Thursday, February 28, 2013

Perancangan Bijak Untuk Kehamilan Dan Kelahiran


pru BSN
Perancangan Bijak Untuk Kehamilan Dan Kelahiran
Setelah 40 minggu di dalam kandungan, tibalah masanya untuk cahaya mata anda melihat dunia. Ketika itu, pastinya sudah terbayang-bayang wajah si comel anda di depan mata. Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut, anda perlulah menjaga kandungan sebaik mungkin. Rutin pemeriksaan antenatal mesti dipatuhi dan sentiasa menjaga kesihatan.  
Hakikatnya, dalam kehamilan, ada banyak perkara di luar jangkaan. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Supaya ibu-ibu hamil lebih bersedia, fakta-fakta di bawah boleh dijadikan panduan.
Fakta 1
Menurut jurnal perubatan The Lancet, (isu 2010), daripada 7.6 juta kanak-kanak bawah lima tahun yang meninggal dunia, 1.078 juta daripadanya disebabkan oleh komplikasi kelahiran pramatang.
Fakta 2
Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu hamil seperti penyakit kencing manis boleh menyebabkan komplikasi pada bayi di dalam kandungan. Menurut baby center.com (semakan terakhir: Februari 2012), bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula di dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Sehubungan itu, tahap gula di  dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Fakta 3
Menurut myhealth.gov.my (semakan 26 April 2012), di Malaysia lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang. Bayi pramatang berkemungkinan mengalami masalah pernafasan, kulit kebiruan dan suhu badan tidak stabil. Keperluan penjagaannya bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi itu. Lazimnya, untuk mengawal suhu badan bayi pramatang, mereka akan dimasukkan ke dalam inkubator atau di bawah pemanas radian.
Perancangan Rapi
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kehamilan, rancanglah kehamilan dari awal agar tubuh anda cukup bersedia untuk berhadapan dengan saat itu nanti.  
Langkah 1: Merancang Kehamilan
  • Pastikan anda sudah mendapat suntikan rubela sebelum hamil. Tiga bulan sebelum hamil pula, wanita disarankan agar mengambil asid folik secukupnya untuk mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida.
  • Masalah yang berpunca daripada genetik pula boleh dihindarkan jika wanita-wanita yang ingin hamil menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengandung.
  • Lebih baik jika kedua-dua suami isteri menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jika mereka adalah pembawa penyakit genetik seperti hemofilia, Huntington’s, dan talasemia.
Langkah 2: Penjagaan Ketika Hamil
  • Untuk pengetahuan, lazimnya, kecacatan yang melibatkan organ tubuh bayi berlaku ketika trimester pertama kehamilan. Inilah sebabnya penjagaan diri dan kandungan amat penting terutamanya pada peringkat permulaan kehamilan. Makanlah pelbagai jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat bertindak memberikan tenaga kepada anda dan bayi yang semakin membesar. Protein pula penting untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu tubuh ibu dan bayi. Manakala vitamin dan zat galian diperlukan untuk mencegah ibu daripada jangkitan penyakit dan untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
  • Pada masa yang sama, ibu hamil yang ada masalah kesihatan dinasihatkan agar sentiasa memastikan penyakit yang dialaminya dalam keadaan terkawal. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan sendiri kerana ini boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Dapatkan kebenaran daripada doktor O&G anda sebelum mengambil sebarang ubat.
  • Sebenarnya, untuk memastikan ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan selamat, penjagaan kesihatan amat penting. Paling penting, amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan menjaga kebersihan diri sejak sebelum hamil lagi.
Langkah 3: Persediaan Bersalin
  • Ujian darah bagi ibu hamil perlu dilakukan bagi mengenal pasti adakah bayi di dalam kandungan berisiko mengalami penyakit tertentu seperti sindrom Down dan kecacatan tiub neural.  
  • Selain itu, ibu hamil haruslah bersiap sedia untuk berhadapan proses kelahiran dengan mengikuti kelas antenatal dan berbincang bersama pakar perbidanan dan sakit puan tentang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku semasa kelahiran. Dengan cara ini komplikasi semasa proses kelahiran dapat dielakkan.  

credit link : http://pama.karangkraf.com/bayi/perancangan-bijak-untuk-kehamilan-dan-kelahiran-1.101644

Penjagaan Bayi Baru Lahir



bayi baru lahir
Penjagaan Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk  merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.  
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  • Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
  • Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  • Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  • Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia  kembung atau muntah.

credit link : http://pama.karangkraf.com/bayi/penjagaan-bayi-baru-lahir-1.101904

Monday, February 18, 2013

Fungsi Omega Guard Shaklee

Omega Guard dan fungsinya. 

1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan darah yang normal
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin bagi ibu hamil
14. Meningkatkan perkembangan memori otak kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapakah yang memerlukan Omeg Guard??
- ibu hamil: untuk perkwmbangan otak janin.
- warga emas: mengurangkan penyakit lupa dan menjaga sendi.
- kanak-kanak : meningkatkan fungsi otak.
- lelaki dan wanita.

Berminat?? Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.
Email: yantie3011@gmail.com Call/ Whatapps: 0195590084
FB: Noorizdayantie Samar Fpage: Mommy_Izzatie