
FB: Noorizdayantie Samar Fpage: Mommy_Izzatie

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment